Thursday, July 19, 2012

Universiti Kehidupan 230 – “Ikibar Kisah Kucing Jabal Nur..”

Selasa 17 Julai 2012, saya bersama krew Jejak Rasul mendaki ke Jabal Nur menuju ke Gua Hira.

Ini pertama kali dalam sejarah saya mendaki ke gua Hira’ secara super perlahan, maklumlah, krew membawa peralatan yang berat.

Kami berehat di perhentian tengah di Jabal Nur.

Di sini terdapat banyak kucing, mereka tidak “mengiwou” meminta-minta. Duduk diam dan penuh tertib.

Saya melihat kucing ini…

Dari mana rezki mereka?

Kebanyakkan orang naik ke Jabal Nur hanya membawa air, sangat-sangat jarang mereka membawa nasi dan makanan.

Melihat kucing yang tenang ini, hati saya turut tenang mengingati ayat al-Quran surah Hud ayat 6 :-

Dan tidak ada suatu binatang melata  pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).

Kucing di Jabal Nur tidak pernah kelihatan rungsing akan rezki mereka. Tidak terdapat tanda stress pada wajah mereka.

Tetapi manusia?

Selalu rasa tertekan dengan kebimbingan rezki. Kerana tidak yakin pada Allah inilah, akhirnya setiap saat dalam pencarian rezki, mereka merasa bimbang.

Ketika mencari pun bimbang….

Bimbang takut tak dapat…

Ketika dapat pun bimbang…..

Bimbang takut tak cukup…

Ketika membelanjakan pun bimbang,,,

Bimbang takut habis,,,,

Akhirnya, hidupnya diselubungi kebimbangan berpanjangan…

Aduhai tuhan, rezkikan aku dan pembaca sekelian orang yang sentiasa rasa tenang mengingatimu dan janganlah Kau jadikan aku dan pembaca sekelian orang yang bimbang terhadap kehidupan dunia ini, amin….

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

19 Julai 2012 jam 7.00 pagi

 

P1000501

Iktibar kucing Jabal Nur

2 comments:

azah said...

Bertuahnye kucing ni... dapat jadi penghuni di Jabar Nur.

Cik Misstree said...

Amin.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...