Khamis 19 Julai 2012 jam 6.30 petang..
Dengan bantuan Abang Arshad, saya dan krew Jejak Rasul diperkenalkan dengan Pak Abu dari Cantumas Travel.
Pak Abu mempunyai hotel yang dipajak di Ghazzah.
Kami semua telah sampai di hotel Pak Abu dan beliau mempersilakan kami mengambil gambar Mekah dari atas hotelnya.
Pemandangan sungguh cantik, di Malaysia kala ini telah diisytiharkan puasa jatuh pada hari Sabtu sedangkan di Mekah, kami semua sedang menunggu pengisytiharaan puasa.
“Nanti Maghrib kita dengar, kalau ada bunyi meriam maka esok puasalah tu” kata Pak Abu.
“Meriam dia orang tembak dari mana?” tanya saya.
“Dari Jabal Hindi” terang Pak Abu yang telah lama tinggal di Mekah ini.
Saya menghayati pemandangan matahari yang terbenam di celah-celah bukit di Mekah.
Dari atas hotel ini juga, kami dapat menyaksikan tanah perkuburan Ma’laa, salah satu tanah perkuburan di Mekah dan di sini juga terdapat makam Saydatina Khadijah, isteri Nabi yang sangat menjadi tulang belakang pada perjuangan baginda.
Para isteri Nabi yang memberikan zuriat hanya dua orang sahaja iaitu Saidatina Khadijah dan juga Saidatina Mariah Qibtiyyah seorang wanita berketurunan Mesir.
Orang Mesir cukup berbangga kerana bangsa Mesir telah ditakdirkan menjadi isteri kepada dua orang Rasul hebat iaitu Nabi Ibrahim (Siti Sarah) dan Baginda SAW (Saidatina Mariah)
Walaubagaimana pun, anak Nabi dari Mariah Qibtiyyah iaitu Ibrahim, meninggal waktu kecil dan dalam sejarah Nabi juga menitiskan air mata ketika pemergian anak kecil baginda iaitu Ibrahim.
Dari kejauhan, saya memerhatikan jam besar Wakaf Raja Abdul Aziz, muka jam ini berwarna putih pada siang hari dan akan bertukar menjadi hijau pada malam hari.
Salah seorang jurutera jam ini ialah orang Melayu Malaysia.
Matahari mulai tenggelam, jam sudah menunjukkan pukul 8.10 malam.
“Tak ada meriam ni, Ramadhan hari sabtulah tu” kata Pak Abu.
Tiba-tiba…
“Gedegum..” satu bunyi kuat menggegarkan kota Mekah.
“Haa, esok puasa, maknanya, di Mekah tak nampak, tapi anak bulan nampak di tempat lain, sebab itu lambat sikit dapat isytihar” terang Pak Abu.
“Alhamdulillah”, bisik hati saya.
“Allah masih membenarkan aku masih hidup untuk beribadah di bulan Ramadhan" syukur saya tidak terhingga di atas anugerah ini.
Ya,, selamat berpuasa pada semua, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, amin…
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Mekkah Mukarramah
23 Julai 2012 jam 1.30 petang
Kawasan runtuhan dan pembangunan di Mekah, masjid Kucing telah di roboh, hotel telah di roboh, tetapi terdapat satu kubur dan sebuah telaga yang ditinggalkan..
“Saya pun tak tahu kenapa mereka tak robohkan telaga dan kubur ini” kata Pak Abu.
Padahal banyak lagi bangunan hebat, lama, bersejarah telah diroboh. Kalau sidang pembaca tahu boleh kongsikan bangunan apa ini, kelihatannya seolah-olah tempat penting..
Abang Rahman Salim, jurukamera TV3
Pemandangan al-Haram dari atas hotel Mira Ghazzah
Matahari terakhir syaban 1433 bersaman 2012
Tanah perkuburan Ma’ala, di sini terdapat makam Saidatina Khadijah
Pemandangan Jabal Nur yang terdapat Gua Hira…
Macam tinggi kan?
Terowong Sulaimaniyyah, sempena dengan nama Sultan Turki
Pemandangan masjid waktu Maghrib
Kenangan dari puncak ketinggian di kota Mekah
Malam ini, sempena awal Ramadhan, kami makan Nasi Mandy kambing
Kalau orang Arab, satu hidangan macam ini, dua tiga orang sahaja, kita Melayu tujuh orang pun tak habis..
No comments:
Post a Comment