Wednesday, July 18, 2012

Diari 389 - “Pendakian Hira Dalam Sejarah…”

Setakat ini, setiap kali saya membawa rombongan umrah, mesti saya akan membawa ahli rombongan saya ke Gua Hira.

P1000531

Dari tempat bermula tangga pertama hingga kemuncak ialah 565 meter, tetapi ia cukup membuatkan kepala nampak berbintang-bintang kalau siapa yang tidak biasa.

P1000491

Satu yang saya ingin kongsikan ialah, bagi sesiapa yang ingin mendaki ke gua hira, bawalah tongkat, ia sangat berguna ketika turun.

P1000492

Hari ini 17 Julai 2012 jam 5.00 petang, saya bersama krew Jejak Rasul menaiki Jabal Nur untuk ke gua Hira’, apa yang membebankan ialah kamera dan peralatan pengambaran yang diangkut sekali ke atas. Kasihan juga saya melihat kesungguhan krew memikul segala peralatan, sampai ada yang rasa nak pitam. Sudah sejam berjalan, kami baru sampai di tengah. Ada separuh lagi perjalanan yang perlu ditempuh.

P1000494

Kami berehat di perhentian tengah gua hira sehingga tengah malam sebelum meneruskan lagi perjalanan ke puncak. Dalam keadaan yang lapar, tiba-tiba datang seorang Pakistan lepak bersama kami. Orang ini adalah pekerja di gerai di puncak Jabal Nur. Dia biasa turun dan naik ke gunung ini untuk mengangkut barang jualan.

Berbual dalam bahasa Urdu, pekerja ini mudah menjadi mesra.

“Aku tengok kamu semua ni letih, kamu dah makan ke? tanya orang ini yang mengenalkan dirinya dengan nama Khalil Iman.

“Belum lagi, kami sampai dari petang dan nanti selepas Subuh esok baru turun” jawab saya.

“Dekat gerai  kamu ada juga roti tak? tanya saya.

“Tak ada, biskut ada” jawabnya ringkas.

“Tak apalah, aku pun nak turun ambil barang ni, aku belikan kamu makan nak tak? kamu nak makan apa?” tanya Khalil.

Saya terus membetulkan posisi duduk saya, bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal, teruja dengan cadangan Khalil

“Ok, kirim nasi dengan ayam, boleh? tanya saya.

“Ok, boleh” dia bersetuju.

P1000507

Khalil terus turun dan dalam sejam lebih dia naik kembali membawa 5 bungkus nasi bersama ayam untuk kami berlima.

Alhamduillah, inilah yang disebut sebagai Allah sentiasa bersama hambanya iaitu Maha mendengar keperluan dan hajat hamba-hambanya.

Kami makan sehingga kenyang.

P1000510

Kami meneruskan perjalanan ke puncak. Kala ini, di Jabal Nur, ramai pengunjung. Merka berqiamullail  bersamaa-sama di atas puncak gunung ini.

Malam ini, dengan berbumbungkan langit, kami berehat dan tidur dengan belaian angin nyaman Gua Hira. Walaupun saya biasa naik ke sini, tapi ini pertama kami saya menghabiskan masa sepanjang makan di sini.

P1000525

Rabu 18 Julai 2012, Selepas mengambil gambar pada waktu Subuh, kami bersiap untuk turun. Tugas kami tidak habis lagi, sampai di bawah kami perlu terus ke Hudaybiah untuk membuat pengambaran mengenai ladang unta.

P1000528

Sehingga waktu Subuh, Jabal Nur terus dikunjungi bagi yang ingin menghayati pengorbanan Rasullullah berada di gunung ini hingga baginda mendapat wahyu yang pertama.

'”Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

18 Julai 2012 jam 5.00 petang.

2 comments:

Hawa Tahir said...

Assalammualaikum wbt Ustaz Amin..

Betul cakap ustaz.Tongkat amat2 berguna ketika turun.Ketika mendaki Jabal Nur dulu, saya fikir nak turun lagi senang rupa2nya menggigil2 kaki turun.Mungkin sebab tak biasa.Sudahnya jatuh terduduk masa menuruni jalan yg berhampiran kedai2 tempat menunggu tu..Malu saya dgn ustaz mutawif..Apapun, 1 pengalaman yg indah. :)

zizo said...

Salam,
Gembiranya tengok... InsyAllah akan sampai kesana juga...
Camna nak qada hajat kat sana? ada tandas ke?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...