Siti Maryam adalah seorang wanita suci dari keluarga Imran. Keluarganya berasal dari Nazareth.
Ketika Ibunya mengandung, beliau telah bernazar untuk menyerahkan anak kandungan itu berkhidmat untuk Baitul Maqdis. Allah rakamkan kisah ini di dalam surah Ali Imran ayat 35.
(Ingatlah), ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
Di serambi Baitul Maqdis inilah Siti Maryam di lahirkan. Allah berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 36
Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk."
Maka Siti Maryam di berikan kepada Nabi Zakariya. Gadis suci ini dibesarkan di sudut Baitul Maqdis. Di bahagian bawah Baitul Maqdis ini terdapat bilik Siti Maryam. Setiap kali ayah angkatnya menghantar makanan, maka di dapati telah terdapat makanan di biliknya. Allah rakamkan kisah ini di dalam surah Ali Imran ayat 37.
Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah". Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.
Satu ketika, Siti Maryam pulang ke kampungnya di Nazareth. Di sinilah beliau mendapat perkhabaran mengenai beliau akan mengandungkan Nabi Isa a.s dengan ditiupkan langsung roh itu ke rahim Siti Maryam.
Allah rakamkan kisah ini di dalam al-Quran surah Maryam ayat ke 45,
(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, seungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih 'Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah)
keadan rumah Siti Maryam di Nazareth
Bilik Siti Maryam
Allah sambung lagi di dalam Surah Maryah ayat 47,
Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia
Maka Maryam pun pulang ke Jerusalem dan mengandung. Ketika masyarakat mula memandang serong, beliau telah pergi ke satu tempat yang jauh.
22. Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh (Surah Maryam)
Maka beliau telah sampai ke Bethlahem, maka ketika mendesak kandungannya, maka datanglah bantuan Allah.
23. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan". (Surah Maryam)
Maka Nabi Isa dilahirkan di Bethlahem menurut sesetengah rawi, Allah alirkan mata air di temapt ini. Firman Allah:-
24. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu (Surah Maryam ayat 24)
Beginilah perjalanan hidup Siti Maryam. Menzirahi bumi Palestin, kita dapat meniti sejarah al-Quran.
Ia menjadikan kita lebih menghayati kisah-kisah al-Quran.
“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Faqir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
2 Julai 2012 jam 8.00 malam.
1 comment:
Assalam ustaz,
Salam sejahtera
Terima kasih atas pengongsian ini.
Semuga ustaz diberi ilham dan terus menulis.
Jazakaullah.
Post a Comment