Monday, June 29, 2009

Universiti Kehidupan 87 - Orang Macam Kita Ada Di Mana-Mana

Sebelum saya bertolak ke Turki pada 28 Jun lalu, seseorang telah menemui saya.

“macam mana nak buat ye,,” katanya

“Apa dia?” Tanya saya.

“Ada seorang ni, dia ada berkenalan dengan seorang Turki. Dia ni pegawai tinggi kerajaan. Entah dah kenal baik, agaknya keluar berduaan, si Turki ni sudah ambil gambar dia. Mungkin gambar agak teruk kot, jadi dia minta bayar 15 ribu. Kalau tak, gambar ni akan disiarkan melalui internet” adunya pada saya.

“Banyak pelajar universiti pun kena,” tambahnya lagi.

“Inilah bahana jika tidak ada agama. Macam-macam perkara buruk berlaku. Si Jantan Turki ni pun satu, menggunakanketampanan mereka untuk perkara yang tidak baik. Si gadis Melayu ni pun sama” saya membebel.

Begitulah jadinya jika diri kurang penghayatan agama. Berkawan pula dengan orang yang kurang penghayatan agama juga. Jadilah jahil kuasa dua.

Tapi bukan Turki atau sesiapa. Melayu pun kalau tak ada agama serupa sahaja.

Cerita ini terimbau ketika saya dijemput untuk menjadi tetamu Kapten Ali Haidar di rumah ayahnya di Cavusbasi, kawasan tenang di atas bukit. Ayah Kapten Ali Haidar ialah bekas nelayan laut dalam yang pernah mengusahakan kerjaya ini selama lebih 30 tahun.

Sekarang, beliau adalah penulis kitab agama dibawah pimpinan Syeikh Mahmud Affandi, seorang ulama terkenal di Turki.

Dalam banyak-banyak anaknya, hanya Kapten Ali Haidar sahaja yang menurunnya, bekerja dengan laut. Cuma bezanya, Kapten Ali Haidar bukan Nelayan tetapi Polis Marin selat Bosphorus.

Jika hari tidak kerja, Kapten akan mengukir replika kapal dengan kayu. Dia mempunyai bangkel pertukangannya sendiri.

Dia mengajak saya ke bengkelnya. Terdapat banyak kapal-kapal laut kayu yang telah dibuatnya. Bengkelnya juga terdapat banyak gambar kapal-kapal besar.

Kapten berkata kepada saya:-

“InsyaAllah, satu hari nanti, jika saya sudah cukup duit, saya nak beli kapal nak jadi Nelayan betul-betul. Nanti kalau dapat duit banyak, nak buka sekolah-sekolah agama, biar anak-anak orang Islam belajar ramai-ramai”.

Allahhhhh!…. terkeluar spontan dari mulut saya sambil sedikit menggelengkan kepala tanda terharu.

Cuba lihat orang yang mempunyai pemikiran pada agama. Ada duit untuk disumbangkan pada Islam. Berbeza dengan orang pertama yang mencari duit dengan jalan yang salah.

Sebak saya. Perkatan seperti ini tidak pernah saya dengar dari orang Melayu walaupun saya tak nafikan ia ada. Saya bersyukur kerana ditemukan dengan keluarganya yang sentiasa ingin membuat sesuatu untuk Islam. Paling kurang, ada benda yang saya dapat pelajari dari keluarga ini.

Haji Ismail, ayah Kapten adalah seorang yang peramah. Dia sendiri memasakkan untuk kami pada petang ini. Dia seperti orang tua kita dulu. Di sekeliling rumahnya penuh dengan tanaman buah-buahan dan sayaur-sayuran. Ada pondok kecil di kebun atas bukitnya ini.

Kami bersembahyang dan dijamu makan di sini. Menu kami hari ini ialah ayah dan daging panggang. Dia juga memasakkan kami nasi kerana tahu orang Malaysia suka makan nasi.

Mereka meraikan kami dengan sungguhn-sungguh hingga Haji Ismail ketika memotongkan tembikai menyuapkan pada saya dengan garfu. Saya jadi segan pula. Tapi, itu memang cara mereka meraikan tetamu.

Dari zohor sampai Asar kami dirumahnya. Setelah masuk waktu asar, kami solat bersama-sama. Setelah solat, Haji Ismail menyampaiakan sedikit kuliah.

Perpisahan kami pada petang ini berlalu dengan salam penuh kemesraan sesama saudara Islam.

“nanti kalau datang lagi ke Turki, jangan lupa ke rumah saya lagi”, kata Haji Ismail.

Kereta kami meninggalkan kawasan rumah. Menuruni kawasan berbukit Cavusbasi. Ia masih di dalam Istanbul tetapi di bahagaian Asia.

Saya teringat pesanan guru saya:-

“kita akan bertemu orang macam kita ke mana sahaja kita pergi, sebab itu terus perbaiki diri”

Bagi muqaddimah cerita kali ini, orang yang memang gatal, maka akan bertemu dengan orang yang gatal. Malahan, akan bertambah teruk jika iman tidak ditingkatkan.

Tetapi, insyaAllah, jika kita terus memperbaiki diri, Allah akan terus menyatukan kita dengan orang yang baik-baik. Benarlah firman Allah,

“dan beruntunglah orang yang menyucikan dirinya”

Semoga kita terus memperbaiki diri agar selamat di dunia dan di akhirat.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Abu Dhabi
29 Jun 09 jam 12.05 tengah malam
Pokok anggur yang ditanam di sekitar rumah
kalau dalam bahasa Turki, buah ini dipanggil Doosh. Di Malaysia buah ini ada tetapi saya tak pernah tengok yang warna putih
Haji Ismail, tekun mengarang kitab-kitab agama
Replika kapal yang dibuat oleh Kapten Ali Haidar

Kapten Ali Haidar
Haji Ismail memasakkan sendiri makanan kami
Pokok Doosh
Ustaz Jamal memetik buah Doosh
Haji Ismail rajin bercucuk tanam
Ayam dan daging panggang

Hidangan, anak kecil ini ialah anak Kapten Ali Haidar, namanya Ismail, sempena nama datuknya


Sewaktu Asar, kami bersolat di ponok ini.
Pagar rumahnya juga dihiasi dengan gambar kapal
Cavusbasi, Istanbul bahagian Asia

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...