Sunday, July 15, 2012

Jawapan Pada Persoalan 133

Alhamdulillah, dapat kita berkongsi jawapan pada persoalan yang diajukan

khar: SELAMAT HARI LAHIR USTAZ.Saya doakan ustaz semua yang baik2..dan semoga ustaz juga mendoakan kami semua yg baik2..amin 23 Mar 12, 09:11 AM

amin.

Abdul Salim: Assalamaulaikum, semoga Ustaz akan terbitkan VCD pengalaman Ustaz untuk dijual kepada orang ramai. 25 Mar 12, 02:57 PM

insyaAllah

K.Ahmad: Assalamualaikum. Bolehkah solat sunat spti solat sunat wuduk,taubat,hajat,istikharah dan tahajud dirangkum semua dan dikerjakan dlm 2 rakaat (niat juga dirangkum). 26 Mar 12, 08:35 PM

Satu niat untuk satu solat

Dr.Fadzilah Ali: assalamualaikum.ingin menyumbang sebagai sukarelawan di HIV center.Tunjukkan cara. 1 Apr 12, 03:21 PM

Boleh hubungi 019-6003643

Rinhoney: Assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya apakah hukum jika seorang anak diamanahkan sebagai wakil kepada harta ibu nya sedangkan ibunya masih hidup tetapi tiada apa perjanjian hanya dari mulut saja 2 Apr 12, 06:04 PM

Boleh, cuma sebaiknya buatkan dalam bentuk perjajian bertulis kerana jika ibu itu meninggal secara mengejut, dapat digunakan di Mahkamah jika berlaku apa-apa pertikaian

wanie: Assalamualaikum ustaz boleh ke kita bayar zakat pada adik beradik yang memang susah. bagaimana pengiraan dan caranya. dapat ustaz meleraikan keraguan mengenai zakat . terima kasih 8 Apr 12, 09:04 PM

Boleh, caranya berikan secara langsung pada dia, pengirannyaa, selepas dikenal pasti berapa zakat yang wajib kita bayar, maka boleh berikan semua atau sebahagian padanya

balqis abdullah: assalamualaikum ustaz. saya harap ustaz dapat perjelaskan kepada saya maksud nikah gantung dan peranan isteri terhadap suami dan mertuanya selepas di nikah gantung. tq. 11 Apr 12, 08:01 PM

Nikah gantung adalah istilah orang Melayu iaitu nikah dan ditinggalkan kerana sesuatu urusan. Suami kena minta halal bagi apa-apa tanggungan yang tidak dapat dia tunaikan begitu juga isteri

zai: Assalamualaikm Ustad, dan salam utk semua, saya ingin bertanya kepada Ustad bagaimanakah wang sumbangan ikhlas dari orang ramai untuk mendirikan pusat tahfiz atau madrasah yang diberikan secara wakaf. apabila sipa pengurusan pihak tahfiz mengenakan pula bayaran kepada pelajar yang ingin menuntut dipusat tahfiz tersebut. dan pihak pengurusan perlu membayar tenaga pengajarnya. apakah hukumnya 14 Apr 12, 07:49 AM

Pihak pengurusan boleh mengenakan yuran kerana wakaf itu adalah wakaf bagi bangunan sedangkan pengurusan juga memerlukan pembiayaa, melainkan ada orang yang menaja yuran pelajar-pelajar tersebut.

Umm Wafaa: cont... adakah buku hadis (dalam bahasa melayu) yang mengumpulkan hadis2 mengenai akhir zaman yang ada di pasaran? kalau belum, sy ingin beri cadangan agar Ustaz Mohamad agar boleh tulis, terbit buku mengenainya. saya terdelete 1st cmnt kot... sy dah baca tulisan ustaz mengenai Tamim Ad Dari, ia adalah hadis sahih mengenai akhir zaman...18 Apr 12, 11:44 AM

InsyaAllah

sery: asalammualaikum ustaz,saya telah memberi pebelanjaan keatas suami saya untuk deposit kereta dan rumah atas nama beliau perlukah beliau membayar balik kepada saya setelah dia mmpunyai wang. 20 Apr 12, 09:54 AM

Jika lafaz mula-mula sebagai hutang maka kena bayar balik, tapi jika lafaz awal sebagai hibah, tidak perlu

siti hawa: Salam Ustaz. adakah betul tindakan seorang guru alQuran mrh, sgt marah hgga bbrapa hari kpd kami ats sbb yg kami tak sengajakan hgga kata kurang ajar bbrapa kali. sgt pedih hati kami. mcmana ustz? 22 Apr 12, 05:17 PM

Saya kena dengar dari ustaz itu juga kenapa, mungkin ada perkara besar yang melanggar syarak sehingga ustaz itu terlalu marah

IM: apa komen ustaz tentang mereka yang mengatakan Hasan al-Banna itu sesat dan khawarij? mereka kata Syed Qutb pun sama 2 May 12, 12:27 PM

Manusia ada berbagai pandangan hasil dari kajian dan pengamatan , itu pandangan mereka dan bagi kita baca juga berbagai pandangan di dalam hal ini supaya kita tidak tersalah menuduh orang yang sudah meninggal ini.

dyq: salam, apa komen ustaz tentang orang yang memutar belitkan fatwa Dr. Yusuf Qardawi tidak datang ke Israel? mereka melabel Dr. Yusuf Qardawi larang datang ke masjid al-Aqsa 2 May 12, 12:32 PM

Itu pandangan Dr. Yusuf al-Qardawi, banyak lagi pandangan ulama lain yang membenarkan berdasarkan hadis Nabi SAW

anis: selain daripada makan minum, pakai dan tempat tinggal..adakah nafkah diri yang suami kena beri kpd isteri..berapa rm , bagaimana jika suami tak pernah bagi msatu sen pun sejak kahwin berpuluh tahun 20 May 12, 02:51 AM

Nafkah tidak semestinya berbentuk wang ringgit, keperluan makan, pakiaan dan tempat tinggal itulah nafkah, jika suami beri lebih dari itu, ia adalah hadiah atau sedekah yang digalakkan dalam Islam

ulama': apa komen ustaz apabila ahli ulama' muda umno itu sendiri menulis artikel di metro bertajuk "syaitan bertopeng manusia" yang mana isi kandungannya mengatakan semua ulama yang tak sealiran, sesat 25 May 12, 11:39 PM

Orang boleh memberi pandangan, tetapi tidak semestinya pandangan kita adalah tunggal bagi penyuluh kebenaran

eina: Assalam, ust. anak saya student saya x mo pinjam PTPTN. ada x di LPZ uruskan pinjaman bg studen, saya (ibu) yg bayar. duit di zakat kn banyak & penuntut ni salah 1 drp asnaf, betul x ust.. 1 Jun 12, 10:48 AM

Ada, itu kena rujuk pada Lembaga Pengurusan Zakat dan perlu banyak bersabar ketika berurusan.

hazlan: salam. kawan saya sering mengungut isterinya dengan mengatakan "NANTI AKU JATUHKAN TALAQ". adakah itu bermakna kawan saya telah ceraikan isterinya...terima kash 14 Jun 12, 12:40 AM

tidak

enon: salam, saya nak tanya bagaimana cara utk pendinding rmah dri gangguan mahluk halus 16 Jun 12, 12:49 PM

bacakan surah al-baqarah di rumah, paling kurang sekali seumur hidup, bacakan banyak ayat kursi

noor: Salaam.Saya ingin membantu saudara seislam saya dan masjid Al-Aqsa di Palestin.Bagaimana&ke mana harus saya salurkan bantuan? 17 Jun 12, 08:12 AM

Paling baik, ke sana dan sampaikan sendiri, kalau tak mampu pergi kirimkan pada orang yang amanah

dina: assalam..ustaz, sy nk tny..apakah hukum jika seorang suami prnah mngatakan jatuh talak jika si isteri pergi ke ssuatu tmpat,tp stelh itu suami mngizinkan isteri ke sana dan mnarik balik talakny.hukum? 17 Jun 12, 01:43 PM

