Thursday, June 4, 2009

Diari 67 - Program Tanyalah Ustaz Di TV 9

Alhamdulillah, insyaAllah, esok 5-7 Jun 09, saya akan bersama-sama sidang penonton TV 9 di dalam program "Tanyalah Ustaz"

Tajuk perbincangan kita esok ialah :-

"Pengurusan Harta Orang Islam"

Program akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas dari jam 7 pagi hingga 8 pagi. Semoga memberi manfaat kepada diri saya dan semua, amin..

"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-fakir Ia Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
4 Jun 09, jam 9.23 pagi

5 comments:

NinaSim4 said...

Assalamualaikum Ustaz,

Saya menonton Ustaz diprogram "Tanyalah Ustaz" di TV9 buat kali pertama. Saya sangat tertarik dengan cara penyampaian Ustaz dan pernerangan yang ditujukan pada penonton. Sangat berkesan sekali. Uztaz adalah antara host yang saya sangat berminat untuk menonton program2 agama selain dari Ustaz Sahazan. Harap TV3 dapat mengundang Ustaz di program2 yang akan datang dengan topik yang menarik sepertimana yang ditanyangi pada minggu ini. Syabaz Ustaz Mohamad Abdullah Al Amin

Anonymous said...

Assalamu alaikum Ustaz.. Seronok dapat dengar penerangan ustaz tentang Pengurusan Harta (Pusaka) orang-orang Islam di TV9...Saya dah pernah hantar soalan kat email 2X ke program ini..tapi tak menjadi pilihan untu dijawab.

Saya datang dari keluarga 9bradik (3lelaki, 6 perempuan) dan mak kami telahpun kembali ke Rahmatul'Lah 13tahun yang lalu.

Ayah, 79tahun, masih ada -- tetapi sudah uzur.Ingatan pun dah mula mai-mai...

Soalan saya, agak kompleks. Mak meninggal tanpa membahagikan harta. Bila ada panggilan surat dari Pejabat Tanah untuk semua adik bradik. Keputusan dari perjumpaan itu, kakak sulong kami mengarahkan kami agar semua harta diserahkan ata nama ayah.Dan ayah ada berkata "Nanti kita bahagi2kan".

Setelah hampir 13 tahun berlalu, ayah pun takde ambil ape2 tindakan. Kalau ditanya soal duit atau harta, terutama kalau mana2 adikbradik saya ada masalah kewangan, ayah slalu menafikan keperluan tersebut.

Adik lelaki bongsu kami yang menjaga ayah pun ah mula menggunakan duit ayah ke tahap ratus ribu...

Saya risau sbb untuk uruskan hal zakat harta arwah mak dan ayah pun selalu dinafikan keperluan nya oleh ayah..

Perbincangan terbuka tentang hal ini sukar dilakukan. Sesama adikbradik pun memang dah berpecah dan tidak bersatu, terutama selepasadik bongsu saya kawin buat kali ke 2 denga warga Indon yang pernah bekeja sbg GRO di KL. Adik saya pun dah bertukar personaliti...tidak solat. Aduuuh..sedihnyer Ustaz.

Tolong beri sedikit nasihat pada saya tentang hal di atas ini, Ustaz..

Zulghaffar Jantan said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ustaz, saya ingin bertanya tentang 2 perkara.

1. Saya tidak mempunyai anak. Sekiranya saya meninggal, isteri saya akan mewarisi 1/4 dari harta peninggalan saya. Sekiranya ini di agihkan pada rumah kediaman, adakah isteri saya kena membayar 3/4 lagi equivalent dari harga rumah itu kepada baitulmal supaya dia boleh mengambil keseluruhan rumah tersebut.
2. Sekiranya saya hibahkan rumah itu kepada dia atau anak angkat saya, adakah saya tidak mempunyai hak lagi keatas rumah itu sekiranya mereka yang maninggal dulu?

Mohon penjelasan Ustaz agar saya mudah mengatur harta pusaka saya.

Ell Suhaila said...

assalammualaikum ustaz..saya ingin meminta doa yg selalu ustaz bacakan di akhir rancangan tanyalah ustaz. bolehkah ustaz berkongsi dengan saya doa tersebut. ustaz boleh email kepada saya di nurulsuhaila@gmail.com.

Anonymous said...

Salam,Ustaz saya mohon dapat ustaz beri pandangan dan penjelasan tentang permasaalahan harta peninggalan arwah ayah saya,beliau ada sebidang tanah yang diwarisi dari ibunya.tetapi setahu saya tanah itu telah dijual kepada suami ibu saudara saya dengan nilai rm3 ribu shja,disaksikan oleh ibu saudara saya yang sulung diatas sekpg kertas yang usang dan bersetemkan 50 sen yang telah digunakan,dgn andaian surat itu telah dimatikan setem.Masa itu saya tidak faham apa2 tentang harta pusaka.kini saya pernah buat perbincangan.suami ibu saudara saya menyatakan kalau saya nakkan tanah itu saya kenelah membayar rm60 ribu mengikut nilai sekarang.saya tidak mahu membayar kerana itu tanah pusaka.adakah saya perlu mengambilbalek tanah itu dengan nilai hutang rm3 ribu dan kos tanaman dia diatas tanah itu atau tanah itu dikira telah dijual secara sah. Untuk makluman ustaz abang saya telah memutuskan hubungan dengan bapa2 saudara kerana mereka memandai2 menguruskan harta peninggalan ini semasa kami sibuk belajar dan bekerja.Namun kini setelah kami berusia anak2 pun dah besar kami baru sedar rupanya perkara ini harus diselesaikan,mereka yang terlibat dlm hal ini saya nampak mereka tak jgk senang n tenag,ada penyakit spt ustaz kata Tuhan akan tarik lebih lagi bila kita ambil hak orang.Harap dapat ustaz bagitau apa harus saya lakukan atau perkara ini dianggap selesai menjadi hak depa.. sekian t.kasih wassallam

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...