Berbuka puasa di Masjid al-Haram tidak seperti di Madinah.
Di Madinah, ramai orang yang menginfaqkan buka dengan berbagai makanan, dari roti sehingga nasi berlauk, tapi di Mekah, makanan tidak boleh dibawa masuk di masjid atau ruang legar masjid.
Saya berbuka dengan penyelia tesis Phd saya, Prof Dr. Ahmad Hidayat Buang.
“Prof doakan utk Phd saya ye..” pinta saya.
“InsyaAllah, doa, doa juga, tapi jangan tak buat” jawab Prof sambil tertawa kecil…
Secara peribadi, menulis bawah penyeliaan beliau memang best, walaupun agak tegas, tapi beliau membimbing saya di dalam dunia akademik.
Ramainya tetamu Allah kala ini sehingga jalan dipenuhi oleh Muslim dari seluruh dunia.
Kalaulah bersatu, masyaAllah, pasti memberi impak besar pada dunia.
Kita boleh lihat orang berinfaq dengan berbagai cara, ada dengan makanan, ada dengan plastik membawa kasut dan ada dengan tisu.
23 Julai 2012, saya bersama Haji Arshad berbuka puasa di sebuah masjid di Mekah. Buka puasa ini dianjurkan oleh Haji Arshad bersama sumbangan sahabat-sahabat maya beliau.
Buka puasa anjuran orang Malaysia di masjid ini dibuat sebulan penuh.
Memberi makan orang berbuka, Allah berikan pahala puasa orang itu pada kita tanpa mengurangkan pahala orang itu.
Di masjid selain masjid a-Haram, buka puasa dihidangkan berbagai makanan hasil infaq dari orang ramai.
Sebenarnya, banyak cara kita boleh beramal, persoalannya mahu atau tidak sahaja..
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi'
Muhamad bin Abdullah
Mekah Mukarramah
26 Julai 2012 jam 2.30 petang.
1 comment:
Assalam Ustaz,
semuga dalam rehda Allah.
Terima kasih kongsi pengalaman yang tak terhingga.
semuga kita di beri Allah rezeki untuk di kongsi bersama bagi amal akhirat.
Terima kasih buat tuan Haji Arshad membawa kami sama sama beribadat. Semuga di berkati Allah.
Jazakuallah
Post a Comment