Saturday, July 21, 2012

Diari 392 – “Kesukaran Pengambaran Di Arab Saudi..”

19 Julai 2012 jam 9.00 pagi, kami krew Jejak Rasul keluar dari hotel menuju “Ka’kiah” pasar di kota Mekah.

Muhammad Hawusawi, wakil Kementerian Penerangan Arab Saudi ada bersama kami.

Perancangannya, kami akan membuat liputan mengenai pasar kambing dan bagaimana persiapan Ramadhaan dibuat.

Walaupun kami mempunyai permit, tetapi di Arab Saudi ini punyai undang-undang yang tidak sama macam di lain tempat.

Untuk memudahkan faham, walaupun kita mempunyai permit yang dikeluarkan kerajaan, tetapi setiap tempat kena minta izin lagi untuk pengambaran.

Sebagai contoh, walaupun kita dah ada permit yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, tetapi nak buat pengambaran di Shah Alam kena ada izin  pihak Shah Alam, di Shah Alam untuk mengambil gambar seksyen 9, kena izin dari orang seksyen 9, seksyen 8 orang lain pula, dan kalau ketua kawasan situ tidak ada, maka tak boleh mengambil gambar.

Kami telah sampai ke pasar, Muhammad Hawusawi, wakil Kementerian bertemu dengan penjaga pasar.

“MasyaAllah, ketua bahagaian pasar hari ini cuti, jadi kita tak boleh ambil gambar di pasar ini” kata Muhammad Hawusawi.

“Sikit pun tak boleh?” tanya saya.

“Tak boleh” jawab Muhammad Hawusawi lagi.


“Habis tu, bila boleh?” tanya saya.

“Pegawai di sini cuti dua hari, nanti hari Ahad baru dia ada, baru aku boleh tanyakan..” jawab Muhammad Hawusawi.

“Habis sekarang ni macam mana?” tanya saya lagi.

“Engkau balik dulu, lagi dua hari nanti aku bagitau” kata Muhammad Hawusawi.

IMG_4529

(gambar : jualan kambing terbuka di pasar kambing)

Kami sama-sama saling berpandangan.

Muhammad Hawusawi mengambil keretanya dan terus beredar.

“Macam tu aje ke?” bisik hati saya.

IMG_4534

Kita kena “plan” lain ni..

Oklah, sekarang kita pergi ke kedai jual daging kambing, dalam kedai mungkin boleh “shoot”.

Kita belilah sekilo dua, mesti dia bagi, kami merancang sendiri.

IMG_4543

Kami singgah di satu kedai daging tertutup, penjualnya orang Paksitan.

Saya pun mula berbicara di dalam bahasa Urdu, dengan kepala yang digoyangkan sekali menjadikan mereka menjawab dengan baik.

IMG_4545

“Minta daging unta sekilo, lepas tu, kalau aku nak ambil gambar kau di kedai ini boleh tak?” tanya saya pada penjual daging.

IMG_4550

Tuan kedai memandang keluar tingkap cermin, melihat ke kanan dan ke kiri, mungkin melihat jika polis ada atau tidak .

“Ok, boleh..” jawabnya.

IMG_4565

Apa lagi, Jurukamera Abang Rahman dan Rudi pun mengeluarkan kamera masing-masing dan kami mengambil gambar sepuas-puasnya, tetapi sekitar dalam kedai.

Beginilah membuat pengambaran di Arab Saudi, penuh dengan rasa curiga terhadap kamera.

Kesukaran ini menjadikan ia cabaran besar bagi krew Jejak Rasul kumpulan Arab Saudi  untuk mendapatkan gambar-gambar terbaik.

Untuk menggunakan kamera besar yang sepatutnya sangat susah, risiko yang perlu dihadapi ialah kamera akan dirampas.

Banyak pengambaran dibuat secara sembunyi dengan kamera kecil, kalau mahu ikut kementerian mereka, semua tempat tidak boleh.

Harap di doakan usaha ini bagi berkongsikan keadaan sebenar berpuasa di negara Arab ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

21 Julai 2012 jam 10.45 pagi

1 comment:

Anonymous said...

Hai, dunia sekarang, penuh dgn curiga mencurigai, hingga yg betul2 ikhlas pun jadi mangsa. Terima le hakikatnya. Apo nak dikatakan.

Tapi yakin le, klu niat baik ikhlas kerna Allah, pasti dibantunya. Klu tak jadi sbagaimana dirancang, ade le hikmahnya.

Wah, penjual daging tu fames le lepas ni. Semuga Allah tambah rezekinya. yg lain2 tu jgn le jeles.

Slamat berpuasa ustaz & crew jejak Rasul.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...