Wednesday, June 3, 2009

Universiti Kehidupan 79 - Yardanet (Sungai Jordan) - Perbezaan Akidah Islam dan Kristian

Ketika saya berjalan di Palestin ini, saya selalu terpandang botol-botol kecil berisi air. Ia dijual dan dijadikan hadiah. Satu ketika saya bertanya pada pekedai di sini:-

“Maaf, boleh saya tahu, sebenarnya ini air apa ye? “

“Ini air suci dari Jordan River. Sungai di mana tempat Jesus di Babtiskan. Kalau bagi orang Islam, ada air zam-zam. Bagi orang Kristian, air suci mereka adalah dari Jordan River” Jawab pekedai itu sambal membongkokkan bandanya mencapai sebotol air Jordan river.

Dia memberikan botol itu pada saya. Botol kecil bulat itu diletakkan pelekat, gambar Jordan River.

“Dekat mana Jordan River ni?” Bisik hati saya.

28 April 09, penjelajahan kami telah sampai ke Nazareth, perkampungan Nabi Isa a.s. Di dalam bahasa Arab tempat ini diberi nama an-Nasirah.

Ketika Nabi Isa dilahirkan di Bethlahem, baginda telah dibawa oleh ibunya Maryam ke Mesir. Ini kerana, Raja Herod, raja bani Israel pada ketika itu merancang untuk membunuh Isa a.s. Setelah dua tahun berada di Mesir, Nabi Isa dibawa oleh ibunya kembali ke kampung asal mereka iaitu an-Nasirah (Nazareth). Kepulangan Isa a.s ke Nazareth adalah selepas kematian Raja Herod.

Nabi Isa dibesarkan dengan pendidikan agama yang baik. Menurut agama Kristian, Nabi Isa mendapat bukaan ilmu dari tuhan setelah dia dibaptiskan (mandi wajid) di Sungai Jordan oleh Nabi Yahya (John The Baptist).

Perbezaan besar iman orang Islam dan Kristian ialah, setelah mendapat wahyu, orang Kristian menyatakan bahawa Isa adalah anak tuhan sedangkan dalam Islam, setelah mendapat wahyu, Nabi Isa telah dilantik menjadi rasul yang wajib menyampaikan seluruh wahyu yang diterimanya kepada kaumnya seperti para Anbiya yang lainnya.

Bagi Kristian, Nabi Isa mendapat wahyu setelah dibaptiskan oleh Nabi Yahya sedangkan dalam Islam, Nabi Isa mendapat wahyu ketika baginda kecil lagi. Ini bermakna Nabi Isa menjadi Nabi sejak kecil, Cuma baginda menjadi Rasul setelah baginda besar.

Perbezaan antara Nabi dan Rasul ialah:-

Seorang Nabi mendapat wahyu, dia tidak wajib menyampaikannya kepada orang lain tetapi seorang Rasul mendapat wahyu, wajib menyampaikannya pada orang lain.

Menurut fatwa Ibu Hajjar, bilangan Nabi ialah 124 000 orang dan bilangan rasul ialah 313 orang. Dari 313 orang Rasul ini, 25 disebut di dalam al-Quran.

Para Nabi membawa risalah yang sama iaitu mengesakan Allah. Perbezaan antara mereka ialah syariat (jalan hidup dari segi hukum hakam) yang mereka bawa.

Pada waktu petang, kami telah sampai ke Jordan River. Alirannya bermula dari 4 buah sungai iaitu dari sungai Hasbani Lebanon, dari Banias di pergunungan Hermon, dari ad-Dan juga di pergunungan Hermon dan Iyon di Lubnan. Alirannya terus menuju ke Tasik Galilee dan keluar menuju ke laut mati iaitu satu tempat paling rendah di muka bumi ini. Sungai ini terletak di sempadan antara Israel dan Jordan. Di sebelah Israel dinamakan tebing barat dan di sebelah Jordan di namakan terbing timur. Ia mengalir sepanjang 251 km.

Di mana tempat sebenar Nabi Isa mandi, tidak seorang pun tahu. Cuma, satu tempat dibangunkan di aliran keluar dari Tasik Galilee. Paderi-paderi besar dari seluruh dunia akan datang untuk mandi di sini. Terdapat puluhan catatan batu dari berbagai bahasa mengenai sungai ini. Dalam bahasa Indonesia pun ada.

Kawasan ini dijaga oleh Israel. Bagi orang Israel, Nabi Isa hanyalah seorang budak nakal yang mempunyai skandal dengan Maryam Majdal (Marry Magdaline). Dia dibunuh di Jerusalem dan mayatnya dibuang oleh tentera Rom ditempat yang tidak diketahui.

Memang orang Yahudi tidak pernah menghormati Nabi mereka. Berapa banyak para Nabi yang dibunuh tanpa sebab oleh mereka

Skandal antara Nabi Isa dengan Marray Magdaline dikuatkan dengan hujjah bahawa, antara yang menurunkan mayat Isa ialah Marry Magdaline.

Bagi orang Islam, Nabi Isa tidak di salib. Baginda diangkat ke langit dan akan diturunkan kembali sebelum hari kiamat nanti.

Kunjungan ke Jordan River menjelaskan batasan iman orang Islam dengan iman orang Kristian. Iman orang Islam beriktikad bahawa Isa adalah Nabi. Maha suci Allah mempunyai anak sedangkan Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Semoga iman kita terus dijaga oleh Allah, amin...

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
Al-fakir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam3 Jun 09, jam 8.45 malam.
Di pintu masuk Jordan River terdapat batu bersurat dari berbagai bahasa
di dalam aliran Jordan River
Tempat Baptis (mandi wajib) bagi kristian
empangan dari Tasik Galilee
Tempat mandi
berbagai bahasa ada termasuk bahasa Indonesia. Semoga bahasa Melayu terus terpelihara dan tidak wujud di dalam catatan di sini.
Lepas mandi kena bilas, air suci yang tidak bersih
Gadis Yahudi yang menggantung bendera Israel
Kedai milik Yahudi di Jordan River

2 comments:

Anonymous said...

salam alikum ustaz..

salam ziarah :D


ustaz, ada pelawat laman ana bertanya soalan di bawah komentar ustaz di laman ana..

dia bertanyakan soalan pada ustaz..

http://umaralfateh.wordpress.com/2009/05/31/pakaian-puncak-iceberg/#comment-946

acik jon @ azul said...

salam ustaz
ape maksud ustaz yang dibawah ini
"Semoga bahasa Melayu terus terpelihara dan tidak wujud di dalam catatan di sini"
taceh

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...