Tahun 2012 ini, saya diminta untuk membantu menjayakan program Jejak Rasul.
Kumpulan pertama akan membuat pengambaran di Mekah dan Madinah manakala kumpulan kedua di Palestin.
Krew lain akan menghabiskan masa sebulan untuk menyempurnakan pengambaran manakala saya hanya dapat bersama untuk dua minggu sahaja.
Sabtu 14 Julai 2012, jam 2.00 pagi..
Kapal Boeing 777-300 berlepas meninggalkan KLIA ke Mekah via Dubai menaiki Emirates. Tempat duduk saya ialah 24 G.
Bersama saya malam ini 4 krew lain iaitu Fitdri, Abdul Rahman, Rudihadi, dan Azlan.
Pengambaran kali ini agak mencabar kerana sekarang di tanah Arab sedang musim panas, lagi pun kami akan membuat pengambaran pada bulan Ramadhan.
Kami sampai di Dubai jam 4.50 pagi waktu tempatan,
“Cuaca di Dubai pagi ini ialah 35 darjah celcius” ketua pramugari memaklumkan pada semua penumpang ketika kapal telah menjejaki bumi.
Cuba bayangkan, waktu subuh dah 35 darjah, kalau tengah hari macam mana agaknya?
Kami solat subuh bersama-sama di surau lapangan terbang Dubai.
Jam 7.05 pagi, melalui pintu 202, kami menaiki kapal Airbus 380-800 menuju Jeddah.
Kapal paling besar dalam keluarga Airbus ini menerobosi awan tanpa apa-apa masalah. Jarak di antara Dubai dan Jeddah ialah 1900 km.
Jam 10 pagi, kami telah berada di Jeddah, Ustaz Ishak, berasal dari Pattani, menyambut kami.
Kami diaturkan untuk tinggal di apartment di Jeddah. Untuk hari pertama ini, kami tidak membuat apa-apa pengambaran, hanya bermesyuarat membincangkan gerak kerja.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jeddah KSA
16 Julai 2012 jam 6.40 pagi
Kami tinggal di apartment ini di Jeddah
Bersama Jurukamera abang Abdul Rahman ketika makan tengah hari di Jeddah.
Ini yang istimewa di tanah Arab, Nasi Mandy
Di ketika matahari memancar garang, seorang perempuan peminta sedekah, duduk di tengah panas menagih nasib pada yang lalu lalang.
No comments:
Post a Comment