Thursday, June 25, 2009

Jawapan Pada Persoalan 26

Alhamdulillah, 8 jam transit di Abu Dhabi ini, memberi saya kesempatan untuk melihat soalan yang diajukan. Mudahan memberi kebaikan pada saya dan kita semua

umi salam ustz, apakah hukumnya sorg ibu yg bercerai menjaga ank2 lima org dan masih tggl dirumah bekas suami yg mana bekas suami kekadang suka mengungkit
apa2 pemberiannya wlpn pd masa sama kprluan yg disediakn adalh mcukupi & kekdg brlebihn.. ungkitan itu mbuatkn rasa takut jatuh haram jika trmakan 2009-06-18 3:50 AM

Seorang ayah memang perlu menyediakan nafkah anak iaitu rumah, pakaian dan tempat tinggal. Jika seorang ibu yang menjaga lima orang anak, maka wajarlah dia duduk di rumah itu kerana rumah itu merupakan bahagian nafkah yang wajib disediakan oleh ayah.

Bagi bekas isteri yang duduk di situ juga, tidak mempunyai apa-apa masalah. Ini kerana dia perlu duduk menjaga anak-anak tersebut.

Ungkit mengungkit tidak menyebabkan harta jadi haram jika ia benar-benar hak yang perlu ditunaikan. Ayah kena tingkatkan ilmu dan kita kena banyak bersabar.

Memang lumrah, orang bercerai akan terjadi ungkit mengungkit. Abaikan sahaja.

Firdaus asalam. ustaz, pasal jawapan ustaz mengenai aurat dgn ipar, dulu sy pernah mendengar hukum "haram sementara". boleh ustaz jelaskan sikit.. jzkllh 2009-06-18 6:59 AM

Haram sementara di sini ialah haram kita menikahinya hinggalah dia bercerai dengan saudara kandung kita.

Sebagai contoh, seorang lelaki boleh berpoligami. Tetapi, jika seorang perempuan, abang iparnya tidak boleh mengambilnya sebagai isteri kedua hinggalah dia bercerai dengan kakak.

Itu maksud haram sementara

Oleh kerana, dia boleh mengahwini kita, sebab itu auratnya dengan kita sama dengan aurat dengan orang lain. Ia boleh menimbulkan syahwat jika tidak dijaga.

Jadi, dalam bab aurat, memang kena jaga macam kita menjaga aurat dengan orang luar

anat salam,ustaz sy nk tny tntg mimpi...bleh terangkn cket tntg mmpi ustaz... 2009-06-18 1:32 PM

Ilmu tafsir mimpi boleh dipelajari. Sila dapatkan kitab tafsir mimpi Ibnu Sirin. Sekarang, terjemahan dalam bahasa Melayu pun ada.

bella salam.. ustaz, sy nk sgt doa yg ustaz bace mse progrm tnye la ustaz pd 7 jun 2009-06-18 3:38 PM

InsyaAllah, jika saya lambat nak tuliskan, boleh layari laman web TV 9 dan tengok balik.

Guest salam ustaz..apakah hukum seseorang yang tidak solat selama lebih kurang 16 thn..setelah taubat..adakah wajib qadhak solat dan bagaimana caranya 2009-06-19 1:40 AM

Kena ganti. Caranya kalau susah ialah, setiap kali lepas solat fardhu, buat satu lagi solat yang sama niatkan untuk ganti. Kalau mati dalam keadaan sedang berusaha untuk menunaikan, maka mudahan diampunkan Allah.

Antara syarat taubat ialah menggantikan apa yang telah luput

Guest ustaz..apakah hukum seseorang yang tidak ingat jumlah hari yang dia tertinggal puasa sejak 16 thn lalu..bagaimana cara qadhak dan pembayaran fidyahnya 2009-06-19 1:45 AM

Jika dia sihat dan tidak mempunyai apa-apa masalah, maka kena ganti semaksima yang mampu. Bagi fidyah, satu hari bersamaan dengan 700 gram beras yang biasa di makan.

Guest assalamualaikum.ustaz saye ade tengok video tentang org kristian masuk islam.lepas dia masuk islam dia tak tukar name kristian die.boleh ke macam tu 2009-06-19 10:25 AM

Boleh jika namanya itu tidak membawa makna yang buruk dan menjadi simbol perkara buruk. Jika namanya buruk, maka sunat menggantikan namanya.

Rasullullah pernah menukar nama para sahabat yang ada makna yang kurang baik

Guest salam ustaz. adakah sunat menggerakkan jari telunjuk ketika tahiyat berulang-ulang kali ke atas dan ke bawah? 2009-06-19 12:46 PM

Dalam mazhab Syafie tidak sunat

mariposa salam.ustz,jika seseorg itu mnrima srt lyg n apa yg tdpat d dlm srt itu mmg dlakukan oleh c pnrma srt,adakah itu dnamakan ftnah? 2009-06-20 2:17 PM

Arti fitnah ialah menuduh perkara yang tidak benar dan ia disebarkan kepada orang ramai. Jika si penerima memang melakukan perkara tersebut, maka ia tidak dikatakan fitnah


mariposa jka c pnrma srt lyg x mahu mngaku kslhn yg dlakukan n mahu mbuat smyg hjt adakah blsn itu akn tkna smla pd drinya atau pd c pnghantr srt td? 2009-06-20 2:20 PM

