Monday, July 23, 2012

Diari 395 – “Jumaat Dan Ramadhan Pertama Di Kota Mekah bagi tahun 1433 hijrah..”

Jumaat 20 Julai 2012…

Hari ini hari pertama Ramadhan, jatuh pula pada hari Jumaat. Munurut Hadis dari at-Tarmizi, terdapat 12 waktu mustajan doa pada hari Jumaat.

Kelebihan ini ditambah lagi ia adalah bulan Ramadhan.

P1000570

Untuk hari pertama, kami tidak dapat merancang sahur dengan baik, hanya makan roti nan Pakistan dan air kosong. Ini kerana, kami balik dari pengambaran pada malam sebelumnya agak lambat, lepas mandi terus tidur kerana keletihan.

P1000574

Tengah hari, kami keluar untuk solat Jumaat, dalam keadaan sahur yang tidak terancang dengan baik, bahang panas cukup meletihkan, melihat papan tanda air zam sahaja sudah cukup menjadikan air liur tertelan beberapa kali.

P1000575

Alhamduillah, kami dapat solat tidak jauh dari Ka’bah, masih terlihat dengan mata. Khutbah hari ini cukup baik.

Sangat jarang khutbah di Masjid al-Haram membicarakan mengenai perjuangan dan jihad, tapi khutbah pada hari ini membincangkan mengenai perjuangan Palestin dan juga rakyat Syria.

Oleh kerana topik agak menarik, jadi mata tidak layu walaupun panas dan keletihan.

P1000577

Petang ini, selepas Asar, saya dan krew Jejak Rasul membuat pengambaran di Jandariah, melihat gelagat masyarakat menyambut Ramadhan pertama.

Jam enam, semua krew sudah keletihan sehingga kami duduk sahaja di kaki lima sebuah kedai yang tutup. Semua dudu diam tidak terkata apa-apa..

P1000580

Tak larat untuk pulang ke hotel, kami hanya membeli makanan dan air sekitar tempat ini.

P1000581

Cuaca yang panas membuatkan seolah-olah mahu buka semua baju, kasut dan apa yang ada di badan..

Ha.. ha.., secara peribadi satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan..

P1000583

Alhamduillah, sangat gembira meneguk air pertama ke tekak, dengan kesyukuran kami menunaikan solat bergilir-gilir di tempat yang terlarat…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

23 Julai 2012 jam 2.15 petang.

1 comment:

Anonymous said...

Allahu Akbar

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...