24 Jun 09, rombongan saya ke Turki ini disertai oleh lima orang iaitu, saya, Ustaz Jamal, Abdul Razak, Mohamad Solihin dan Ahmad Faris.
Kami semua berkumpul di KLIA sedari jam 6 petang lagi. Setelah selesai semua, kami mula masuk ke balai berlepas. Tidak lama kemudian semua penumpang diminta untuk masuk ke dalam kapal.
Kapal Etihad A 330 ini mula meninggalkan KLIA jam 9.22 malam. Ia dimulakan dengan doa. Inilah kelebihan kapal terbang dari negara Arab.
perjalanan mengambil masa hampir 7 jam untuk sampai ke Abu Dhabi. Kami sampai ke Abu Dhabi jam 4.00 pagi waktu Malaysia sedangkan waktu tempatan sekarang ialah jam 12.00 tengah malam.
Kawasan tempat menunggu di Abu Dhabi bagi penumpang transit tidaklah besar. Ia diukir dengan mar-mar berwarna biru.
Di ketika dunia merisaukan mengenai H1N1, saya melihat, para petugas dan sesiapa yang berada di Abu Dhabi biasa sahaja. Tidak ada orang yang sibuk menutup hidung dengan penutup kain. Barangkali, penyakit yang berasal dari babi ini tidak merungsingkan mereka kerana mereka bukan pemakannya, atau ketidak pekaan orang Arab di sini pada situasi yang melanda dunia, atau mungkin juga tawakkal yang tinggi.
Lapan jam berada di sini. Tidak ada apa yang menarik melainkan pengalaman tidur di atas kerusi dan bangun dengan kapala serta pinggang yang sakit.
Bermula jam 8.30 pagi lagi, pihak lapang terbang telah mula mengumumkan
"this is final call to Istanbul"
"Awalnya, kapal dijadulakan bertolak jam 9.15 pagi" bisik hati saya.
Kami mula beratur menaiki kapal terbang jam 9.00 pagi. Perjalanan dari Abu Dhabi ke Istanbul mengambil masa 4 jam 50 minit.
Pramugari penerbangan Etihad mula membuat pengunguman di dalam kapal, bermula dengan menggunakan bahasa Arab kemudian disusuli dengan bahasa Inggeris. Tapi, percakapannya tak berbutir sama sekali, laju bukan main.
"Isyk, ini kalau membebel dekat suami macam mana agaknya" bisik hati saya sambil tersenyum sendiri.
Para petugas kapal memakai baju kolar berwarna hitam dan kelabu. Butang di atas sekali terdapat lambang negara mereka dengan warna emas. Di sebelah bahagian kiri terdapat lambang kepak burung berwarna emas dengan lambang penerbangan Etihad. Yang perempuan semuanya bersanggul dan yang malangnya, mereka juga memakai skirt.
Saya berbisik sendiri,
"kan negara Islam, kapal pun mereka punya, apa salah kalau semua diarahkan memakai tudung dan menutup aurat. Agaknya mereka rasa kalau pakai tudung tak standard kot, atau kapal tak laku agaknya.."
Beginilah umat Islam sekarang. Ramai yang tidak yakin dengan identiti agama sendiri.
Kami mula meninggalkan airport Abu Dhabi dengan kapal Airbus A320-200. Di luar tingkap ke litar berlepas lapangan terbang, kelihatan tompok-tompok rumput padang pasir. Seketika, kapal kami berhenti agak lama, memberi laluan kapal lain yang ingin bertolak.
Dan jam 9.29 pagi waktu tempatan, kapal ini mula memecut laju meninggalkan lapangan terbang Abu Dhabi. Perjalanan mengambil masa hampir lima jam ini dimulakan dengan doa. Semoga Allah terus memberikan keselamatan.
"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
al-Fateh Istanbul
28 Jun 09 jam 10.30 pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
1 comment:
salam ustaz,
Bila balik?
Post a Comment