Friday, June 29, 2012

Universiti Kehidupan 224 – “Pecah Kaca Pecah Gelas..”

“Prang…” bunyi gelas pecah di restoran tempat saya makan di Amman Jordan. Mata saya terus memandang, ke arah bunyi tersebut tetapi orang Arab yang berada di sekeliling tidak mengendahkannya.

Sahabat saya berbangsa Arab bernama Atef juga tidak mengendahkannya.

Saya berkerut kehairanan. Terimbau satu kenangan.

Ia pernah berlaku pada saya sendiri ketika saya makan dengan Mahmood, pemandu pelancong kami di Jericho Palestin. 

Saya tertolak gelas yang saya minum dengan siku kanan, gelas itu jatuh ke lantai dan pecah berkecai.

“Tak apa, kejahatan pecah..” kata Mahmood.

Oleh kerana telah dua kali berlaku, saya bertanya pada Atef.

“Saya mahu tanya sesuatu, apa maksud gelas pecah bagi kamu” tanya saya.

“Ohhh, bagi kami orang Arab, jika sedang makan dan terlanggar gelas sehingga pecah, itu tanda baik” jawab Atef ringkas.

“Tanda apa?” tanya saya semakin ingin mengetahui.

“Itu tandanya, kejahatan yang ada disekeliling kita pecah” tambah Atef lagi.

“Oh ye ke?,” saya memberi respons.

Hati saya berbisik…

“Bagus juga, sama ada perkara ini betul atau orang-orang tua bangsa Arab mengambil sikap positif agar tidak memarahi orang yang tidak sengaja memecahkan barang ketika makan”

Saya mengambil gelas dan mengangkatkannya.

“Kalau macam tu, saya nak pecahkan satu boleh tak?”

“Ha.. ha, itu kalau tak sengaja lah” dia memberi respons.

Teringat saya ketika saya berada di Uzbekistan. Bagi bangsa Uzbek, jika kita meminta sesuatu yang masam atau masin ketika makan, mereka tidak akan memberikannya di tangan kita. Mereka akan mengambilkan dan meletakkan berhampiran dengan kita untuk kita ambil sendiri.

Tetapi jika kita meminta gula atau sesuatu yang manis, dia akan memberikan di tangan kita untuk kita ambil.

Ketika saya bertanya, pemandu pelancong di Uzbek  memberi tahu..

“Bagi kami, tidak elok memberikan perkara masin atau masam di tangan orang, seolah-olah kita beri perkara tidak baik pada tangannya, tapi kalau yang manis tak apa..”

Inilah falsafah ketika makan. Ada maksud di sebalik.

Orang Melayu juga ada falsafahnya tersendiri ketika makan.

Boleh kita kongsikan di ruang komen?..

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

29 Jun 2012 jam 1.30 pagi

IMG_3737

Orang Arab tidak mengendahkan gelas yang pecah

IMG_3738

Mereka ada falsafah tersendiri bagi kejadian ini

7 comments:

zwaniislam said...

assalamualaikum utz.kami pelajar malaysia irbid jordan juga mengalu-alukn kdtgn utz ke irbid jika berkesempatan.mungkin dpt mmberi sedikit semangat pd kmi utk teruskan perjuangan di sni.

Anonymous said...

Yg saya dengar dulu2 malah sekarang, klu apa2 barang kaca terlepas dari tngan & pecah, tu alamat tak baik pulak. Kdng2 lebih baik kita tak tau dgn andaian & 'kalau, kalau' ni. Btol tak ustaz.

Innalillah saja le. Dah ajal dia. Ganti baru, atau huluqkan sedekah kat mana2 , sikit pun tak pe, mngkin tu amaran /ingatan Allah dah lama tak sedekah. hhuhu

Al Fateh said...

Askm.
Kalau di Msia dan ianya berlaku ditempat awam semua mata pasti memandang-mandang siapa yang melakukannya.
Mdenarik jugak. Lain padang lain belalang.

Anonymous said...

Salam ustaz,

1.org melayu kalau masa makan kita tersedak tandanya ada org sebut nama kita
2.kalau tengah makan berjemaah tetiba 2 org nak ambil lauk yg sama tandanya org nak datang.....
3. yg ni kena jauhkan... tinggalkan sikit baki pada makanan...

FAIZMIN said...

pecah kaca pecah gelas, dah baca, jgn lupa balas (kat komen ni)

faiz said...

Jgn makan berubah tempat...nanti??

Anonymous said...

Biasanya klu sesuatu berlaku dekat kita dsbnya, paling tak pun mesti kita toleh pasal nak tau.

Tu namanya prihatin. Mana tau, kot2 bole kita bantu, kan ustaz? Dan memang tersangat2 le baik & bagus kalau kita dapat tolong mana yg patut.
Tak gitu ustaz.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...