Tuesday, June 2, 2009

Universiti Kehidupan 78 - Nabi bukan Nabi Di Haifa

27 April 09, kami meneruskan perjalanan dari Jaffa ke Haiffa. Kami melalui kawasan pertanian. Haiffa merupakan bandar yang terbesar di Utara Israel dan bandar yang ketiga terbesar di negara ini selepas Jerusalem dan Tel Aviv.

Kami melalui Sisariah. Di sini terdapat Power Station yang membekalkan tenaga elektrik di Utara Israel. Jika di selatan, ia terdapat di Ajdod. Pemandangan merentasi jalan di sini sangat cantik. Di kiri kami laut Mediterranean dan di kanan kami bukit-bukit yang terpacak seolah-olah penahan angin bagi bandar-bandar di belakangnya . Menghampiri bandar Haifa, kami disambut dengan bangunan University Of Haifa, antara universiti yang masyhur di sini.

Haiffa juga digelar sebagai Arus al-Bahr (pengantin pantai) kerana pemandangannya yang sangat cantik. Kami mulai naik ke kawasan pergunungan Tirat Carmel, satu bandar di atas bukit setinggi 500 meter dari paras laut. Dari atas, kami dapat melihat pemandangan Teluk Haifa yang merupakan salah satu pusat industri utama di negara ini. Di sebelah teluk Haifa ialah bandar Akko, juga merupakan bandar tepi pantai yang cantik. Bandar Haifa ini terletak 90 km ke utara Tel Aviv.

Kami berhenti di satu kawasan taman. Suasana di tempat ini agak sejuk, sesejuk Cameron Highland pada waktu malam. Angin laut yang bertiup kencang menambahkan lagi gigitan digin ke tubuh. Pokok-pokok bungan ditanam secara tersusun membuatkan taman di lereng bukit ini seolah-olah tergantung. Ada penjaga pintu yang menjaga taman ini, sentiasa dengan senyuman yang terukir di bibir.

Sambil berpeluk tubuh, saya melihat taman ini. Rupanya, taman ini ialah taman suci agama Bahai. Agama yang berasal dari Iran ini berkembang di sini. Taman ini merupakan satu taman bunga yang besar mempunyai 18 kawasan taman, sembilan tingkat dan 700 anak tangga dari bawah ke atas. Kalau orang Kristian mempunyai Vatican City, tempat suci mereka, Bahai mempunyai Bahai Garden, yang merupakan tempat suci mereka.

Agama Bahai ini bermula pada tahun 1844 apabila Sayyid ‘Alí Muhammad dari Shíráz Iran yang dikenali sebagai Báb, mengumumkan bahwa dia menerima wahyu dan amanat baru dari Tuhan. Agama ini mula berkembang di Iran kerana kebejatan pengamalan agama di sana pada waktu itu.

Pemimpin Iran pada ketika itu menangkap dan memenjarakan Báb di benteng Máh-Kú di pegunungan Azerbijan, satu kawasan bangsa Kurdi. Orang Kurdi yang terkenal dengan kuat pegangan agama dari Ahli Sunnah Wal Jamaah diharapkan dapat membendung ajaran baru ini. Tetapi, di Azerbaijan, Báb diterima oleh penduduk setempat. Dia kemudian dipenjarakan di benteng Chihríq. Pada tahun 1850 Báb dihukum mati dan dikebumikan kota Tabríz Iran.

Dalam diam-diam, jenazahnya diambil oleh para pengikutnya dan dibawa ke Bukit Carmel di Haifa ini.

Ajaran Bahai diteruskan oleh anak muridnya. Ajaran ini cuba dibenteras. Antara tahun 1848 dan 1852, lebih dari 20.000 penganut agama Báb telah dibunuh.

Mírzá Husayn ‘Alí yang lebih dikenal dengan gelarnya Bahá’u’lláh (artinya “Kemuliaan Tuhan”) adalah seorang bangsawan Iran yang menjadi pendukung utama agama Bahai. Dia juga akhirnya ditahan dan diletakkan dipenjara Síyáh-Chál (“lubang hitam”) di kota Teheran pada tahun 1852, dua tahun setelah gurunya meninggal.

Bahá’u’lláh dibebaskan dari Síyáh-Chál, tetapi dia dibuang pula ke Baghdad, ‘Iráq. Di sini,, dia mengembangkan ajaranya dan telah menulis beberapa kitab sucinya. Pada tahun 1863, Bahá’u’lláh telah mengisytiharkan bahawa dialah pemimpin agama baru ini dan sejak itu agama ini dikenal sebagai agama Bahá’í.

