Sebelum saya ke China, Alhamdulillah dengan izin Allah, dapat saya mengusahakan pembayaran tanah bagi kompleks Yayasan al-Ijabah di Puchong.
Saya berterima kasih pada 7 kumpulan di dalam usaha pembelian tanah ini,
1. ALC Group
2. Semua Anak Murid Dari Kelas Hadith Bersanad
3. Semua Anak Murid dari Kelas Bahasa Arab
4. Semua Anak Murid dari Subang Jaya
5. Semua Sahabat dari Madrasah al-Amin
6. Semua Anak Murid dari Shah Alam
7. Sahabat dari Yayasan al-Ijabah
Dari tujuh tempat ini sahaja yang tahu usaha pembangunan Kompleks Yayasan al-Ijabah. Hampir dua tahun dahulu, tepat satu Rejab, dapat diusahakan pembayaran awal pembelian tanah ini. Kini, sudah hampir masuk satu Rejab kali kedua, tanah dapat dibayar.
Cita-cita kita semua, bukan membangunakan kompleks ini semata-mata, cita-cita kita ialah, bagaimana ingin menjadikan kompleks ini terus beroperasi walaupun generasi pertama sudah meninggal nanti. Ramai orang yang membina rumah anak yatim, kompleks, yayasan dan sebagainya, tetapi ia mati dengan matinya generasi pertama yang mengasaskan.
Saya selalu menegaskan kepada anak-anak Yatim dan Tahfiz kita,
"Kompleks ini hanya akan diwariskan kepada orang yang pernah belajar di sini dan melalui sistem pendidikan kita di sini".
Kita tak mahu, kompleks ini menjadi rebutan orang yang inginkan nama dan kemasyhuran. Dia boleh mencari tempat lain untuk tujuan tersebut.
Hari ini, saya menghadiri perbincangan dengan Haji Othman Jaafar, salah seorang dari empat bumiputra Islam yang ada kilang air mineral yang dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bidang air mineral ini telah lama dikuasai oleh orang bukan Islam hinggakan banyak pertubuhan Islam membuat dan melebalkan airnya melalui kilang orang bukan Islam.
Di akhir perbincangan, satu resolusi telah dibuat, InsyaAllah, dengan izinNya, saya akan mengeluarkan air mineral sendiri di dalam usaha membangunakan kompleks Yayasan al-Ijabah. Kompleks yang akan menelan belanja 5 juta ini akan diusahakan dengan mengekalkan cara yang sama. Yang ingin bersama-sama dialu-alukan, tetapi saya tidak akan mengisytiharkan dengan lisan saya rayuan derma seperti yang dibuat oleh kebanyakkan orang.
Yang tahu, mari bersama-sama. Cabaran kita bukan membina kompleks ini, cabaran kita ialah memastikan ia akan terus berfungsi walaupun kita sudah tiada nanti. Agar, jariah ini akan berterusan.
InsyaAllah, siapa yang ikhlas dan berminat, kita akan panjang-panjangkan di dalam usaha ini. Apa yang penting, semoga Allah merestui usaha dan niat ini.
Rasulullah bersabda:-
"apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalanya melainkan tiga. Sedekah Jariah (yang berterusan), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya"
Semoga Allah yang maha pengasih memberi peluang kepada saya dan pembaca sekelian membuat amalan yang kekal pahalanya. Semoga selamat kita di dunia dan di akhirat, amin...
"Mencari Kepulangan Yang Diredhai"
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Shah Alam Selangor
1 Jun 09 jam 8.52 malam
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan...
3 comments:
Salam Ustaz.. kira dah settle lah tanah tu? Alhamdulillah..
Alhamdulillah, selesai
Salam Ustaz, ana x-kolej ibnu sina UM. Rasanya terpanggil untuk pelaburan 'masa depan'. bagaimana caranya ya Ustaz?
Post a Comment