Alhamdulillah, pada kesempatan kali ini, dapat saya memberikan sedikit ulasan mengenai persoalan yang ditanya. Semoga memberi kebaikan pada semua.
? Assalamualaikum Ustaz,Saya tidak sempat bertanya dalam program Tanyalah Ustaz berhubung dengan Pengurusan Harta Orang Islam.Suami saya berkahwin lain walaupun dia tidak mampu. Sejak dari mula saya berkahwin dia tidak sepenuhnya memberi nafkah zahir kepada saya anak beranak dengan alasannya saya bekerja dengan keizinannya. Pada masa itu saya redha.Tetapi setelah dia berkahwin tanpa pengetahuan saya, saya nyatakan saya mahu dia memberikan nafkah sepenuhnya kami anak beranak.
Tapi dia tidak berbuat demikian dengan alasan tidak mampu setelah dia kehilangan pekerjaannya.Rumah yang saya duduki sekarang ini adalah atas nama saya dan dibina atas hasil perkongsian kami berdua. Soalan saya, Jika apa-apa berlaku kepada suami saya adakah isteri keduanya berhak ke atas rumah ini atau apa saja harta yang kami beli bersama?Saya ada memberitahunya bahawa bahagiannya dalam harta kami adalah hak saya disebabkan dia tidak memberi nafkah sepenuhnya sepanjang 25 tahun perkahwinan kami yang dikurniakan 5 orang anak.
Walaupun rumah ini menggunakan sebahagian wangnya tetapi wang ini dikumpulkannya sebelum dia berkahwin lain.Saya harap dapat menjawab permasalahan saya ini.Email saya: sriizan@yahoo.com
+ Pertamanya, hak yang telah diredhakan tidak boleh ditarik balik. Ia adalah hak yang telah kita lepaskan.
Kedua, mengenai rumah puan, isteri kedua tidak ada hak ke atasnya.
Wassalam
? Assalamu alaikum Ustaz.. Seronok dapat dengar penerangan ustaz tentang Pengurusan Harta (Pusaka) orang-orang Islam di TV9...Saya dah pernah hantar soalan kat email 2X ke program ini..tapi tak menjadi pilihan untu dijawab.Saya datang dari keluarga 9bradik (3lelaki, 6 perempuan) dan mak kami telahpun kembali ke Rahmatul'Lah 13tahun yang lalu.Ayah, 79tahun, masih ada -- tetapi sudah uzur.Ingatan pun dah mula mai-mai...
Soalan saya, agak kompleks. Mak meninggal tanpa membahagikan harta. Bila ada panggilan surat dari Pejabat Tanah untuk semua adik bradik. Keputusan dari perjumpaan itu, kakak sulong kami mengarahkan kami agar semua harta diserahkan ata nama ayah.Dan ayah ada berkata "Nanti kita bahagi2kan".Setelah hampir 13 tahun berlalu, ayah pun takde ambil ape2 tindakan. Kalau ditanya soal duit atau harta, terutama kalau mana2 adikbradik saya ada masalah kewangan, ayah slalu menafikan keperluan tersebut.
Adik lelaki bongsu kami yang menjaga ayah pun ah mula menggunakan duit ayah ke tahap ratus ribu... Saya risau sbb untuk uruskan hal zakat harta arwah mak dan ayah pun selalu dinafikan keperluan nya oleh ayah.. Perbincangan terbuka tentang hal ini sukar dilakukan. Sesama adikbradik pun memang dah berpecah dan tidak bersatu, terutama selepasadik bongsu saya kawin buat kali ke 2 denga warga Indon yang pernah bekeja sbg GRO di KL. Adik saya pun dah bertukar personaliti...tidak solat. Aduuuh..sedihnyer Ustaz.Tolong beri sedikit nasihat pada saya tentang hal di atas ini, Ustaz..
+ Pertama-tamanya, ketika kakak sulung meminta agar dinamakan kepada ayah, adakah semua adik beradik bersetuju.
Jika semua adik beradik bersetuju bermakna, semuanya telah melepaskan haknya masing-masing untuk diberikan pada ayah.
Jika adik beradik tidak setuju, maka pembahagian faraid wajib dibuat.
Kedua, kena cari antara adik beradik yang baik dan dihormati, uruskan dengan tegas sekalipun kadang kala mengguris hati sesetangah pihak. Ini kerana, jika semakin lama, semakin bibit-bibit perpecahan antara adik beradik semakin membesar. Sedikit nasihat saya ialah, harta tersebut memang perlu diuruskan terutamanya sebelum ayah meninggal dunia
Mengenai perangai adik yang berubah itu, doakan dia. Dia mungkin belum dikurniakan hidayah dengan sempurna. Terus doakan dan jangan sekali-kali terfikir memutuskan silaturrahim.
Sekian, wassalam.
? Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ustaz, saya ingin bertanya tentang 2 perkara.1. Saya tidak mempunyai anak. Sekiranya saya meninggal, isteri saya akan mewarisi 1/4 dari harta peninggalan saya. Sekiranya ini di agihkan pada rumah kediaman, adakah isteri saya kena membayar 3/4 lagi equivalent dari harga rumah itu kepada baitulmal supaya dia boleh mengambil keseluruhan rumah tersebut.
