18 Jun 09, jam 3.00 petang. Saya bersama tiga sahabat yang lain bertolak dari Putra Heights ke Senai Johor.
Hari ini saya dijemput untuk program di Panasonic Senai Johor. Program bermula jam 6.30 petang.
Alhamdulillah, perjalanan hari ini baik sahaja. Cuaca panas membantu perjalanan untuk sampai pada masanya. Jika hujan, mungkin agak terganggu sedikit.
Saya berhenti di stesyen Petronas berhampiran dengan lokasi program. Mengambil wudhuk dan bersiap-siap untuk ke program.
Sesampainya saya di hadapan pintu masuk, saya disambut dengan pengawal di sini.
"Ustaz boleh parking dekat mana-mana kawasan berbumbung di sana ye" kata pengawal tersebut.
Saya memasuki kawasan pagar dan terus membelokkan kereta. Saya melihat papan tanda kawasan parking.
"Aik, semua untuk orang-orang besar ni, boleh ke parking dekat sini", saya bertanya pada ahli rombongan yang sama hadir dari Kuala Lumpur. Semuanya tertawa kecil kerana soalan itu tidak ada seorang pun antara kami yang boleh menjawabnya.
Saya memalingkan kepala ke belakang. Pengawal menunjukkan tangannya menandakan saya dibenarkan meletakkan kereta di mana-mana kawasan yang saya suka.
Sejurus kemudian, saya dan ahli rombongan di ajak naik ke tempat program. Surau Panasonic Senai ini penuh dengan pekerja-pekerja yang ingin bersama-sama mengikuti program ini.
Tajuk perbincangan kita hari ini ialah "Persediaan Menghadapi Alam Barzakh".
Sebelum memulakan program, saya memandang wajah-wajah yang berada di hadapan saya. Rata-rata umur yang hadir pada hari ini ialah 30an dan 40an.
"Bagusnya masyarakat sekarang, muda-muda lagi sudah membincangkan tajuk ini. Biasanya dahulu, tujuk seperti ini dibincangka di pondok-pondok yang rata-rata pendengarnya berumur 50 an dan 60an" bisik hati saya.
Kuliah dimulakan dengan membincangkan lima alam yang dilalui manusia. Setiap manusia, mereka melalui lima alam.
1. alam roh
2. alam rahim
3. alam dunia
4. alam barzakh
5. alam akhirat
Inilah perjalanan hidup manusia. Jika manusia tahu perjalanan hidup ini maka, dia tahu tanggungjawabnya. Dia akan tahu bahawa dia sedang melalui satu perjalanan yang sangat jauh. Dan dia tidak akan mensia-siakan masanya di dunia ini untuk perkara yang tidak berfaedah.
Sesi pertama tamat dengan azan Maghrib. Selepas solat, kami memulakan sesi kedua. Kali ini, kami membincangkan persediaan menghadapai alam barzakh.
Sebelum seseorang itu bertemu dengan Allah, ada 7 perkara yang perlu dibuatnya.
1. pastikan rukun Iman telah selesai
2. pastikan rukun Islam telah selesai
3. pastikan telah berusaha mendapatkan solat yang khusyuk
4. pastikan telah meninggalkan perkara yang haram
5. pastikan telah menulis segala hutang
6. pastikan telah menyempurnakan taubat
7. pastikan telah membuat perkara yang kekal pahalaya.
Ketujuh-tujuh perkara ini ialah perkara penting untuk kita menghadapi alam barzakh. Jika tujuh perkara ini telah selesai, maka kita tidak mempunyai apa-apa masalah untuk bertemu dengan Allah.
Tetapi ramai orang yang takutkan mati kerana tujuh perkara ini sebenarnya belum dibuat dengan sempurna.
Di akhir kuliah, kita mengharapkan agar hidup ini terus dibimbing oleh Allah agar memperolehi kebaikan hidup di dunia dan di akhirat, amin..
Saya mula meninggalkan Senai lebih kurang jam 10.30 malam. Alhamdulillah, perjalanan juga baik dan tidak menghadapi apa-apa halangan. Alhamdulillah, saya dan rombongan selamat sampai ke destinasi pada jam 1.30 pagi.
Terima kasih Allah, dengan kasih sayangmu, kami semua selamat pulang, Alhamdulillah….
"Diari, Merakam Sejarah Mencatata Kenangan"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
19 Jun 09, jam 8.30 malam
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
5 comments:
apa signifikan cerita pak guard suruh parking nie ???
laaa...baru ar best ada cite tentang perjalanan yg complete....apa la sj.
Laa...ape la ko SJ...aku rase cite pak guard tu dlm 5 perenggan jer...citer pasal alam barzakh tu lagi byk...ini pon nak jd isu...ape la ko..
lima barisan ke lima perenggan..hehe
tak menjawab soalan korang nie.. patut la belajar tak penah pandai.
orang tanya apa signifikan cerita pak guard tu ???
jawab soalan la.. kalau taktau, tutup mulut. itu saja.
Post a Comment