Bahá’u’lláh kemudiannya diarahkan oleh Khalifah Uthmaniyyah untuk berpindah ke Istanbul. Dia kemudiannya dipindahkan ke kota Adrianopel. Di Adrianopel Bahá’u’lláh mula mengutuskan utusan kepada berbagai raja dan pemimpin dunia, yang mengumumkan kepada mereka kedatangan Hari Tuhan dan menyerukan agar mereka kepada ajaran Bahai.
Pada tahun 1868, Bahá’u’lláh dibuang ke kota ‘Akká di Palestin, yang menjadi tempat pembuangan penjenayah pada zaman Turki Uthmaniah. Pada tahun 1892, Bahá’u’lláh meninggal di Bahjí dekat ‘Akká, tempat yang menjadi Qiblat agama Bahá’í.

Agama baru ini kemudiannya disambung oleh anaknya ‘Abdul-Bahá. Sebelum ini, ‘Abdul-Bahá telah menemankan ayahnya di dalam pembuangan. Dia pernah dipenjara dan dibebaskan dari penjara setelah berlaku Revolusi Pemuda Turki” (pada tahun 1908), dia mengadakan suatu perjalanan selama tahun 1910-1913 ke Mesir, Inggris, Skotland, Perancis, Amerika, Jerman, Austria, dan Hungaria, di mana dia mengumumkan prinsip-prinsip ajaran Bahá’í. ‘Abdul-Bahá juga mengirimkan ribuan surat ke masyarakat-masyarakat Bahá’í di Iran, mengumumkan bahawa dia adalah pemimpin utama Bahai. ‘Abdul-Bahá meninggal di Haifa pada tahun 1921, dan dikuburkan di salah satu ruang dari Kubur Báb.

Agama ini diwariskan kepada anak Abdul Baha', Shoghi Effendi. Dia seorang yang aktif menulis dan menterjemahkan tulisan suci Bahá’í, Dia menyusun dan membina Pusat Bahá’í Sedunia. Dia membina taman Bahai. Shoghi Effendi meninggal pada tahun 1957.

Agama Bahá'í ialah sebuah agama monoteisme (iaitu percaya bahawa Tuhan itu tunggal). Bahai merupakan salah satu dari beberapa ugama yang cuba menggabungkan beberapa ugama yang berlainan menjadi satu agama.

Kini, terdapat 6 juta penganut Bahá'í di lebih daripada 200 negara-negara dunia. Markas utama agama ini berada di Haifa, Israel.

Di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa, Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir yang diutus kepada manusia. Allah menyatakan di dalam surah al-Ahzab ayat 40:-

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Di dalam hadith, Nabi juga memperingatkan kepada kita mengenai akan ada nanti sesudah baginda orang yang mengaku menjadi Nabi. Semua mereka adalah tertolak dan pendusta.

Bermula dengan Musailamatul Kazzab yang mengaku Nabi , hinggalah di Malaysia ini, ada juga orang yang mengaku Rasul bagi orang Melayu.

Semoga kejituan iman dapat kita jaga. Merujuk kepada al-Quran dan Hadith dengan bantuan tafsiran ulama yang muktabar akan menjadi dinding bagi kita dari menjadi sesat tanpa disedari.

Sesungguhnya, jalan kesesatan itu amat banyak, ada yang nampak dan ada yang tersembunyi. Dan sesungguhnya, tanpa bantuan dari Allah, kita tidak akan mampu untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Semoga Allah terus membimbing kita untuk selamat di dunia dan di akhirat, amin…

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
Al-fakir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
2 Jun 09 jam 4.45 petang.
Janakuasa Letrik yang membekalkan tenaga letrik ke Utara Israel di Sisariah
Jalan menuju ke Haifa dari Jaffa. Suasana di kiri laut dan di kanan kawasan pergunungan.
University Of Haifa
Bandar atas bukit di Haifa, ia juga merupakan kawasan pertanian. Gambar - Penanaman pisang dengan jaring untuk menjaga dari di makan burung.
Haifa merupakan salah satu pusat industri utama di negara ini.
Kubur orang Yahud. Jika Orang Islam, mayat akan dihadapkan ke Kaabah, orang Yahudi, mereka akan menghadapkan mayat ke Jerusalem.
Rumah suci Bahai
Taman Bahai di atas bukit setinggi 500 meter dari paras laut
Pemandangan di Teluk Haifa
Bandar Akko di sebelah hujung di kanan gambar
pemandangan bandar Haifa yang berada di tepi laut Mediterranean
Taman ini merupakan satu taman bunga yang besar mempunyai 18 kawasan taman, sembilan tingkat dan 700 anak tangga dari bawah ke atas

Burung pelaut di Haifa
Tatatertib ziarah taman


Gerbang masuk

3 comments:

Hunny said...

salam ustaz,

Selamat pulang, selamat bertugas..tapi rasanya belum start bertugas lagi, sebab banyak masa tulis entry banyak2.. huhu..:)

Yan Ekil said...

salam ustaz, sye minta izin tuk copy posting, tuk presentation, syukran.. :)

Yan Ekil said...

salam ustaz, sye mnta izin copy posting tuk presentation, :) syukran.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...