Apa orang Mekah buat pada bulan Ramadhan?
Kalau ada 1000 warna kehidupan, maka 100o kisah boleh diceritakan..
Saya menelifon sahabat saya, orang Arab di Mekah, tidak berangkat sejak pagi,
Jam enam petang, baru dia menghubungi saya kembali..
“Maaflah Muhamad, saya tidur, letih sangat, ini pun zohor belum buat lagi, astaghfirullah..” katanya.
Saya tidak mahu melihat kehidupan orang biasa, saya mahu ikuti kehidupan para Alim Ulama di kota Mekah, apa mereka buat?
Sabtu 21 Julai 2012 jam 11 malam, saya menziarahi rumah Habib Muhamad Jamalullail di Ruseifah.
Dari segi keturunan, beliau ada pertalian dengan Raja Perlis.
Sampai dirumahnya, saya dan krew Jejak Rasul dipersilakan masuk.
Malam ini, selepas tarawikh, rumah Habib Muhammad Jamalullail dikunjungi ramai orang.
Di sini, pada bulan Ramadhan, di adakan majlis zikir, bacaan al-Quran dan bacaaan selawat.
MasyaAllah, bergema bumi Ruseifah dengan zikir…
Krew Jejak Rasul dapat merakamkan majlis malam ini walaupun agak terhad. InsyaAllah akan dapat di kongsikan nanti.
Selawat dan nazam dibacakan dengan indah sekali sehinggakan melewati jam 2.00 pagi, terasa masa berlalu cukup pantas tanpa menjemukan.
Habis majlis, kami semua bersahur Nasi Mandy kambing bersama-sama di rumah Habib Muhammad Jamalullil.
“Ustaz, boleh tak minta Habib doakan, saya belum dikurniakan anak lagi” kata salah seorang krew.
Waktu bersalaman dengan Habib Muhammad, saya menyampaikan hajat salah seorang krew ini, dengan wajahnya yang bersih dan jernih, Habib Muhammad kemudian mendoakan.
Kemudian, beliau mengambil pen dan meminta saya menyalin sesuatu.
Beliau memberikan dua doa pendek.
“Amalkan ayat ini, insyaAllah Allah akan anugerahkan anak yang soleh/solehah pada kamu semua” kata Habib Muhammad.
InsyaAllah, siapa yang lama berkahwin dan belum dikurniakan anak boleh jumpa saya dan saya akan panjangkan amalan dan doa ini untuk kita semua.
Bersahur di rumah Habib Muhamad Jamallullail
Bersama Habib Muhammad Jamalullail, bertemu orang Alim menambahkan ilmu dan perkongsian amalan para ulama kita..
__________________________________________________
Ahad 22 Julai 2012 jam 5.00 petang…..
Pada petang ini pula, saya dan krew Jejak Rasul menghadiri majlis ilmu di Hamra’ Mekah (berhampiran dengan Suuq Hijazi).
Majlis ilmu disampaikan oleh Habib Umar al-Jailani, ulama Ahli Sunah bermazhab Syafie di kota Mekah.
Petang ini, Habib Umar al-Jailani membacakan kitab hadis pesanan Rasullullah kepada Ibnu Abbas.
Salah satu yang menarik perhatian saya petang ini ialah kisah Nabi Ayub a.s ketika baginda Ayub diuji dengan sakit..
Begitu detail dan cermat beliau menyampaikan kisah ini menerusi hadis-hadis Nabi sehingga semua yang datang cukup sunyi, khusyuk mendengar penyampaikan Habib Umar.
Saya turut sebak ketika iktibar dicungkil dari kisah Nabi Ayub ini. Beginilah para Ulama’, oleh kerana penyampaian dari hati, maka ia cukup menyentuh dan memberi kesan sehingga bangkit perasaan ingin mencontohi insan mulia dari segi akhlak dan amalan mereka.
Pengajian habis jam 6.00 petang.
Beginilah sebahagian contoh apa orang Mekah buat pada bulan Ramadhan.
Orang ahli ilmu dan orang soleh dengan majlis ilmu dan zikir mereka.
Semoga Allah rezkikan kita untuk hidup dan duduk bersama orang yang soleh dan solehah, amin..