Dia tak nak mengaku itu hak dia. Jika dia berbohong itu dia dengan Allah. Jika dia nak sembahyang hajat, tengoklah hajat yang diminta itu apa. Kalau dia kata nak minta kebenaran, maka akan kenalah pada siapa yang berbohong.


mariposa adakh c pnghntr srt dkira bdsa sdgkn tjuan adalh utk btlkn kdaan n hnya itu shj jln yg ada. 2009-06-20 2:21 PM


Tidak berdosa asalkan masih lagi niat dan caranya betul. Niat untuk memperbaiki dan cara, jangan pula sebarkan pada orang ramai


Fuad Salam,Ustaz.Bagaimanakah pengiraan nisbah harta sepencarian di antara suami & isteri, adakah 50-50?.Terima kasih. 2009-06-22 8:25 AM


Isteri boleh memohon hingga 50% tapi terpulanglah pada hakim yang akan memutuskannya. Harta sepencarian akan ditimbang melalui


1. sumbangan pihak-pihak terhadap harta itu sama ada langsung ataupun tidak

2. tanggungan pada pemilik harta


Fuad Salam,Ustaz.Isteri saya telah menggunakan sebahagian dari wang nafkah sebagai modal perniagaannya, apakah hukumnya dan hak saya diatas bisness itu? 2009-06-22 8:37 AM

Wang nafkah yang telah diberikan adalah milik isteri. Jika dia pandai mentadbir hingga boleh melahirkan lagi harta maka tidak ada masalah di dalam perniagaannya itu.


Hak suami ialah, suami juga mempunyai hak harta sepencarian terhadap harta isteri. Tetapi bilangannya akan diputuskan oleh Mahkamah

abunabil kupasan ustaz adalah melalui buku yang dirancang oleh kerajaan...saya tahu semua fakta ni...saya bukan menyokong atau menyebelahi PKM dan tak suka pun tapi adakah kita membencinya sehinggakan kita sembunyikan dan tidak menerima fakta sebenar 2009-06-22 11:41 PM

Apa yang saya tulis dalam entri adalah apa yang saya cuba kupas dari belasan buku yang saya baca sama ada dari pihak Malaysia mahupun yang ditulis oleh Chin Peng sendiri. Jika tuan ada fakta yang ingin dikongsikan yang kita semua tak tahu, kita mengalu-alukan. Bacaan saya juga terhad. Jika tuan ada fakta yang disembunyikan tersebut, bagus juga untuk dikongsi bersama


Mawarkota Ustaz, adakah doa utk melupakan seseorang? Juga doa mempercepatkan jodoh. Apa hukum mandi bunga? 2009-06-23 5:28 AM

1. Doa dalam bahasa Melayu pun boleh, doa selalu dan jangan putus ada.

2. Mandi bunga tengok niatlah. Jika saja untuk wangikan badan, tidak ada masalah. Jika ada unsur kepercayaan yang karut, maka ia salah


Guest asalamualaikum ,ustaz suami telah menuduh saya curang dengan menuduh saya ada membuat hubungan dgn lelaki lain'sedangkan saya tak pernah dan tak berne
2009-06-23 6:56 AM


Tak perlulah susah hati jika dia tuduh dan kita tak buat, cuma kenalah jaga, jangan sampai ada kelakuan kita yang boleh membuatkan orang mudah pandang serong pada kita


imah salam ustaz..sy ingin tahu sekiranya sy berhutang tetapi tidak lagi berjumpa dengan pengutip hutang jadi bagaimanakah harus sy membayar hutang tersebu 2009-06-23 8:24 AM


perlu, niatkan, jika bertemu kita pasti akan membayar hutannya kembali.


Hazehan Salam uztaz. Anak saya seorang pelajar tahfiz tahun 1.Boleh ustaz beri petunjuk/nasihat bagi ibu bapa didalam mendidk anak2 tahfiz. Terima kasih 2009-06-24 8:24 AM


1. Jangan terlalu mengharap tinggi pada kebolehan anak. Walaupun kita sangat ingin dia jadi hafiz, tetapi tidak semua pelajar mampu.

2. Doakan, doa terbaik dari ayahnya

3. jaga makan dia

4. kena dorong minat dia. Tidak semesti dia dah berada di sekolah hafiz dia minat untuk menghafal al-Quran

5. Selalu ajak dia ziarah orang alim.


aisyah ustaz ada tak cadangan mana2 sekolah tahfiz yang ada asrama untuk pelajar 7-11 tahun sekitar KL 2009-06-25 12:30 AM


Saya tak berani nak syorkan mana-mana sekolah. Ini kerana, kejayaan seorang pelumba lari bukan pada litarnya. Tapi pada dirinya sendiri.


Kalau saya syorkan,takut puan rasa sekolah itu terbaik. Jika anak ini kurang berjaya, nanti kita salahlah sekolah.


Terbaik ialah, cari beberapa sekolah, dan buat solat istikharah. Minta jawapan dari Allah

Wallahu Alam

Semoga menepati kehendak soalan

al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Abu Dhabi

25 Jun 09, jam 7.10 pagi

2 comments:

Jafar said...

Ustaz, kenapa hantar murid ke Istanbul. Apa kelebihan berbanding dengan madarasah di sudan, jordan atau south africa.

Shahabudeen Jalil said...

student banyak.. hantar je ke seluruh pelusuk dunia.. baru mereka boleh bukak fikiran kita orang Malaysia.

Kalau semua ustaz dari Sudan, Jordan dan Africa Utara, semua akan jadi pemikiran serupa la..

Biar pemikiran berbeza dan kita bangunkan tamadun kita.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...