Boleh, jika benar dia telah melafazkan untuk menarik kembali taklik itu.

umifatin: bagaimana caranya untuk sy membayar zakat pendapatan sy bg tahun2 yg tlh tlepas. sedangkan pd waktu skrg kita tidak berasa kecukupan utk membayar semula zakat2 yg tlh ttinggal itu.. 20 Jun 12, 10:48 AM

bayar yang mampu dulu, yang tidak mampu dikira sebagai hutang pada agama

ida: salam. saya sering diugut " jatuh talaq" jika kehendak suami saya ingkar. sedang suami tidak pernah memberi nafkah. semua 100% keperluan rumah tangga saya yang bayar/urus. malah kepeluan suami saya tanggung walau dia bekerja. adakah saya telah diceraikan dengan sebuatan " jatuh talaq kat ko" 21 Jun 12, 10:26 AM

jika lafaznya itu dengan taklik seperti, “kalau buat macam ni jatuh talak” maka tak jatuh talak itu, atau jika lafaznya untuk masa akan datang, “nanti aku akan jatuhkan talak”, maka tidak jatuh.

nasir: salam ustaz..jika solat subuh di Masjidil Haram tiada doa qunut..jika ikut buku panduan ziarah umrah dan haji..mengikut mazhab syafie'..batal solat subuh jika kita meninggalkan doa qunut.. ade sesetengah pendapat mengtakan..jika mengikut imam..maka kita ikut sahaja imam..apa pendapat dan pandangan ustaz??..sekian terima kasih clip_image001 21 Jun 12, 12:45 PM

Qunut sunat, tidak ada dalam kitab mazhab imam syafie yang menyatakan batal solat jika tidak qunut

Hazar Bt Hj Zainal: Assalamualaikum Ustaz, apa pendapat uztaz jika pd hari jumaat saya membaca surah Al Khafi...bersambung2... maksudnya..subuh sikit...zohor..sikit sehingga isyak..baru habis.. terima kasih. wasalam. 23 Jun 12, 12:18 AM

Boleh

sri: salam ustaz...sy isteri yg hak nafkah zahir-batin sebagai isteri dinafikan suami atas alasan belum masanya. Kami telah bernikah dekat setahun setengah,Suami tidak berterus terang dengan isteri pertama apa pendapat ustaz akan kedudukan sy ini. sy bernikah lagi dan bertekad utk menjadi isteri yg baik mengikut syarak dan kerana Allah sy merasakan seolah tujuan sy bernikah lg setelah dekat 10thn jadi ibu tunggal, dgn tujuan suami menikahi sy dlm poligami ini, tidak selari, setelah sy diperlaku sebegini. sy masih bekerja. dalam pada ust masih dln kembara ini, moga2 petunjuk Allah dtg drp ust diberi kelapangan utk respon msg ini, sbb stress, walaupun setelah solat taubat & hajat ..amiin suami sy sorg guru sek agama, pernikahan kami masih blum berdaftar dnegeri ini, dmana tempat sy boleh merujuk/nasihat, harap ust sudi beri pendapat/jln...syukran! 23 Jun 12, 12:10 PM

Rujuklah di pejabat agama untuk daftarkan

Radzi CinYu: Salam Ustaz, Saya nak tanya pendapat ustaz, ape hukum Skim Bijak Malaysia ye? Sbb saya da terjoin Skim ni.. Skim ni mcm insurans konvesional, tapi kerajaan skim ni kerajaan yg perkenal.. 24 Jun 12, 07:35 PM

Lihat fatwa atau boleh ajukana pada fatwa, sepengamatan saya, setakat ini yang dah ada fatwa adalah ASB, kalau pembaca ada pengetahuan, boleh kongsikan di ruang soalan nanti

norma: As salam ustaz. Ustaz kalau nak puasa qhada bolehkah kita gabungkan sekali dgn puasa sunat. 26 Jun 12, 10:22 AM

boleh seperti puasa qada dibuat pada hari Isnin

“Persoalan Kunci Ilmu”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jeddah

15 Julai 2012 jam 6.15 pagi

6 comments:

Anonymous said...

Assalam ustaz, sejak berkahwin, saya kerap sedih & merungut kpd suami kerana nafkah zahir & batin yg diberi tidak mencukupi. Suami pula akan marah saya dan berkata saya tak boleh merungut krn ia akan buat dia stress & tak redhakan saya, dan saya takkan masuk syurga.Disebabkan itu saya sudah tawar hati utk hidup dgn suami & pernah berkali2 bgtahu kpdnya yg lebih baik kita berpisah. Adakah tindakan saya merungut & menuntut hak saya salah? Dan bolehkah suami doakan saya tak masuk syurga sedangkan suami tidak menunaikan nafkah secukupnya? Adakah jalan terbaik bg kami ialah berpisah memandangkan saya sendiri sudah tawar hati utk melayan suami?

Xin Guiying said...

Assalam ustaz. Saya seorang muslimah yang sudah cukup umur untuk berkahwin, tetapi saya tidak mempunyai keinginan untuk berjimak malah mempunyai fobia yang serius sekiranya disentuh lelaki yang bukan mahram . Saya difahamkan bahawa dalam kondisi ini saya diharamkan berkahwin, jadi bagaimana sekiranya ibu bapa saya memaksa saya berkahwin dan tidak percaya dengan kondisi saya? Terima kasih.

Anonymous said...

Salam ustaz...bolehkah sy memasukkan duit fidyah kedalam tabung masjid?

Anonymous said...

Assalamualaikum utz...Sy sorg suami. ..Dlm keadaan tertekan Sy telah lafazkn lebih baik kita bepisah pd isteri Sy.ketika itu Sy byk berfikir utk merujuk kepada mahkamah. ..Adakh jatuh talak?

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz, saya lelaki ingin tahu apakah maksud mimpi menggandung...saya yang mimpi camtue..

Unknown said...

aya ingin bertanya tentang soalan dr sudut agama soalan ini amat la sensitif bagi diri saya kemungkinan email ini juge sy ciptakn krana malu dengan Allah dan juga manusia...sy ingin bertanyakan ustazah tetapi hanya email ini je yg saya jumpe untuk bertanya walaupun sy ada sahabat yg mungkin boleh membantu tapi perasaan malu yg meluap menyebabkan malu +ego tidak dapat sy atasi sy cukuplah dikenali sbg kaum hawa

kalau dari segi luaran sy akan dipandang spt muslimah, tp mungkin sedikit kasar sy tidak tahu di usia 30 an ini mungkin Allah tidak sampai seru untuk berjodoh sy redha... tp ada satu tabiat dimana sering berkhayal dan' istimna" dlm bhase arab kadang kala dr tempat keje, dalam bus, masak pun sy akan teringat benda yang tidak elok dan akhirnye mengeluarkan cecair yg menyebabkan teransang... tabiat ini sudah menjadi ketagihan...

saya org yg tak pernah tinggalkan solat.. tp mesti solat sy tidak sempurna sb itu sy masih kearah aktiviti yg tidak sihat...

dari suke2 hinggalah ketagihan sunat taubat n kembali begitulah rutinye sehingga mengetahui azab Allah itu benar akn berhenti dan apabila terlihat, terbace @bercerita sy mule ketagih.. tidak tahu bagaimana lagi ingin sy kikis sy berpuase tp dalam puase sunat jge sy teringat walaupun tidak melihat cerita 18 sx tp akan teringat dan keluar cecair yg tidak spttnye ketika puase...

sy buntu sgt2 hari2 solat mintak ampun tp akan buat apabila terlihat dengar @ bce sy tidak tahu bagaimana krane sy amat tahu Halal n Haram apatah lagi azab Allah itu pasti dimana Allah amat murka kepada zina..apatah lagi pd bulan puase pada suami istri apatah lagi bujang...

Disini sy perlukan nasihat ustaz bagaimana sy mengelak krana zaman cyber ini dimana saje apaila ade kemudahan internet yg mudah...bantu sy sg hamba Allah yg Hina lg sesat ini...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...