Sesuatu pertubuhan ada kaedahnya teknik dan caranya tersendiri. Kesempatan kali ini, saya ingin kongsikan sistem komunikasi Parti Komunis Malaya (PKM) yang pernah tumpas pada sekitar tahun 50an.
Pihak Bristih telah berusaha untuk menjejaki organisasi Komunis di Tanah Melayu. Salah satu caranya ialah dengan menembusi sistem maklumat mereka.
Dalam usaha menembusi maklumat PKM, pihak Cawangan Khas yang telah ditubuhkan perlu memecahkan sistem perhubungan mereka.
Sistem perhubungan dan kurier maklumat PKM sangat kompleks. Seorang pembawa maklumat hanya dapat mengetahui sekurang-kurangnya dua lokasi meletakkan maklumat sahaja. Bagi tujuan ini, seorang Detektif-Inspektor bernama Irene Lee telah dipilih untuk tugas ini.
Petunjuk pertama terbongkar apabila signal pengesan yang dipasang pada sebuah radio milik PKM dikesan. Penemuan ini membawa kepada penyerbuan terhadap kem PKM di Selangor.
Tidak ada sesiapa tertangkap. Polis hanya menemui sebuah beg yang mengandungi beberapa dokumen dan maklumat PKM. Salah satunya mendedahkan nama seorang wanita Cina yang beroperasi di Singapura.
Irene Lee ditugaskan untuk menjejaki nama Ah Shu seorang guru sekolah Cina. Usaha itu membuahkan hasil apabila Irene berjaya menjejaki wanita ini yang sedang membeli belah di Robinson, sebuah gedung yang besar dan tersibuk di Singapura waktu itu.
Irene mendapati bahawa wanita tersebut telah menukar maklumat dengan cara menukar beg beli belah yang sama dengan wanita kurier lain. Setelah mengetahui teknik ini, Irene memulakan operasi dan berjaya menangkap wanita ini.
Setelah diperiksa, maklumat bertulis didapati disorokan di bawah bedak bayi jenama Baby Johnson. Setelah itu, wanita ini dipaksa memberi kerjasama dan Cawangan Khas menawarkan wang kepadanya. Bagi memastikan wanita ini tidak melarikan diri, gambarnya dengan dua orang anggota Polis telah diambil dan diugut akan disebarkan kepada pihak Komunis.
Irene telah memperolehi kerjasama fasa pertama. Fasa kedua, Irene telah menemui kurier berikutnya di Yong Peng Johor. Irene telah berjaya memperdayakan wanita ini untuk bekerja sama dengan Cawangan Khas.
Maklumat seterunya membawa Irene ke sebuah estet Jeredak di Jerantut. Irene telah menyamar sebagai penoreh getah. Kurier PKM di sini dikenali sebagai Chen Lee. Irene mendapati, Chen bukan sahaja sebagai Kurier di sini malahan membekalkan ubat dan makanan kepada aggota PKM sekitar Jerantut. Chen Lee ditangkap dan maklumat yang diperolehi membawa Irene ke sebuah kedai buku di Batu Road Kuala Lumpur.
Usaha untuk mendapatkan maklumat dari kedai buku ini sangat sukar. Ini kerana ia terletak di kawasan yang sibuk. Walau bagaimanapun, Cawangan Khas telah berjaya memecahkan maklumat rahsia dari kedai buku ini dan dua perkara penting ditemui.
1. Pusat Jaringan Maklumat PKM bukannya terletak di Kuala Lumpur tetapi terletak di Ipoh
2. Ia diketuai oleh seorang wanita.
Maklumat ini membawa Irene ke Ipoh dan Irene sekarang berhadapan dengan ketua jaringan komunikasi PKM iaitu Lee Meng.
Lee Meng adalah bekas seorang guru berumur 24 tahun. Tempat kediamannya menjadi pusat koordinasi jaringan perhubungan PKM.
Akhirnya, di ketika sedikit kelalaian dari Lee Meng, rumah itu diserbu tanpa tentangan pada 24 Julai 1952.
Pemeriksaan yang dijalankan menemui dokumen yang sedia untuk dihantar ke "jungle post".
Penahanan Lee Meng mendapat perhatian dari negara-negara blok Komunis.
