Salah satu gambaran yang kami perlu ambil adalah bagaimana orang Arab bersahur.
Kalau yang memang faham, hampir mustahil untuk masuk ke dapur orang Arab mengambil gambar perempuan mereka terutama orang Saudi.
Saya punyai kenalan, Habib Ahmad Saga, sejak lima tahun lepas, setiap kali ke Mekah pasti akan ke rumah beliau.
24 Julai 2012, kami berbuka puasa sehingga ke sahur di rumah Habib Ahmad.
Beliau menjemput saya dan krew jejak Rasul untuk berbuka sekali. Kesempatan itu saya memohon izin untuk mengambil gambar bagaimana keluarganya menyediakan sahur.
“Boleh, boleh” kata Habib Ahmad.
Di rumah beliau, kami dihidangkan dengan berbagai makanan, minuman dan buahan.
(Gambar di atas kami sedang makan buah Tin)
Orang Arab di sini tidak tidur pada waktu malam, Mereka akan menjemput kawan-kawan mereka, berselawat, berbual dan berbagai aktiviti sementara para isteri menyediakan sahur.
Bagi kebiasaan orang Arab, sahur mereka adalah roti di lawan dengan berbagai lauk.
Bagi golongan ilmuan dan para Ulama kota Mekah pula, selepas tarawikh, mereka akan mengadakan majlis ilmu, selawat dan zikir sehingga jam 2.30 pagi.
25 Julai 2012, saya bersama krew sekali lagi menghadiri majlis ilmu di rumah Habib Taha bin Hassan Fada’ak.
Dan selepas majlis zikir, mereka akan bersahur bersama-sama. Tiap-tiap malam, ada sahaja majlis ilmu atau zikir di kota Mekah.
Tuan rumah mengambil fadhilat memberikan makan sahur pada orang berpuasa.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Mekah al-Mukarramah
26 Julai 2012 jam 3.00 petang.
2 comments:
Tak tido malam. No wonder dikatakan siang tido depa agak lama.
Untung ustaz tau bahasa Arab, yg tak tau mcm kami ni, agak2nya akan terganga le klu dengar tazkirah depa.
Xdpt bayangkan kalau Fitri boleh abiskan nasi setalam dpn dia tu.... :)
Post a Comment