Tuesday, June 16, 2009

Jawapan Pada Persoalan 23

Alhamdulillah, berkesempatan saya menjawab persoalan yang diajukan.

Guest assalamualaikum.ustaz ape hukumnye buang tahi lalat jika tidak bahayakan kesihatan 2009-06-08 4:51 PM

Hukum asalnya haram.

siti salam ustaz..sy nk taya ustaz bdosa ke sy jika sy mnegur abg dan kak serta ibu sy pkra yg jht mjdi baik cthnye smbhyng.sy mngur mereka supaya bsmbhyg 2009-06-09 3:08 AM

tidak berdosa cuma caranya kena betul dan berhikmah

Guest arwah suami meninggalkan wang epf/t haji/wang bank & kereta. saya telah mengambil wang tersebut utk membayar zakat/upah haji & hutang beliau. saya har 2009-06-09 5:06 AM

Itulah yang sepatutnya. Menunaikan hutang sama ada hutang Allah atau hutang manusia sebelum pembahagian faraid

Guest arwah suami ada berkongsi membeli saham yang belum ada value lagi dan belum tahu bila boleh terjual. apakah saya boleh membayar wang kongsi nya dan me 2009-06-09 5:12 AM

Boleh jika dipersetujui pihak-pihak yang terlibat

kuinsan saya nak tanya la ustaz per hukum aurat antara mak mertua ngn menantu lelaki 2009-06-09 3:20 PM

sama seperti anak sendiri.

kuinsan saya nk tanya la ustaz per hukumnya membuat pinjaman untuk berkawin dan sebagainya? 2009-06-09 3:22 PM

hukum asal adalah harus, tetapi boleh jatuh pada haram, makruh dan wajib tergantung pada situasi

kuinsan macam ner hukum aurat emak mertua ngn menantu llk 2009-06-09 3:22 PM

sama macam anak sendiri jika anak telah bersatu dengan menantu.

OreoCheese salam. benarkah jika perempuan datang haid pada hari yg dia mengqadha puasa, puasa itu perlu diganti 2x ganda?? 2009-06-10 1:14 AM

Tak benar

syahindah Apakah batasan sekiranya seorang lelaki dan perempuan itu bersahabat baik, seperti sering berkongsi masalah pelajaran dan kehidupan bersama-sama? Bagaimana pula sekiranya salah satu dari mereka menyimpan perasaan terhadap kawan baiknya itu? 2009-06-11 5:23 AM

paling rendah makruh, boleh jatuh hingga haram melihat keadaan. Yang paling baik, hindarkan. Ramai yang akhirnya terjerumus pada maksiat bermula dengan alasan berkongsi masalah pembelajaran.

Rahmat salam ustaz...hukum hadir kenduri di rumah org yg engkar perintah Allah swt (tidak solat, dedah aurat dll).. 2009-06-11 7:00 AM

Pertama, tengok jenis kenduri.

Kedua:-
Jika datang kerana dakwah, maka wajib
Jika datang kerana meraikan majlis maksiat maka hukumnya haram
Jika datang kerana disebabkan dia sebagai orang engkar maka makruh dan boleh jatuh haram
Jika datang kerana menunjukkan contoh sebagai orang Islam yang baik, maka sunat.

sabri zainudin salam ustaz, wajibkah saya membayar hutang belajar yg telah ditukar syaratnya tanpa pengetahuan saya perjanjian asal apabila CPA melebihi 3.0 akan menjadi biasiswa dan saya telahpun mendapat 3.4 2009-06-11 9:07 AM

Jika akad itu telah berubah dengan jelas, maka tidak perlu bayar.

Zara Blhkah jamak qasar, apabila pergi holiday. Atau hanya boleh jamak saja sebab ziarah yg bersenang senang 2009-06-11 11:59 AM

Boleh selagi mana perjalanan itu bukan ada unsur maksiat.

Guest salam ustaz. apakah hukum kita mencantikkan kubur dgn menggunakan batu marmar dan sebagainya? terima kasih 2009-06-12 2:06 AM

Paling rendah harus tetapi tetap tidak digalakkan. Boleh jatuh makruh dan hingga haram mengikut keadaan.