2. Sekiranya saya hibahkan rumah itu kepada dia atau anak angkat saya, adakah saya tidak mempunyai hak lagi keatas rumah itu sekiranya mereka yang maninggal dulu? Mohon penjelasan Ustaz agar saya mudah mengatur harta pusaka saya.
+ Soalan pertama, tuan kena senaraikan semua ahli waris, barulah boleh diberilah pandangan sebaiknya.
Tapi, untuk tujuan mengira, bolehlah merujuk pada ustaz berdekatan atau pejabat agama. Di blog ini, saya hanya memberikan konsep sahaja.
2. Tuan boleh membuat hibah amanah. Caranya ialah dengan memberikan pada anak, kemudian anak itu memberikan kembali kepada kita sebagai pemegang amanah. Harta itu akan kita pegang hinggalah kita meninggal.
Wassalam
? assalammualaikum ustaz..saya ingin meminta doa yg selalu ustaz bacakan di akhir rancangan tanyalah ustaz. bolehkah ustaz berkongsi dengan saya doa tersebut. ustaz boleh email kepada saya di nurulsuhaila@gmail.com.
+ sebenarnya, doa-doa itu, doa biasa sahaja. Doa dari bahasa Arab yang saya baca dengan bahasa Melayu. Kita boleh dapatkan doa itu di mana-mana buku doa, dari saya, insyaAllah, akan saya kongsikan nanti.
? Salam,Ustaz saya mohon dapat ustaz beri pandangan dan penjelasan tentang permasaalahan harta peninggalan arwah ayah saya,beliau ada sebidang tanah yang diwarisi dari ibunya.tetapi setahu saya tanah itu telah dijual kepada suami ibu saudara saya dengan nilai rm3 ribu shja,disaksikan oleh ibu saudara saya yang sulung diatas sekpg kertas yang usang dan bersetemkan 50 sen yang telah digunakan,dgn andaian surat itu telah dimatikan setem.
Masa itu saya tidak faham apa2 tentang harta pusaka.kini saya pernah buat perbincangan.suami ibu saudara saya menyatakan kalau saya nakkan tanah itu saya kenelah membayar rm60 ribu mengikut nilai sekarang.saya tidak mahu membayar kerana itu tanah pusaka.
adakah saya perlu mengambilbalek tanah itu dengan nilai hutang rm3 ribu dan kos tanaman dia diatas tanah itu atau tanah itu dikira telah dijual secara sah.
Untuk makluman ustaz abang saya telah memutuskan hubungan dengan bapa2 saudara kerana mereka memandai2 menguruskan harta peninggalan ini semasa kami sibuk belajar dan bekerja.Namun kini setelah kami berusia anak2 pun dah besar kami baru sedar rupanya perkara ini harus diselesaikan,mereka yang terlibat dlm hal ini saya nampak mereka tak jgk senang n tenag,ada penyakit spt ustaz kata Tuhan akan tarik lebih lagi bila kita ambil hak orang.Harap dapat ustaz bagitau apa harus saya lakukan atau perkara ini dianggap selesai menjadi hak depa.. sekian t.kasih wassallam
+ Terima kasih kepada tuan yang bertanya.
Di dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian, kita kena cari lafaz asal ketika sesuatu kes itu berlaku.
Dari apa yang tuan ceritakan, tanah itu telah dijual. Jika lafaznya memang telah dijual, maka tanah itu telah berpindah hak miliknya kepada yang membeli.
Walaupun, kita rasa tidak puas hati dengan pengurusan yang dibuat, tetapi dari segi zahirnya, apabila syarat jual beli telah terlaksana maka, transaksi tersebut dianggap sah.
Yang boleh kita andaikan ialah mungkin ketika waktu jual beli itu ada unsur pengaruh tidak wajar yang berlaku.
Tapi itu hanya andaian. Yang pasti jual beli telah berlaku. Kalau memang ada unsur pengaruh tidak wajar dengan niat penipuan, biarlah Allah yang mengadili.
Orang yang ambil hak orang lain tidak akan senang dan kita yang diambil hak juga tidaklah sesusah mana.
Cuma, jangan sampai putus silaturrahim. Teruskan hubungan keluarga. Jika kita tidak mampu, minta ampun pada Allah dan minta Allah bimbing kita.
Takut dia mati dengan tertulis mengambil hak orang lain dan kita mati dengan tertulis memutuskan persaudaraan.
Dua-dua akan rugi di akhirat dan yang menang adalah syaitan yang memang ingin melihat kita sengsara bersamanya di akhirat.
Tenangkan hati dan carilah harta sendiri. InsyaAllah, Allah akan kurniakan yang lebih baik buat kita, amin…
Sekian, semoga menepati kehendak soalan. Wassalam.
“Bertanya itu kunci pengetahuan, analisa itu pintu kecerdikan”
Al-Fakir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Kandang, Melaka
8 Jun 09, jam 11.20 malam
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment