Tuesday, July 31, 2012

Bicara Ilmu 84 – “Doa Untuk Mendapatkan Anak – Amalan Dari Ulama’ Mekah”

Pertemuan saya dengan Habib Muhammad Jamalullail pada 21 Julai 2012 penuh dengan erti.

Habib Muhammad Jamallullail memberikan amalan untuk mendapat cahayamata bagi sesiapa yang susah atau belum mendapat cahaya mata.

Amalan ini boleh dibuat dengan dua keadaan:-

1. Jika kita ditempat kita

2. . Jika kita datang menunaikan Umrah

Keadaan satu (Jika Kita Berada di Tempat Kita)

1. Jika kita ditempat kita, bacakan setiap kali waktu solat 7 kali dua doa di bawah diiringi dengan istigfar seperti di bawah 100 kali

رَبِّيْ لاَ تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ

maksudnya : Ya Tuhanku, janganlah biarkan aku keseorangan dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi

رَبِّيْ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٍ

Tuhanku sesungguhnya aku adalah dari apa yang telah Engkau tetapkan padaku dan sebaik-baik orang yang faqir

Baca istigfar banyak2

أََسْتَغْفِرُاللهَ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Aku minta ampun pada Allah dan sesungguhnya Dia yang maha memberi taubat.

Keadaan dua (Jika Kita Menunaikan Umrah)

Jika menunaikan umrah, setiap kali tawaf baca kedua-dua doa di atas, semasa di Mekah, baca Istighfar di atas banyak-banyak.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

31 Julai 2012 jam 5.00 petang

12 comments:

putridiana said...

Terima kasih banyak2 ustaz..semoga dapat dipanjangkan sedekah ayat ini kepada insan2 yg sangat memerlukan zuriat...

yayayuyu said...

terima kasih ustaz...tergerak hati ingin membuka blog ustz..dan alhamdulillah!ini yg sy tunggu2..dah dekat setahun kahwin xdpt rezeki anak,Allah gerakkan hati untuk belajar doa nie..syukran ustaz!

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,

Terima kasih atas perkongsian ustaz ini..

Zara Balqis said...

Ustaz, terima kasih.

Doa yg pertama adalah sebahagian dari ayat 89, surah Al-Anbiya (doa Nabi Zakaria), doa yg kedua tu dari ayat mana ya Ustaz?

azhairi said...

assalamulaikum ustaz tulisan jawi xberapa jelas so susah nk baca erm nk mintak tlg ustaz besarkan tulisan jawi tue...

Sakinah Tina said...

Terima Kasih byk2 ustaz..sudi berkongsi ilmu Allah...Syukran..
Mohon diambil doa ni..ingin berkongsi bersama kwn2 yg lain juga..

Anonymous said...

Assalammualaikum

mohon izin utk saya kongsikan doa2 ini ya ustaz.
terima kasih ustaz atas perkongsian ilmu ini. semoga bermanfaat untuk semua. amin.

BlogTomey143 said...

Assalammualaikum ustaz...
Terima kasih di atas perkongsian doa ini...
Syukran Jazilan

waniez said...

@zara balqis: ayat ke2 tu dari surah Al Qasas ayat 24, kisah nabi Musa.

putriwan said...

Alhamdulilah, terima kasih ustaz atas perkongsian doa ini. Amin.

Hilmy Pekan GB0024/2012 said...

Tq ustas atas perkogsian..mohon izin amal

Hilmy Pekan GB0024/2012 said...

Assalamualaikum ustaz,

Terima kasih atas perkongsian ustaz ini..