Syarifah assalamualaikum saya nak tanya ustaz apa hukum jika anak lelaki menyakiti hati ibunya sehingga ibunya menitiskan air mata 2009-06-12 7:38 AM

Berdosa besar dan perlu bertaubat dan minta maaf pada ibu

mlofty apa pandangan ustaz berkenaan dgn sisters in islam. 2009-06-12 2:31 PM

pandangannya lebih kepada Islam liberal

RMN ustaz, brpkah kadar fidyah yg prlu dibayar mngikut sukatn kilogram jika menangguhkan puasa ganti 1 hari slama 15 thn, kn bg pd siapa 2009-06-16 11:19 AM

Bilangan fidyah bagi satu hari ialah 700 gram beras yang biasa di makan dan berikan kepada fakir miskin.

Semoga menepati kehendak soalan. Saya memang akan mengumpul soalan-soalan dahulu sebelum saya jawab. Yang menunggu, saya minta maaf.

Semoga kita semua diredhai Allah, amin..

7 comments:

Unknown said...

Salam ustaz..Bagaimana hendak mginsafkan seorang ayah tentang dosanya mengabaikan tgjwb dari segi nafkah dan keagamaan anak2nya sbelum bercerai dengan isteri hingga kini?

Unknown said...

Salam uztaz..adakah boleh seorang perempuan yang telah bercerai dengan suaminya dalam tuntutan fasakh, menuntut nafkah idah dan mutaah?

hamba allah said...

assalamualaikum ustaz,

saya ingin bertanya...saya dah tinggal posa tanpa ganti dari tahun 1996-2009. saya rancang akan bersungguh2 ganti semua posa 140 hari yg ditinggal dlm masa setahun yakni tahun 2010 before ramadan akan dtg..adakah kadar fidyah akan naik dr tahun ke tahun, sekiranya saya ingin bayar fidyah secara ansur2..wpun dah abis qada posa saya pada 2010 ? kesemua 140 hari? atau saya hanya perlu membayar kadar yg telah dikira yakni 1840RM?


tolong saya ustaz.. thanks

intan_tassya@yahoo.com

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz...saya nak buat pertanyaan kerana saya musykil n was2...sekarang mcm isu2 yg telah dibangkitkan iaitu kes buang bayi dan saya tahu hukum seseorang membuang janin @ membunuh janin/bayi yg bernyawa adalah berdosa besar dan dosa nya tidak akan di ampunkan Allah s.w.t tetapi yg menjd persoalan sya sekarang isu..seorg muslim/muslimah menyentuh anjing..apakah hukummnya?dan mengapaka perlu kita membeza2kan mazhab sedang kan kita adalah umat islam yg telah diturunkan kpd nabi muhammad..so kita adalah 1...klu kita membeza2kan islam mengikut mazhab jd sma la kita spt org kristian yg jgak mpnyai bbagai2 jenis kristian...sekali lg maafkan sya skiranya soalan saya ada myinggung org len cuma tujuan saya adalah memahami dan saya tidak mahu spt lembu d cucuk hidung hanya mengikut kata2 org len tnpa ada kesahihan nya...trima kasih Wasalam

Anonymous said...

asalammualaikum ustaz,

saya ingin bertanya. saya bernikah dgn suami tanpa saya mengetahui suami sudah berkahwin.saya masih tak dapat terima kenyataan sehingga sekarang. kami bakal menimang chaya mata tahun ini. hubungan saya dgn madu tidak berapa mesra.Yang menjadi persoalan suami sering membohongi saya untuk pulang ke rumah madu pada waktu rehat bekerja. ada sekali saya memberi alasan kereta saya nk guna.Tp sebaliknya.adakah saya berdosa memberi alasan sedemikian.saya cuma mahu dia berterus terang ngn saya itu saja.

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz..
saya nk bertanya, wajibkah uri bayi itu dibersihkan dahulu sebelum ditanam?

me said...

As salam Ustaz,

Saya ingin bertanya ....

Apakah hukum ibu mertua memaksa anak lelaki dan isteri untuk tidur di rumah keluarga mertua sedangkan keluarga mertua ini tidak menyediakan bilik tidur untuk pasangan ini? Bilik yang disediakan adalah bilik adik-adik dan adik-adik ini akan memasuki bilik mereka untuk mandi dan membersihkan diri. Sedangkan ada lagi satu bilik tambahan untuk pembantu rumah yang berpakaian tidak menutup aurat, yang bekerja pada hujung minggu sahaja.

Kami mempunyai rumah berjarak 40 minit daripada rumah mertua, kami bercadang untuk tidur di sana setiap kali kami pulang ke kampung halaman, tetapi mertua tidak setuju.

Adakah suami derhaka kepada ibunya itu sekiranya suami ini dan isterinya tidak tidur di rumah mereka kerana ketidakselesaan itu?

Sekian soalan saya.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...