Sunday, June 14, 2009

Sekilas 23 – Isu Kepulangan Chin Peng, wajarkah?

Isu membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke tanah air kembali hangat diperkatakan.


Berbagai pendapat diberikan. Ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju dan tidak kurang juga yang bersetuju dengan bersyarat.


Saya ingin membahaskan perkara ini dengan melihat beberapa sudut.


1. Mari kita lihat contoh ketika orang Arab bertanyakan kepada Nabi mengenai arak dan juga judi. Turunlah ayat di dalam surah al-Baqarah ayat 219:-


"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah “pada keduanya itu terdapat keburukan besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi keburukan keduanya lebih besar dari manfaatnya”.


Di akhir siri ayat mengenai arak dan judi ini, maka Allah telah mengharamkan keduanya.


Mari kita lihat mengenai kepulangan Chin Ping ke tanah air. Kepulangannya ada kebaikan dan ada keburukan. Tetapi manakah yang lebih besar? Jika keburukan lebih besar, maka kepulangannya tidak wajar dibenarkan.


i. Secara peribadi, saya merasakan keburukan kepulangan Chin Peng lebih besar dari kebaikannya. Ini kerana, ia akan menyebabkan ramai pahlawan Negara yang berjuang cedera dan cacat terasa hati. Itu belum lagi bagi ahli keluarga yang kehilangan tempat mereka bergantung.


Kepulangannya seolah mengatakan dia tidak pernah melakukan apa-apa. Cuba bayangkan. Katakanlah ada seorang perogol di sebuah kampung. Dia telah merogol dan membunuh banyak orang. Beberapa tahun berlalu, ketua kampung bersetuju mengampunkannya dan melupakan apa yang dia buat. Pada ketika itu pun sudah tentu ada ahli keluarga mangsa yang terkilan.


Tidak lama selepas itu, ada cadangan dari beberapa ahli kariah yang ingin membawanya balik ke kampung. Apa perasaan ahli keluarga terhadap hal ini?


Kalau percaturannya mengikut hukum Islam, ia jelas. Tetapi pengamalan sekarang, ia sebaliknya.


ii. Keburukan seterusnya ialah, ketika perdamaian antara Negara dan Chin Peng, sudah tentu masih ada pengikutnya yang diketahui atau yang tidak diketahui berada di Negara ini. Bukankah akan menyebabkan imbauan perjuangan mereka hidup kembali . Jika tidak sepenuhnya, paling tidak, percikan bara itu serba sedikit akan mencetuskan api.


Percayalah, selagi mana seseorang pemimpin utama masih hidup, selagi itu bara perjuangannya masih ada. Cuba lihat beberapa contoh lain di Negara kita atau di Negara luar.


Hj. Kahar yang mengaku rasul contohnya, Ayah Pin, Khatijah dan seb againya.


Jadi, keburukan Chin Peng balik ke Negara lebih besar dari kebaikannya.


2. Jika dilihat dari sudut kepentingan umum dan kepentingan peribadi. Maka sudah tentu kita akan mendahulukan kepentingan umum.


Apa kepentingan Chin Peng untuk balik? Hanya sebagai menghabiskan hari tua di sini. Apa kepentingan umum yang perlu dijaga? Satu gurisan hati yang melihat anggota tentera yang cacat, yang mati dan yang hilang upaya.


Hajat seorang individu dan tentangan dari satu komuniti.


Sebagai manusia, sudah tentu individu yang pernah terlibat dan juga ahli keluarganya mempunyai perasaan sedih mengenangkan peristiwa yang telah berlaku.


Kita yang tidak pernah terlibat dengan peristiwa di zaman komunis mungkin tidak mempunyai apa-apa perasaan. Tetapi, rasa sembilu itu tetap ada walau pun kita cuba menafikannya secara ideal.


3. Mencegah kemudharatan lebih diutamakan


Jika kita ukur dari sudut keselamatan Negara dan Chin Peng sendiri di sini. Kita tak tahu apakah dia akan selamat atau tidak di sini. Begitu juga keadaan Negara, adakah tidak akan menimbulkan rusuhan atau tidak? Tidak mustahil jika ada bekas-bekas komando ketika zaman komunis dahulu yang datang membunuhnya dan orang di sekililingnya. Mungkin kita kata “ah.. tak mungkin kot”, tapi mustahilkah perkara ini?


Kegilaan seperti Prebet Adam yang pernah menembak ke sana dan sini di Kuala Lumpur dahulu tidak pernah disangka.


Peristiwa 13 Mei, tak pernah dijangka, peristiwa serangan balai polis oleh kumpulan guru Yahya tidak pernah dijangka.


Cuba lihat, amaran dari bahagian keselamatan mengenai ada cubaan menghidupkan kembali doktrin komunis. Mereka lebih tahu bidang mereka.


Bukankah ia memberi lebih kemudharatan dari kebaikan?


Dan yang paling utama sekali, apa untungnya kepulangan Chin Peng untuk Islam?


Apa pun, secara peribadi, isu kepulangan Chin Peng tidak perlulah dipanjangkan. Dahulukan apa yang lebih utama dan penting di dalam Negara ini. Masalah kemiskinan masih banyak terutama ketika seluruh dunia mengalami krisis ekonomi ini. Pembunuhan, ragut, curi rompak yang meningkat hasil dari masyarakat yang susah, di tambah kurangnya iman, patut diutamakan dari seronok memainkan isu.


Semoga Allah terus mengurniakan kepada Negara ini keamanan dan keselamatan. Sama ada berbentuk lahir maupun maknawi. Amin…


"Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan"


Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

14 Jun 09, jam 12.15 tengah hari

19 comments:

Shahabudeen Jalil said...
This comment has been removed by the author.
Shahabudeen Jalil said...

komen atas keras sgt kot.. saya delete dan saya buat komen baru..

artikel nie macam kurang berkualiti la ustaz.. kena lebih buat kajian kot...

Hunny said...

Salam,

Walaupun Chin Peng tak dibenarkan pulang, tak mustahil jika pegangannya masih diteruskan oleh orang lain. Chin Peng hanya pengasas, pengikutnya kemungkinan ramai lagi. We don't need other Chin Peng in our country.

RocKin_dEviL said...

shahabudeen..

what u really want to satisfied urself and the way u think?
everyone has their own opinion..

but we can't stand of direct idea without making any reliable references..

is it clear enough for u 2 understand the pros n cons of the issue??
more research on this?
owhh...please dude..
we had waste a lot of precious time right now..

Malaysia has lot of thing 2 be considered for our own good..

just be patient and read the article while u r in a very steady state..
not when u r in a bad mood..

Abd Rahman Md Desa said...

setiap kesalahan perlu pengadilan..

Shahabudeen Jalil said...

Kalau sheikh nak tau..

Saya ni pengikut ajaran Nabi Muhamad S.A.W. bin Abdullah.

Ajaran Ustaz Amin ini bukan Nabi Muhammad S.A.W yang tak boleh ditegur.

Untuk pengetahuan tuan2. Sewaktu pembukaan kota Mekah. Nabi S.A.W telah memaafkan semua kafir kuraish yang telah membunuh, menyerang, menyiksa orang-orang Islam sebelum itu. Ini hanya lepas 8 tahun Nabi berhijrah ke Madinah.

Tidakkah SEMBILU (perkataan ini dipinjam dari artikel diatas) ini masih melekat di hati Nabi S.A.W ?

Tidakkah ada orang Islam yang akan sakit hati seperti hujah Ustaz Amin ?

Islam ini agama yang memaafkan bukan agama yang menyimpan dendam.

Dendam pula adalah penyakit hati. Kenapa nak didik rakyat dengan penyakit ?

Sebagai Ustaz patut diajarkan anak murid dengan sifat memaafkan. Bukan sifat berdendam. Kuasa diberi Allah untuk kebaikan umat dan rakyat.

Contoh Ustaz Amin mengenai judi dan arak itu kurang relevan dalam isu ini. Sepatutnya bandingkan dengan isu yang lebih kurang sama. Bukan banding arak-judi vs chin peng. Kalau kafir kuraish vs chin peng, ini boleh diterima.

Baca dan fahami sendiri.

Kalau Ustaz Amin sebarkan ajaran Nabi Muhamad S.A.W. Kita semua wajib ikut. Kalau dia sebarkan ajaran yang bukan ikut Nabi S.A.W. Kita wajib tegur.

Bukang angguk-angguk macam hampa semua.

Dari segi politik pula,

kenapa perlu ada double standart antara komunis cina dan komunis melayu ?

Kenapa Musa Ahmad dibenarkan balik ? Beliau adalah Presiden PKM (Chin Peng hanyalah Setiausaha Agung).

