15 Julai 2012…
Setelah mendapat kebenaran dari Kementerian Kebudayaan Dan Penerangan Saudi, kami krew Jejak Rasul mula membuat pengambaran.
Lokasi pertama yang kami pergi adalah Masjid Rahmah, Syati’, atau lebih dikenali di kalangan orang Melayu sebagai masjid terapung di Jeddah.
Setelah tamat mengambil matahari terbenam di ufuk, kami ke al-Balad atau Jeddah Qadim iaitu kawasan bandar Jeddah lama. Ada tiga pintu gerbang yang masih ada lagi iaitu Bab Makkah, Bab Syarif dan Bab Qabil. Dahulu bandar Jeddah seperti kota Jerusalem, terdapat tembok yang memagarinya sebagai pertahanan dari musuh.
Aktiviti masyarakat Jeddah lama seperti orang kampung-kampung Arab, hanya aktiviti seperti bermain dam, makan kuih dan “sambosa” bersama-sama.
Keadaannya tidak seperti di bandar yang masing-masing membawa hal masing-masing, tetapi di Jeddah lama, suasana kemasyarakatan masih lagi hidup.
Ini rumah orang Jeddah lama, perhatikan dengan tongkat dan serban yang digantung di dinding dan bekas-bekas air untuk minuman terutama pada musim panas
Tingkap-tingkap lama dibuat dari kayu
Bandar lama ini masih lagi hidup cuma sesetengah rumah tidak lagi dihuni kerana telah terlalu uzur
lukisan dinding, di negara Arab ini, lambang lanun pun pakai serban
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-faqir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jeddah KSA
16 Julai 2012 jam 10 pagi
No comments:
Post a Comment