"Kenapa orang Yahudi membenci Nabi Isa, malahan mereka tidak mengiktiraf Isa sebagai Nabi?"
Soalan ini terus terbuku di hati saya hinggalah saya sampai di Nazareth, tempat Nabi Isa dibesarkan.Kesempatan kali ini, mari kita bincangkan mengenai topik ini.
Nabi Isa a.s dilahirkan di Bethlahem. Tempat baginda lahir sekarang berada di dalam sebuah gereja iaitu Church of Nativity. Ketika Saidina Umar r.a di ajak melawat Bethlahem, baginda di ajak masuk ke dalam Church of Nativity ini. Pada ketika itu masuk waktu solat. Beliau dijemput untuk solat di dalam gereja tetapi beliau menolaknya. Beliau sembahyang di luar gereja. Tempat di mana beliau sembahyang di dirikan sebuah masjid dinamkan sebagai masjid Umar.
Setelah lahir, Nabi Isa dibawa oleh ibunya ke Mesir. Ia sebagai melindungi baginda dari dibunuh oleh Raja Israel, Raja Herod.
Setelah Raja Herod mati, ibunya membawa Isa ke Nazareth dan tinggal di sana. Baginda mewarisi kemahiran sebagai tukang kayu dari kota Nazareth ini sambil mendalami ilmu agama ditempatnya. Pada ketika umurnya 30 tahun, dia menjadi guru agama yang mengembara dari sebuah kota ke kota yang lain.
Nabi Isa mempunyai kepetahan di dalam dakwahnya. Walaupun baginda tidaklah menerima pendidikan agama yang melebihi orang Yahudi yang lain, orang ramai merasa selesa dan ingin belajar darinya. Dia diminta untuk berkhutbah di rumah ibadat di Nazareth.
Menurut kisah yang disampaikan oleh ahli kitab, Nabi Isa dijaga oleh Yusuf an-Najjar (Yusuf tukang kayu), iaitu seorang yang soleh yang akhirnya memperisterikan ibunya Maryam. Yusuf an-Najjar menjadi ketua kepada para pekerja dan melindungi mereka dari dianiaya oleh peraih-peraih yang menginginkan keuntungan dari usaha orang lain.
Di atas dasar ini, maka pada ketika zaman Paus Pius XII, dia telah menetapkan tarikh 1 Mei sebagai hari memperingati Yusuf an-Najjar yang kemudiannya menetapkan hari itu sebagai Hari Buruh.
Pada masa Nabi Isa mulai membesar, baginda dibesarkan di dalam didikan agama yang baik di kota Nazareth. Baginda seorang yang sangat kasih pada manusia. Pada zaman itu, di kota Nazareth dan Galilee didiami oleh ramai orang Samaria. Bagi orang Yahudi, orang Samaria ini adalah orang yang berjiwa kotor dan tidak setaraf dengan orang Yahudi. Oleh itu, Isa tidak sepatutnya bergaul dengan mereka.
Di atas alasan inilah Nabi Isa dan murid-muridnya mula dibenci dan difitnah oleh orang Yahudi sendiri. Hinggakan pemimpin agama dari Jerusalem juga mula menganggap Isa sebagai orang yang hanya inginkan pengaruh untuk menjadi raja Bani Israel.
Bermula dengan permusuhan dengan kebanyakkan ahli kitab pada ketika itu, maka Isa membentuk pasukan dakwahnya sendiri. Nabi Isa membersihkan ajaran-ajaran yang telah diselewengkan oleh kebanyakkan ahli kitab pada ketika itu. Di dalam al-Quran, Allah telah menyatakan peristiwa ini di dalam surah Surah Ali Imran 52:-
Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani lsrail) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri.
Pengaruh Isa sangat besar hinggakan baginda diterima di tengah masyarakat sama ada dari Bani Israel mahupun orang Samaria. Baginda mempunyai pendokong-pendokong yang setia. Di dalam surah as-Saff, Allah menceritakan kisah ini :-
6: Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"
Di antara nama yang pernah disebut di dalam sejarah ialah Maryam Majdalina (Marry Magdaline). Dia adalah pendokong Nabi Isa. Ada sesetengah mazhab di dalam kristian yang mengaggap bahawa Marry Magdaline adalah isteri Nabi Isa a.s.
Menurut versi kristian, ketika Nabi Isa di salib, salah seorang yang menurunkan mayat Isa ialah Marry Magdaline ini. Tetapi di dalam al-Quran, surah an-Nisa', Allah menceritakan bahawa :-
157: Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
Nabi Isa mula berdakwah dari bandar ke bandar menuju ke Jerusalem, pusat agama bagi Bani Israel. Ahli-ahli kitab mulai bimbang akan pengaruh Isa ini. Maka dirancang untuk membunuh Isa ini.
Mereka membuat tuduhan dan fitnah terhadap Isa. Mereka mengatakan bahawa, Isa ingin merampas kerajaan dari Raja Herod Agripa, anak kepada raja Herod. Mereka membuat cerita, bahawa Isa hanyalah seorang tokoh yang mempunyai skandal dengan Marry Magdaline. Apa pun, mereka membenci Isa kerana dua sebab:-
1. Isa sangat baik dengan orang selain Yahudi dan mendapat sokongan dari mereka
2. Isa cuba membongkar kejahatan ahli kitab terhadap penyelewengan mereka.
Akhirnya, mereka merancang untuk membuhuh Isa. Maka pada hari yang mereka rancang, rancangan Allah melebihi rancangan mereka. Allah telah menyerupakan pengkhianat kepada Isa, menjadi mirip seperti wajahnya. Dan Isa a.s telah Allah angkat ke langit. Allah menceritakan peristiwa ini di dalam al-Quran, surah Ali Imran ayat 55 :-
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".
Beginilah Bani Israel. Membunuh dan cuba membunuh para Nabi. Tidak lama selepas di angkatnya Isa ke langit, sejarah menyaksikan pula, Nabi Yahya disembelih kerana menghalang Raja Herod Agripa menikahi anak saudaranya. Perangai Bani Israel dirakamkan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 87:-
Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?
Kesimpulannya ialah, para Nabi dibenci kerana menegakkan yang hak. Ketika Nabi telah tiada, maka para ulama yang mengambil tugas mereka.
Jadikanlah kita menghampiri orang yang berilmu untuk terus mendapat panduan dari mereka. Semoga, sikap Bani Israel kita jauhi untuk kita mendapatkan kerahmatan dari Allah.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
10 Jun 09, Jam 12.15 pagi
4 comments:
Thank you for this write up. It has helped me understand the historical connection between Prophet Isa and the Israels who are forever doomed. salam
anyway, jesus is so real... thank 4 this blog. Halleluya
obvioously jesus is real..but the religion (CHRISTIAN) is NOT. Obviously you people has been cheated in your book. Its funny to me that you thanked 4 the blog, which means you accepted the truth of the story based on Al-Quran but still refused to believe??? Pls read & study Al-Quran..May Allah guide you to the right path (ISLAM. Ameen
Bukan nabi Isa yang disalib, cuba address:
http://siapayangdisalib.blogspot.com/
Post a Comment