Alhamdulillah, 31 Mei 09, jam 9.45 malam, kapal Air Asia yang saya naiki selamat meninggalakan Baiyun International Airport, Guangzhou China.
Kapal sepatutnya terbang jam 8.30, terlambat kerana hal yang tidak diberitahu kepada penumpang.
Ada penumpang yang mula membebel;-
"Inilah Air Asia, Everyone Can fly, but not on time".
Masa yang ada saya habiskan di kedai buku yang ada di dalam Baiyun International Airport. Jika di KLIA, kebanyakkan buku yang dijual dari kategori novel, di sini, kebanyakkan buku yang ada ialah buku mengenai hiasan dalaman rumah ataupun pejabat.
Dalam diam-diam, hampir sejam berada di kedai buku ini. Kita memang akan leka membuat perkara yang kita minat. Tetapi manusia, kebanyakkannya minat pada maksiat. Sebab itu, berbuat perkara yang melalaikan, tak rasa letih. Tetapi, cuba duduk di majlis ilmu. Baru setengah jam pun dah terhangguk-hangguk.
Di atas kapal, saya tidak banyak berbuat apa-apa. Membaca dan mengantuk. Sekali-sekala, sempat juga menjengah ke luar tingkap memandang kelipan cahaya bandar yang kami lalui.
Cantikkan!, Lima puluh tahun dahulu, atuk-atuk kita tidak berpeluang melihat pemandangan seperti ini. Inilah nikmat yang Allah berikan pada manusia. Tetapi, jarang kita merasakan nikmat itu satu nikmat. Kebanyakkan manusia suka membesarkan masalah. Dia tidak sedar ada jutaan nikmat yang masih ada di kelilingnya.
Ketika saya di China, saya tidak boleh membuka blog ini. Untuk membuat entri baru, saya terpaksa menghantarkanya kepada Abang Wan (antara yang membantu saya di dalam pengendalian blog ini) melalui e-mail. Abang Wan nanti akan memasukkan entri baru.
Baru saya rasakan, boleh berblog juga satu nikmat rupanya. Orang yang sudah biasa menulis akan sengal jarinya jika tidak menulis.
Di China, kerajaannya menegah sama sekali tulisan dari tapak blog. Kita tidak boleh masuk ke dalam tapak yang dibuat melalui blog. Begitulah adat hidup di negara komunis. Ada satu doktrin mereka,
"Sesiapa yang menentang revolusi bermakna menentang kerajaan dan sesiapa yang menentang kerajaan bermakna menentang rakyat"
Jika blog dibenarkan, akan ramai yang protes nanti system yang mereka lagangkan.
Mmm, walau apa pun, saya tetap beriktikad bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk kita. Jika dengan mengamalkan Islam, kita dikata kolot, ketinggalan zaman atau ganas, satu penghormatan buat kita.
Penghormatan dari sabda Nabi saw:-
"Bermula Islam itu dagang, dan akan kembali dagang seperti bermulanya. Beruntunglah orang yang dagang ini, yang memperbaiki apa yang dirosakkan manusia."
Saya keluar dari Airport LCCT pada jam 2.30 pagi, Alhamdulillah, satu sujud syukur dilabuhkan di atas keselamatan yang diberi Allah.
Esok ada tugasan yang akan menunggu. Selamat pulang bermakna selamat bertugas.
'Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Shah Alam
1 Jun 09, jam 8.17 malam
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment