27 April 09, kami berada di Jaffa dan melihat pemandangan sekitar bandar yang berusia 4000 tahun ini. Waktu zohor mula masuk, kami pergi ke sebuah masjid dan hanya satu-satunya masjid yang masih tinggal di Jaffa, masjid Hassan Beg, sebuah masjid yang dibina pada tahun 1816.
Masjid lain telah diroboh atau telah di matikan fungsinya dengan dirantai dan tegahan undang-undang untuk menggunakannya. Penduduk Islam, hanya tinggal 15 orang sahaja di bandar ini.
Masjid yang telah dimatikan ialah masjid Kabir, masjid Muhammadiyah, masjid A’jamiyy, masjid Jabaliyyah, masjid al-Bahr dan masjid Nujhah.
Masjid Hassan Beg adalah masjid yang dibina oleh Ibrahim ibn Hassan, amir dari khilafah Utmaniyyah yang diamanahkan untuk menjaga kawasan Jaffa ini. Ia berhampiran dengan laut
Kami melangkah masuk ke dalam masjid. Tandasnya berada ditingkat bawah dikawasan hadapan. Terdapat tempat mengambil wudhuk di kawasan hadapan masjid.
Masuk ke dalam masjid ibarat masuk masjid di Turki. Binaan kubah yang banyak membuatkankan masjid ini dahulu tidak memerlukan pembesar suara untuk khutbah. Ruang-ruang kubah ini akan memantulkan kembali suara yang dilaungkan.
Selesai solat, kami diajak minum kopi ala Turki diruang taman masjid. Kopi ala Turki satu minuman kopi pekat tanpa gula yang akan menyegarkan mata ketika mengantuk. Di minum dengan gelas-gelas kecil supaya tidak terlebih dos meminumnya.
Ketika kami melangkah keluar, ada seorang tua, penjaga masjid ini menyapa kami:-
“Kamu semua dari mana?” dia bertanya penuh minat.
“Dari Malaysia”, saya menjawab ringkas.
“Ooh, ye, tak pernah orang Malaysia sampai ke sini”, jelasnya kerana tidak pernah jumpa orang Malaysia sebelum ini. Barangkali, kamilah orang Malaysia pertama yang ditemuinya sepanjang hidupnya.
“Cuba kamu lihat di sana,”, dia menudingkan jarinya ke arah satu bangunan yang tidak jauh dari Masjid Hassan Beg.
“Di belakang bangunan itu ada Hotel Hilton. Hotel itu didirikan betul-betul di atas kubur orang Islam, orang Yahudi rampas tanah ini dan dirikan Hotel di situ” terangnya sungguh-sungguh.
Kalau dekat Malaysia, mesti dah ada khurafat hotel ini berhantu sebab kubur.
Saya memerhatikan kawasan perkuburan yang telah dinesankan dengan bangunan yang tinggi ini. Di dalam Islam, tidak salah menggunakan kawasan perkuburan untuk pembangunan jika tujuan pembangunan lebih perlu, tetapi, kenalah pindahkan dahulu kubur. Bukannya buang nesannya kemudian pacak tiang untuk buat rumah.
Tapi, orang kafir apa kira. Dia nak buat, dia boleh buat suka hati dia. Inilah cabaran negara yang dijajah. Kita doakanlah yang terbaik untuk mereka.
Ketika meninggalkan kawasan masjid, saya masih terus memerhatikan kawasan hotel yang dibina di atas perkuburan ini. Semoga Allah memberi kesejahteraan kepada penduduk kampung akhirat ini. Sesungguhnya kita juga, sedang menuju ke arah perkampungan yang sama.
"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
Al-fakir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
2 Jun 09 jam 2 petang.
Masjid Hassan Beg
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment