21 Jun 09, Jam 11.30 pagi
Saya, pelajar Tahfiz dan anak-anak Yatim al-Ijabah memenuhi undangan anak murid kita, Abdul Razak yang akan bertolak ke Turki pada 24 Jun 09.
Dia akan menyambung pelajaran ke sana. Kami semua bertolak dari Subang Jaya dengan menaiki bas. Perjalanan melalui lebuh raya KESAS.
Sesampai di rumahnya, kami semua dijemput masuk. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas.
"Hah, Razak, awak bawa sendiri tahlil ini, niatkan untuk arwah ayah awak" kata saya padanya.
Dia memimpin majlis tahlil pada hari ini.
Alhamdulillah, hari ini saya dapat menyaksikan seorang anak yang membawa sendiri majlis tahlil untuk arwah ayahnya. Jika menurut hadith, antara amalan yang akan sampai pada si mati ialah doa dari anak yang soleh.
Apa yang menggembirakan saya ialah, anak-anak di bawah didikan kita, mengingati arwah ayahnya dan pandai mendoakannya.
Ramai anak-anak yang berpelajaran tinggi tetapi lupa pada mak dan ayah mereka. Kalau ketika hidup pun dah dilupakan, jika mati, apatah lagi.
InsyaAllah, esok 24 Jun 09, jam 9.20 malam, saya, Abdul Razak dan tiga orang lagi akan bertolak ke Turki. InsyaAllah, kita akan menguruskan kemasukannya ke pusat pendidikan di sana. Semoga balik nanti menjadi anak yang berguna, murid yang sentiasa menghormati guru, anggota masyarakat yang sentiasa berbakti dan muslim yang sentiasa memikirkan untuk mendaulatkan Islam. Agar, pelapis perjuangan Islam itu tetap ada hingga kiamat.
"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"
Al-Fakir Ia Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
24 Jun 09, jam 12.15 malam
Majis kesyukuran dimulakan dengan tahlil ringkas
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
4 comments:
gud luck Abdul Razak... jangan lupa pesanan dari sini.
Razak kata :-
InsyaAllah dia ingat semua pesanan dan akan didahulukan melainkan pesanan untuk cari isteri orang Turki...
good luck Abdul Razak...
aisehman.. itu adalah 'the only pesanan'.
buatkan la email dan blog satu untuk dia.. supaya dia boleh cerita perkembangan dari sana.
Post a Comment