Kenapa Abdullah C.D. dibenarkan balik ? (Pengerusi PKM selepas Chin Peng)

Kenapa Shamsiah Fakeh dibenarkan balik ?

Dari segi politik, rakyat kita adalah rakyat kita la. Apa salah mereka buat pun. Mereka rakyat kita.

Sepatutnya, dibawa balik dan bicarakan di mahkamah dan hukum dia jika terbukti bersalah.

Teguran saya bukan untuk menghina, tetapi untuk memperbetulkan.

Saya rasa bagus ustaz fokus untuk menulis perjalanan dan sejarah saja buat masa ini. Tulisan-tulisan itu sangat bagus dan berkualiti tinggi.

Dari segi memberi buah fikiran, saya rasa ustaz kena buat lebih banyak kajian.

(Juga perbaiki ejaan-ejaan terutamanya nama orang. Dlm artikel ini ada lagi ejaan "Chin Ping". Ini jelas menunjukan ustaz tidak membuat kajian mendalam sebelum menulis)

HAzreen Rashid said...

Assalamualaikum wrt ustaz.

saya bersetuju dengan pendapat ustaz di sini. buang masa saja nak debatkan benda-benda begini. chin peng tu seorang saja, dekat malaysia ni hati berjuta2 orang lagi nak kena jaga.

salam ziarah dari moscow.

Shahabudeen Jalil said...

hazreen, pemikiran anda nie pemikiran simplistik budak2 mentah. Better duduk diam2 daripada bercakap.

Rahis said...

Sedarkah kalian bahawa isu kepulangan Chin Peng ini merupakan sebahagian konspirasi baru ke arah menawan Malaysia (dalam apa jua bentuk yang mereka mampu).

Kebelakangan ini beberapa peristiwa membuktikan adanya perancangan ke arah itu , jadi usah jadi terlalu naif...

Jika kita ikut arahan Allah betul-betul InsyaAllah kita selamat (seperti yang cuba diutarakan oleh ustaz di sini)kerana Islam itu penuh dengan keselamatan jika kita berpegang pada tali Allah..dengan Rahmatnya..
lainlah kalau tak beriman...atau memilih mendahulukan akal dari Quran dan Hadis Rasulullah saw..

RocKin_dEviL said...

kita bukan bercakap tentang "kemaafan" di sini...
harap anda jelas tentang isu yang berbangkit

umat Islam semua sedia maklum tentang kebaikan memberi maaf dan meminta maaf..
budak kecik sekalipun tau apa itu erti kemaafan..

tapi..apa yg jelas di sini..chronology peristiwa kekejaman yg da terang lg bersuluh dlm sejarah kita dimana menjadi dalang komunis...

anda mungkin bukan salah seorang mangsa atau keluarga mangsa yg terlibat dlm mmperjuangkn nasib agama Islam yg dahulunya kalau bkn kerana sygkn agama..sudah lama ching peng ni berkuasa..

mereka juga mmpunyai perasaan..
anda xkn memahami kerana anda bkn di tempat mereka..
mungkin mereka sudah memaafkn apa yg sudah berlalu..

tp luka di hati..
tetap meninggalkn parut..
jgnlah anda ckp seperti anda sgt sempurna memupuk diri melupakan kekejaman org lain terhadap diri anda..
kita manusia biasa..x lari dari kekurangan..

Malaysia dah lama mmberi kemaafan kepada chin peng..
malah dulu sudah diberi peluang untuk chin peng kembali mnjadi warga negara Malaysia dgn "usaha" dan "kesedaran" dia sendiri..

tp lihat..apa yg dia lakukan?
anggap Malaysia mcm xde undang2..prosedure x ikut..x pernah nak serius..

apa yang pasti..muhasabah lah diri anda..
kita sebabgai manusia hidup bermasyarakat kena saling memahami antara satu sama lain..

chin peng dibuang negara untuk balasan kekejaman yg dia lakukan..
tp jelas beliau masih tidak sedar tentang pengajaran yg beliau patut teladani..

keterangan ustaz sgt jelas...
kepulangan chin peng lg banyak keburukan dari mmbawa kebaikan..

atau anda mmg suka bermain api?
analogy yg sgt bernas..
arak membawa kelalaian kpd si peminum..
chin peng mmbawa komunisme kepada pengikut..
kalau sekarang..dia mmbawa..
>perasaan marah para pejuang
>rasa terancam kebangkitan idealis komunisme
>ketidakadilan terhadap kesenangan yg dia rasai di Malaysia berbanding kehancuran yg di bawa oleh dia sendiri suatu masa dahulu..

muhasabah lah diri..
semua org x sempurna..~

ustaz..sy tetap mengkagumi anda..

