Thursday, July 26, 2012

Universiti Kehidupan 232 - “Tawadhuknya Para Ulama Mekah..”

Banyak menghadiri majlis ulama’ di kota Mekah ini saya mempelajari satu perkara..

Saya mempelajari erti tawadhuk pada ilmu.

P1000667

Jahil sangat diperangi dalam Islam tetapi ketahuilah jahil boleh berlaku dalam dua perkara:-

1. Orang yang malas menuntut ilmu

2. Orang yang telah rasa cukup dengan ilmunya, maka berlakulah jahil kali kedua.

25 Julai 2012, saya menghadiri majlis ilmu Habib Taha  bin Hassaan Fada’ak.

P1000665

Majlis ilmu ini bukan sahaja dihadiri oleh orang awam, tetapi para ulama lain juga menghadiri masjlis ini.

P1000671

Ia disampaikan oleh beberapa orang ulama’, gambar di atas Habib Taha memegangkan pembesar suara pada ulama lain ketika ulama lain mengajar satu bab dari ilmu.

P1000675

Hadir juga di masjid ini malam ini ialah Habib Umar al-Jailani, padahal Habib Umar seorang tuan guru besar dan punyai pengajiannya sendiri, tetapi beliau juga hadir di majlis ilmu orang lain untuk mendengar majlis ilmu.

P1000681

Budaya ini di Malaysia agak kurang, amat sedikit para ustaz duduk di majlis ilmu ustaz lain yang mengajar. Berbeza dengan para ulama Mekah.

Yang bukan anak muridnya, mereka tidak membenarkan untuk mencium tangan, cepat-cepat akan ditarik tangan mereka, kalau kita dapat mencium tangan mereka, mereka akan mengambil tangan kita dan menciumnya kembali.

P1000688

Semoga Allah jadikan saya dan pembaca sekelian orang yang tawadhuk pada Ilmu, tidak sombong dengan pengetahuan dan tidak takabbur dengan kehidupan.

Jam 3 pagi, kota Mekah masih sesak, kota yang tidak pernah tidur….

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat'”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

26 Julai 2012 jam 3.15 petang

6 comments:

Anonymous said...

Ye ustaz.
Ttg ustaz2/ustazah2 sama2 mendengar di majlis ilmu penyampai2 lain, setakat ni yg ana alami ade le sorang dua (mungkin ramai lagi sbb ana pun tak bnyak tempat dpt attend di Msia ni).

Ade tu mungkin tak de masa layari ilmu drp intenet (cth blog ustaz ni le), sbb kdng2 ilmu yg disampaikannya tak up to date. Tapi kita anak murid sbg hormati guru, kita diam aje le.

(dlm intnet, TGNA antara yg duduk di majlis ilmu yg disampaikan oleh ustaz muda. Syabas TGNA)

Anonymous said...

Assalam ustaz,

Amin amin amin ya Rabbal alamin atas doa ustaz.

Jazakaullah

FAIZMIN said...

ilmu harus dikongsi bersama sbb kdg2 kita hanya tahu 1 ilmu sahaja

Anonymous said...

ustaz, photo ke 3 dari atas, yg duduk paling kiri tu pengacara rancangan 'Kul ing Kun Tum..' TV Hijrah ke?

Anonymous said...

salam

Anonymous said...

ustaz..suami saya brgaji besar..simpAnan dah melebih...tp kedekut sgt..soalan saya dosa ke saya guna duit suami saya tanpa izinnye utk urusan rumahtangga dan anak2..saya tahu wlaupun saya mintak keizinan die pasti die tidak akan izin kan...die terlalu berkira sehinggakan benda die mampu pun tidak akan dibenarkan...saya tidak mggunakan wangnye sewenang-wenangnya hanya utk benda penting dan die lebih dr mampu utk semua itu...bantulah saya ustaz...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...