Thursday, December 31, 2009

Diari 141 – Terima Kasih Warga Panasonic Senai Johor

30 Disember 09, pagi ini, seperti biasa, saya mengendalikan kelas di hadis bersanad di Yayasan Restu. Seperti hari-hari sebelumnya, agak sibuk juga menerima panggilan untuk kemasukan anak-anak yatim dan pelajar baru.

Kadang kala, nak tolak tak sampai hati.

Hinggalah jam 2.30 apabila bahagian rumah HIV Darul Ukhwah pula bersama saya untuk urusan penggajian, maklumlah, sekarang sudah hujung bulan, kenalah menguruskan segala penggajian petugas di Darul Ukhwah.

Tetamu yang ada terpaksa saya tinggalkan kerana bergegas ke Johor. Saya bertolak ke Johor jam 2.45 petang. Hari ini saya memenuhi undangan dari Panasonic Senai Johor untuk ceramah mengenai hijrah.

Sampai di Senai Johor jam 5.30 petang dan kami berehat sekejap di restoran sebelum ke tempat program yang akan bermula jam 6.00 petang.

Ceramah hijrah hari ini, saya kongsikan mengenai kelebihan berhijrah seperti mana yang terdapat di dalam al-Quran.

Allah menjanjikan orang yang berhijrah dengan keampunan, peningkatan darjat, pahala, keredhaa dan sebagainya.

Kemudian, bagi kita umat akhir zaman ini, bagaimana kita ingin berhijrah kerana hijrah perpindahan dari Mekah ke Madinah sudah tidak ada lagi.

Saya membincangkan cara untuk kita berhijrah dari keadaan yang baik kepada keadaan yang lebih baik menurut al-Quran.

Di akhir ceramah, apa yang mengharukan saya ialah, warga Panasonic di sini telah menyumbangkan sebanyak RM 250 kepada al-Ijabah hasil dari jualan CD rakaman ceramah saya yang mereka buat ketika saya membahaskan tajuk Falsafah Isra dan Mikraj 30 Julai 2009 lalu.

Di pintu keluar, ada lagi yang bertemu saya dan menyumbang untuk anak al-Ijabah.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang bersama-sama menyumbang. Bukan jumlahnya yang penting, tetapi rasa bersama membahu perjuangan ini.

Terima kasih juga pada semua yang bersama membantu dan menyumbang sama ada secara langsung mahu pun melalui akaun di dalam blog.

Memang keperluan kemasukkan anak-anak yatim baru ke al-Ijabah agak banyak dan tinggi. Sesiapa sahaja yang bersama diucapkan jutaan terima kasih.

Tamat program jam 9.45 malam dan saya terpaksa bergegas pulang ke Selangor. Esok masih banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan.

Sesungguhnya, kehidupan adalah perpindahan dari satu masa ke satu masa. Pagi kita di satu tempat lain, petang berada di tempat lain, pagi bersama orang lain, petang bersama orang lain. Yang penting bukanlah perpindahan itu, yang penting, adakah setiap perpindahan mendapat keredhaan Allah? Ini kerana, tidak semua perpindahan menjadi amal.

Itu baru perpindahan tempat di dunia, bagaimana dengan perpindahan kita ke alam yang lain? Adakah di dalam keredhaan Allah atau sebaliknya.

Semoga saya dan pembaca sekalian terus dirahmati dan dibimbing oleh Allah, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

31 Disember 09 jam 12.20 tengah malam

- Sepulang dari program di Johor -

IMG_3659

Kami sampai senai jam 5.30, berhenti sebentar untuk minum dan jam 6.00 baru bergerak ke tempat program

IMG_3671

Siaraya program petang ini.

IMG_3692

Di mulakan dengan bacaan  Yasin dan doa selamat

IMG_3745

peta perjalanan Nabi semasa hijrah

IMG_3770

berkongsi, bagaimana ingin berhijrah

IMG_3772

Azan isyak dan solat bersama-sama

IMG_3784

Sumbangan hasil jualan CD rakaman mereka sendiri, terima kasih pada warga Panasonic Senai Johor

IMG_3786 

CD ceramah yang mereka buat

1 comment:

Hunny said...

Salam Ustaz,

Selamat Tahun baru 2010. Nampaknya, walaupun baru awal tahun, ujiannya sudah semakin hebat. Apapun, didoakan semoga Ustaz lebih tabah menghadapi segala mehnah dan tribulasi yang timbul untuk menjaga pesakit HIV. Semoga Allah sentiasa merahmatimu.