Di Kuala Lumpur, usaha membela Lee Meng terus dilakukan termasuklah usaha dari pemimpin MCA, Tan Cheng Lock. Dia telah bertanggung jawab menghatar surat rayuan kepada Sultan Perak untuk memohon perkenan mengampunkan kesalahan Lee Meng.
Kes Lee Meng telah menarik perhatian antarabangsa apabila Hungry telah menawarkan pertukaran antara Lee Meng dan Edgar Sanders. Hungry merupakan negara satelit kuasa Komunis utama dunia pada masa itu.
Sanders adalah ahli perniagaan British berumur 49 tahun yang telah ditangkap di Budpest atas tuduhan pengintipan. Sanders telah dijatuhkan hukuman penjara.
Tawaran itu disifatkan sebagai tindakan negara blok Komunis membela komrad mereka di Asia.
Tawaran itu telah mendapat liputan meluas media di Britain dan turut menarik perhatian Perdana Menteri Winston Churchill.
Keluarga Sanders telah mendesak British Foreign Office untuk menerima tawaran tersebut namun Churcill enggan menerimanya.
Dalam masa yang sama, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu turut menentang sebarang pertukaran. Ini kerana peranan Lee cukup besar di dalam PKM Tanah Melayu.
Lee Meng kekal dipenjarakan sehingga tahun 1964 apabila kerajaan memutuskan untuk menghantarnya ke balik ke China.
Demikianlah, bagaimana salah satu sistem perhubungan yang berjaya dipecahkan oleh Cawangan Khas di Tanah Melayu.
Sesuatu rangkaian yang bersifat global, mempunyai kaitan antara satu sama lain. Seorang yang ditangkap, bangkit semua untuk membela.
Adakah kita orang Islam masih menjiwai ukhwah Islamiah terhadap saudara-saudara kita di Palestin, Selatan Thai, Afghanistan dan sebagainya.
Jika Komunis membela komradnya di atas dasar perjuangan ideologi, kita orang Islam sepatutnya lebih dari itu. Ini kerana, perjalanan kehidupan muslim, bukan sahaja untuk tujuan kemenangan di dunia, malahan kemenangan hingga akhirat.
Islam bukannya ideologi, Islam adalah ad-Din yang diturunkan Allah, dan ad-Din itu artinya cara hidup.
Sirah, Perjalanan Mencipta Sejarah"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
17 Jun 09 jam 6.15 petang
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
6 comments:
Mana sumber maklumat nie ?
Ilmu Laduni ke?
sudah2 la nak cari kesalahan org lain..
yg pasti ustaz mempunyai ilmu agama yg tinggi dan sumber kajian beliau lg jelas..
pakcik yg xtau pape..
x reti sejarah...
bkn dia pulak nak mmbuktikan apa2..
kalau tau pn..x reti nak MENILAI sejarah itu sendiri..
sejarah patut diteladani..
di jadikan ikhtibar..
bkn di perolok2kn..
Boleh rujuk ini:-
1. My Side Of Story oleh Chin Peng.
2. The War Of Running Dog oleh Noel Barber
3. Malaya's Secret Police 1945-60 oleh Leon Comber
4. The Communist Party of Malaya The Inside Story oleh Aloysius Chin
Rujukan di bawah ini tidak ada cerita Lee Meng tetapi bagus juga untuk dibaca:-
1. Memoir Abdullah C.D. Penaja Dan Pemimpin Rejimen Ke-10, oleh Abdullah C.D
2. Komrad Bertopeng oleh Cheah Boo Kheng
3. Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial Di Tanah Melayu oleh Ho Hui Ling.
4. Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia oleh Mohd Reduan Haji Asli
5. Memoir Rashid Maidin Daripada Perjuangan bersenjata Kepada Perdamaian oleh Rashid Maidin
6. Memoir Shamsiah Fakeh Dari AWAS Ke Rejimen Ke-10 oleh Shamsiah Fakeh
7. Rejimen Ke-10 dan Kemerdekaan oleh Suriani Abdullah
Buku-buku ini boleh didapati dari Perpustakaan Universiti Malaya dan kedai-kedai buku. Nak senang cari waktu Pesta Buku.
rajin ke pakcik ni nak g pesta buku..??
pesta jual beli tembikar dia layan la..
TQ ustaz 4 the post...
very informative..
ok..
ini baru adab berkongsi ilmu. Kena ada sumber. Baru mudah orang buat rujukan.
terima kasih.
Salam Ustaz,
Betul-betul menarik =)
Post a Comment