Habib Umar al-Jailani, Ulama Mazhab as-Syafie di kota Mekah
Majlis ilmu di bulan Ramadhan
Nabi SAW bersabda:-
“Barangsiapa menghadiri majlis ilmu pada bulan Ramadhan, akan ditulis bagi setiap langkahnya ibadah yang diterima dan dia akan bersama aku (Rasullullah) di bawah perlindungan arasy nanti” (rujuk kitab Durrah an-Nasihin)
Para alim ulama’ hidupnya penuh dengan usaha mencari keredhaan Allah, khidmatnya pada masyarakat luar biasa, semoga Allah jadikan saya dan kita semua orang yang menjadikan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah walau apa bidang yang kita ceburi, amin…
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan’
al-Faqir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Mekkah Mukarramah
Isnin 23 Julai 2012 jam 3.00 petang
21 comments:
Assalamualaikum Ustaz...
Betapa bertuahnya ustaz ditemukan dengan para ulama warithatul anbiya'...jealous pula rasanya...
Syukran ye ustaz atas post2 mengenai Mekah & foto2 terkini..
Semuga Allah kabulkan azam kami dapat umrah akhir Ramadhan thn hadapan. Tlg doakan ye ustaz.
Assalamualaikum ustaz..
nak minta ustaz share doa mendapat anak soleh solehah tu =)
ustaz, bole xemail kan pada saya doa untuk mendapatkan anak tu.dah 2thn lebih berkahwin, tp masih belum dikurniakan zuriat.terima kasih.
noraisah.sukir@yahoo.com
salam ustaz. boleh tak saya juga minta doa yang ustaz beritau tu. untuk kawan saya dan makcik saya yang belum dapat baby.dah lama mereka kahwin. silya369@gmail.com
ustaz, mohon diemelkan pada saya juga doa itu. terima kasih
ahamd.sahimi@yahoo.com
ustaz, mohon diemelkan pada saya juga doa itu. terima kasih
ahmad.sahimi@yahoo.com
Salam ustaz
ustaz, mohon diemelkan pada saya juga doa itu. terima kasih
alidah75@yahoo.com
Ustaz, mohon emelkan doa tersebut kepada saya..terima kasih
syamirah79@yahoo.com
Assalamualaikum Ustaz...
Alhamdulillah post yg sgt dinantikan, menambah kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW..
Sgt bersyukur kiranya ustaz dpt kongsikan dua doa tersebut..atau emel ke yana.safiyya@yahoo.com...
Syukran ustaz..
Assalam ustaz,
Semuga dirahmzti Allan.
Seronok baca blog ustaz.
Amin amin buat doa ustaz.
Tolong email doa dari Habib Muhamad ke email crash939@gmail.com
Jazakaullah
Typo error :
Semuga dirahmati Allah
Salam ustaz;
Saya juga mohon emailkan doa tersebut email:putridiana77@gamail.com
adalah lebih elok kiranya ustaz share kan doa tu dlm blog ini..:) terima kasih!
Salam, Ustaz mohon share doa tu dalam blog ni....ramai yang memerlukan...atau email saya di fnaaa73@yahoo.co.uk
terima kasih banyak.
Assalamualaikum Hj, mohon emailkan pada saya doa itu. 3 kawan saya belum di kurniakan zuriat selepas 5tahun kawin. Saya diTerengganu.
Assalamualaikum Ustaz
boleh tak saya hendak ustaz emelkan doa itu utk dapat zuriat itu? Untuk kawan saya yg dah 7 tahun berkahwin tapi belum rezeki dikurniakan zuriat
ni emel saya arzarm@gmail.com
Assalamualaikum..
Ustaz, mohon ustaz emelkan pada saya doa untuk memudahkan mendapat zuriat di alama sal_hasa@yahoo.com
Terima Kasih
Salam ustaz....mohon ustaz email pd saya doa utk memudahkan mendapat zuriat : deqloh@gmail.com. Terima kasih.
Assalamualaikum Ustaz...
Saya dari Johor Bahru...sudah 6 tahun berkahwin...dan belum dikurniakan zuriat lagi....mohon ustaz emailkan doa yang tersebut...Terima Kasih.
nba3681@gmail.com
Assalamualaikum Ustaz...
Saya dari Penang...sudah 9 tahun berkahwin...dan belum dikurniakan zuriat lagi....mohon ustaz emailkan doa yang tersebut...Terima Kasih.
muzar73@yahoo.com
Assalamualaikum Ustaz...
Saya dari Melaka...sudah 10 tahun berkahwin...dan belum dikurniakan zuriat lagi....mohon ustaz emailkan doa yang tersebut...sumartini78@yahoo.com. Terima Kasih.
Post a Comment