Thursday, July 12, 2012

Bicara Ilmu 66 – Membina Keluarga Sakinah ~ ADMIN



Ceramah bertajuk bagaimana membina keluarga bahagia @ keluarga sakinah bertempat di Darul Mubarak, Kg. Selbon, Parit, Perak.
Antara isi kandungan tujuan ALLAH menjadikan keluarga untuk manusia supaya mereka merasa tenang & tenteram. Apabila merasa tenang barulah lahir rasa kasih & sayang.

Bahagian 1 ini AlFadhil Ustaz Muhamad AlAmin menerangkan ada 5 konsep @ prinsip rumahtangga bahagia. perkara pertama adalah sekufu @ kesetaraan..Marilah sama-sama kita menghayati video-video di bawah..



Bahagian 2 prinsip ke2 iaitu memahami perkahwinan. Seterusnya yang ke3 pula adalah kenali pasangan. Dalam memahami perkahwinan telah dipecahkan kepada 2 iaitu memahamai perkahwinan adalah gedung pahala dan seni-seni bertengkar dalam rumahtangga. Antaranya pertengkaran ekor cicak..



Bahagian 3 ini prinsip ke4 iaitu mengenali komunikasi dalam rumahtangga dimana ada 5 jenis komunikasi iaitu komunikasi spontan, komunikasi bersilang, komunikasi bersilang, komunikasi khilaf & komunikasi jahat.


Bahagian 4 ini @ terakhir membicarakan perkara ke5 iaitu doa-doa dalam rumahtangga. Antaranya membaca Al Fatihah untuk orang yang masih hidup, menyebut nama khusus semasa berdoa. Surah Al Kauthar dibacakan ketika sedang memasak. Zikir 'La haula wala...' untuk mendapat keihklasan dalam beramal...



Semoga kita semua mendapat manfaat dari apa yang telah disampaikan insyaallah...

1 comment:

yayayuyu said...

salam ustaz...boleh tak ustaz kongsi dengan kami tentang kisah ya'juj dan ma'juj serta binatang yang dipanggil daabatul ard?nanti kisah tersebut saya boleh share ngn cikgu sekolah saya plak..terima kasih ustaz..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...