Shahabudeen Jalil said...

RocKin_dEviL,

Kalau nama pun dah Syaitan, jangan la harapkan hujah macam bukan Syaitan.

He he he..

Saya kemukakan hujah berdasarkan sirah dan asas Islam.

Saudara pula dok melalut ikut perasan.

Ok. soalan mudah.

Kenapa Nabi tak jaga perasaan umat Islam pada waktu dia memaafkan kaum kafir mekah ?

Sheikh,

kalau nak bercakap bagi la fakta. Bukan cakap semberono saja. Bukahkah itu lebih mulia dan berilmiah ?

He he he.

Pembaca boleh buat penilaian sendiri.

Kepada Rahis,

Sejak bila pula kita boleh menghukum sebelum sesuatu kesalahan dilakukan ? Kalau ikutkan kepala Tuan Rahis saja, habis la semua orang kena hukum.

Rahis kata:

"Kebelakangan ini beberapa peristiwa membuktikan adanya perancangan ke arah itu , jadi usah jadi terlalu naif..."

Ni aku malas berhujah dengan budak-budak hingusan nie. Cakap tapi tak bagi bukti dan fakta.

Kebelakangan ini ? Bila ?

peristiwa ? peristiwa apa?

yang membuktikan ? membuktikan apa?

perancangan ? perangcangan apa?

ke arah itu ? ke arah apa ?

Kat kampung aku, orang yang cakap tanpa bukti macam nie orang panggil "mulut belakang ayam".. faham2 sendiri la.

keh keh keh.

RocKin_dEviL said...

(1st of all..
sorry ustaz for my bad words in this column..)

the nick for my blog is my own business la doesn't bother anyone rite?

so it is so unprofessional to attack personal matters..

haiyaaa...i am 21 but i still can make a kindly words to express my view and feeling..

cause i know u r older than me but sadly the way u think doesn't even fixed ur age..
so sape yg samberono actually?

k la dude u seems like 2 be so....pathetic..so lame..so down to zero knowledge about Islam believe..the way of our religion make a hujah or wutsoever..

our Nabi received wahyu from Allah to make his decision..
but now..Allah gave us Al-Quran n Hadith for our own guidance..

so based on these two holy references...ustaz had extract any reliable example... and explain so straight forward..so clear..as comparison!!

but u..just make ur eyes blind 2 see those good reasons..
be rational laa...jgn nk pusing belit sini sane..

u ni relative chin peng ke?
sgt semangat..tahniah..
but i can't see any gene that can prove that physically..
(here u go!!)

u just keep on complaining others comments..but in the same time.. u don't make ur concrete view 2 stands ur believe..

give us ur reasons why chin peng should be back to malaysia?
cause kita kne saling maaf memaafi?
mls nk explain balik..~


i repeat...be rational laaa..
open ur mind..ur heart..
jgn sempitkn sgt pemikiran 2..

dah..g main sorang2..~
mls nak layan...

Shahabudeen Jalil said...

kah kah kah kah..

Dalam Surah as-Saaf 61: 2-3, Allah berfirman (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu bercakap perkara yang tidak kamu perbuat? Amat besar kemurkaan Allah kamu bercakap perkara yang tidak kamu perbuat.

Tak jumpa ayat yang ditujukan untuk Syaitan. Tapi rasanya Rockin Devil nie ada niat nak jadi "orang-orang yang beriman" juga kot.

Kalau ada keinginan, tolong ikut nasihat ayat Al-Quran di atas.

Kan dah kena debik. kah kah kah.

syaitan pun tahu marah ke ? keh keh keh.

Fizikal adalah ciptaan Allah. Keputusan Allah untuk berikan apa yang kita ada.

Saudara boleh mengkritik ciptaan Allah. Ini ciri Syaitan juga. Nama itu memberi kesan kepada perilaku saudara. he he he.

Alhamdullilah. Tuhan tunjukan nyata yang benar dan batil. Bukan susah nak berhujah dengan orang yang berhujah guna akal semata-mata nie.

RocKin_dEviL said...

tq 4 the advise..
i appreciate it..=)

finally u can't even give any words to defense ur statement at the 1st place..

ok..don't play around..bla3..wut so ever..
clearly u don't noe wut u said..n u don't noe wut u understand..

cause u made ur eyes blind..
ok pakcik..??
got it?

n finally u realize ur own self..
da puas tgk cermin?
oppsss..sorry i thought u ni relative chin peng..
silap eh?

sorry...
*meminta maaf kan perkara yg baik*
x gitu?

twistal said...

TIDAK WAJAR...!!!!
TIDAK WAJAR... !!!!
TIDAK WAJAR.... !!!!

Shahabudeen Jalil said...

keh keh keh..

ckp kosong dari awal sampai habis..

sian..

RocKin_dEviL said...

ok see..
like i mentioned b4..
u have no idea wut u were talking about..

pakcik..
if u don't have gud knowledge bout the case or any situation..
please...be silent n accept ur flaw..~

don't easily rejected others opinion..but in the same time, u x phm ape yg dibincangkn..

bukak fikiran tu..
lapangkn dada pakcik tu ok?

x bermakna pakcik expert dlm business, tp dlm hal lain pakcik rasa diri 2 da cukup pandai..

dan jgn la pulak rasa malu or terjejas kedudukan 2 kalau dibidas segala pendapat pakcik..
sy tau pakcik lg tua dari sy ni..
tp tu x bermakna sy ni x mmbace buku yer..
ingat 2..

meh sini sy senaraikn benda2 yg melalut duk pakcik canangkan..
walhal xde kena mngena pn ngn perbincangan..
pakcik ni x tumpah mcm politicians malaysia..
2 X 5 je..

1)"(Juga perbaiki ejaan-ejaan terutamanya nama orang. Dlm artikel ini ada lagi ejaan "Chin Ping". Ini jelas menunjukan ustaz tidak membuat kajian mendalam sebelum menulis)"

ni la die masalah org kita..
ustaz not in purpose eja mcm 2..da kita ni pn manusia ade buat silap..asalkan apa yg disampaikn "understandable"..so?? pe prob nye?
ke mmg x paham?
reti x bace artikel?

2)"hazreen, pemikiran anda nie pemikiran simplistik budak2 mentah. Better duduk diam2 daripada bercakap."

ok pakcik plak bgs sgt ke point yg di debatkn?
rase sume mcm ntah pape je..~
bgs lg kalo pakcik yg duk diam

3)"RocKin_dEviL,

Kalau nama pun dah Syaitan, jangan la harapkan hujah macam bukan Syaitan.

He he he..

Saya kemukakan hujah berdasarkan sirah dan asas Islam.

Saudara pula dok melalut ikut perasan."

lain kali bace artikel org 2 biar smpai abes..phmkn betol2..
perasaan 2 salah stu benda yg in consideration..
kne la jage hati org ramai..
melalut ape nye??

4)"Dalam Surah as-Saaf 61: 2-3, Allah berfirman (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu bercakap perkara yang tidak kamu perbuat? Amat besar kemurkaan Allah kamu bercakap perkara yang tidak kamu perbuat.

Tak jumpa ayat yang ditujukan untuk Syaitan. Tapi rasanya Rockin Devil nie ada niat nak jadi "orang-orang yang beriman" juga kot.

Kalau ada keinginan, tolong ikut nasihat ayat Al-Quran di atas"

TQ sgt pakcik mnyedarkn sy..
tp pakcik ckp serupa bikin x?
same je kot..
lgpn sy da mintak maaf..

maafkn x kesalahan sy?
bukan memaafkn org 2 perbuatan mulia ke?
x baik simpan dendam..dendam 2 penyakit hati..kan?

5)"keh keh keh..

ckp kosong dari awal sampai habis..

sian.."

sy keliru ngn komen ni?
komen ni ntuk diri sendiri ke sbb pakcik br tersedar??
or ntuk org lain?
sorry la sy x terasa pn..

ok..2 je nak ckp..
x nampak lg x tau laa..

sy pn ade buat silap..
n i admitted it..tp pakcik?
bajet bgs..~ wutever..~

Shahabudeen Jalil said...

meronta-ronta macam api kena simbah air..

keh keh keh.

Anonymous said...

i sokong u Shahabudeen, Chin Peng pun ada jasa menentang penjajah British, mempercepatkan kemerdekaan Malaya kalau tidak kita mungkin merdeka pada tahun 1963 he he he

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...