Alhamdulillah, hari ini saya ada sedikit kelapangan. Jadi boleh menjawab soalan yang ada. Semoga memberi manfaat pada saya dan pembaca sekelian.
Bismillahhirrahmanirrahim,
Guest Ustaz,ibu saya ada seorg anak lelaki dr perkahwinan terdahulu dan abg saya itu dibesarkan oleh ayahnya dan diberitahu ibunya telah meninggal sehingga umurnya 16th barulah dia mengetahui perk sebenar. Ibu saya telah menyerahkan harta pusaka yg diwarisi dr ibunya kpd saya dan adik (dua2 perempuan) dan harta yg ditinggalkan oleh ayah kpd abang (seibu sebapa). Adakah wajar ibu saya tidak memasukkkan nama abg dr perkahwinan tdahulu kerana berkecilhati dgn sikap abg saya yg sentiasa menyalahkan ibu kerana tidak memeliharanya sdgkan dia dilarikan oleh ayahnya ketika umur 3 bulan dan ibu tdk dibenarkan bjumpa dgn abg. Kami mengetahui cerita sebenar dan pernah memberitahu abg perk tersebut tp beliau ttp degil dan sentiasa menyakiti hati ibu sehingga ibu saya pernah mengatakan yd dia sentiasa mendoakan. yg baik2 utk abg tp jika dtg hanya utk menyakiti hatinya tak perlulah dtg lg ke rumah ibu. Utk pengetahuan ustaz harta yg dimaksudkan ialah tanah yg tlh saya dirikan rumah utk ibu kerana ayah meninggal ketika kami masih kecil dan belum ada rumah sendiri dan saya tinggal bersama ibu. Manakala adik perempuan saya mendirikan rumah bersebelahan rumah tersebut atas permintaan ibu.
Dari apa yang tuan ceritakan, sebenarnya, ibu menghibahkan hartanya yang didapati dari pusaka datuk anda.
Ibu boleh hibah hartanya pada siapa yang dia suka dan ia tidak ada kena mengena dengan faraid.
Jadi, ibu tidak salah berbuat demikian sebab harta itu harta dia, ikut suka hati dia, dia nak bagi pada sesiapa pun.
Tetapi, jika ibu mati sebelum hibah, maka harta itu mesti dibahagi ikut faraid.
faridramli Assalamualaikum ustaz, saya nk bertanya, apa bezanya sifat solat nabi menurut imam syafie yang ustaz seliakan tu dgn yang biasa dianjurkan? 2009-06-16 6:54 PM
Perbincangan menjurus kepada dalil yang digunakan oleh Imam as-Syafie.
Guest hukum wanita tua berada berdua-dua di dalam rumah dengan lelaki muda yang dianggap mcm anak sendiri. setiap hari dtg kerumah dgn alasan utk teman aurat wanita tua dengan lelaki 2009-06-17 5:38 AM
Bagi wanita tua ada khilaf dan ada yang memberi keringanan jika dia telah tua dan tidak mempunyai syahwat lagi.
Bagi lelaki tidak boleh. Sekalipun telah tua, tetap tidak boleh berdua-duaan dengan perempuan muda. Ini kerana, seorang lelaki tetap bersyahwat sekalipun telah tua rinta.
Walaubagaimana pun, yang terbaik elakkan agar tidak timbul fitnah.
Guest aurat dgn abg ipar dan pakcik (yg kawen dgn makcik saye, bukan adik beradik ayah atau ibu) syukran 2009-06-17 10:27 AM
Aurat dengan ipar sama dengan aurat dengan orang lain. Kena tutup semua. Ini kerana abang ipar boleh menikahi kita jika dia bercerai dengan kakak kita.
Aurat dengan pakcik sabit (mendatang) juga sama dengan orang lain. Kena tutup semua. Ini kerana pakcik sabit (mendatang) boleh menikahi kita jika dia bercerai dengan makcik kita.
Wallahualam
Semoga menepati kehendak soalan
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment