Tajuk yang kami bincangkan hari ini ialah “Membimbing Pasangan Muallaf..”
tajuk ini sebenarnya dicadangkan oleh pemanggil IKIM yang memohon agar kami membincangkan mengenainya.
Siri pertama tajuk ini ke udara pada 12 Mei 2012, kita boleh mendengar rakamannya seperti di bawah.
Siri pertama kami bincangkan jenis orang yang masuk Islam dalam konteks Malaysia.
1. Kaji Islam dan dapat dari orang yang salah
2. Kaji Islam dapat dari orang keras
3. Islam kerana Minat pada sesuatu
Pada ekonomi Islam, kesenian Islam, kebajikan Islam
4. Islam kerana kahwin
5. Islam kerana kepentingan lain
6. Islam kerana memang kerana Islam itu.
Siri kedua ke udara pada 28 Mei 2012, kesempatan kali ini, kami bincangkan mengenai mengenal 5 unsur badan manusia dan bagaiamana ingin membimbing seorang muallaf melalui lima unsur badan ini.
Kita boleh ikuti perbincangannya seperti di bawah:-
Siri yang ketiga ke udara pada 4 Jun 2012 dan kami mulakan dengan membincangkan ayat ke 110 surah Ali Imran yang bermaksud:-
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah
Ayat ini mengenai dakwah. Kemudian kami bincangkan juga ayat dakwah dari surah Ahqaf ayat 32 yang bermaksud:-
Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah maka dia tidak akan melepaskan diri dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.
Kami bincangkan semula 6 sebab orang masuk Islam.
Kemudian kami kongsikan ayat-ayat amalan untuk melembutkan hati. Kita boleh ikuti perbincangan mengenainya melalui rakaman di bawah.
“Ilmu Pelita Hidup”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jeddah KSA
14 Julai 2012 jam 4.40 petang
No comments:
Post a Comment