Monday, June 15, 2009

Diari 73 - Seseorang Akan Mudah Menuruti Agama Pemimpinnya

14 Jun 09 jam 9.30 malam, saya telah dijemput untuk menyampaikan sebuah ceramah di Kampung Tengah Batu 13 Puchong.

Ceramah ini dibuat sempena dengan kempen minggu keselamatan yang anjurkan oleh MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) bersama pimpinan kawasan

Apa yang ingin saya kongsikan, sejak 40 tahun kampung ini, inilah kali pertama di adakan ceramah seperti ini. Sebelum ini, ada majlis-masjlis masyarakat, tetapi lebih kepada hiburan.

Bagaimana program ini boleh dibuat?

Ketika pertukaran ketua-ketua kampung di negeri Selangor, ketua kampung yang baru ialah orang yang mempunyai jiwa islam. Sesetengah orang memanggilnya dengan nama ustaz.

Dia telah merancang dengan JKKK kampung untuk mengadakan program yang julung-julung kalinya di adakan.

Apakah akan ada orang yang mahu datang nanti ke program ini?

Inilah satu persoalan yang timbul. Ini kerana sebelum ini program yang ada tidak berbentuk pengisian rohani.

Jika kita mahu teliti, jika sesuatu program itu diadakan, tidak kira sama ada program itu berbentuk agama atau maksiat, akan ada orang yang datang memenuhinya.

Masalah kita ialah, program berbentuk agama kurang. Program yang melalaikan terlalu banyak sponsor dan penganjuran. Maka semakin banyaklah orang yang rosak.

Sama seperti malam ini, tanpa disangka, padang Kampung Tengah dipenuhi dengan masyarakat tidak kira dari golongan orang dewasa, orang muda mahu pun kanak-kanak. Walaupun ia tidaklah sebesar program “Jom Heboh”, tetapi, tetap ada orang yang akan datang untuk memenuhinya.

Cuba bayangkan, jika program seperti ini diadakan setiap bulan, maka sudah tentu masyarakat semakin baik dan semakin dekat dengan agama.

Benarlah kata hadith:-

“Seseorang itu akan mudah terikut agama pemimpinnya”

Jika pemimpin kaki dangdut, maka akan bercambahlah program dangdut dan akan ramailah yang akan datang, jika pemimpin kaki konsert, maka akan banyaklah program konsert dan akan ramailah orang yang akan datang dan jika pemimpin, orang yang faham Islam, maka akan banyaklah program yang menjurus kepada agama dan akan ramai orang yang akan memenuhinya.

Ceramah yang bertajuk “Islam, Masyarakat Dan Keselamatan” dimulakan dengan dendangan nasyid anak-anak kecil dari kampung ini.

Kemudian, saya membahaskan di dalam lingkungan agama.

Ahli panel kedua ialah YB Zulkifli Nordin. Beliau membahaskan dari sudut undang-undang.

Antara isi yang saya bahaskan ialah:-

Di dalam Islam, pembentukan keselamatan di dasarkan oleh dua perkara:-

1. rasa kasih sayang
2. amalan amal makruf dan nahi mungkar

Kedua-dua ini penting di dalam mewujudkan perasaan selamat dan menyelamatkan orang lain sama ada di peringkat diri, keluarga, masyarakat, negara mahupun ummah Islamiah.

Antara isi yang dibahaskan oleh YB Zulkifli Nordin ialah:-

Untuk mendapat keselamatan, kita perlu kembali kepada undang-undang yang Allah turunkan.

Program tamat pada pukul 11.30 malam.

Melihat kepada anak-anak kecil yang duduk bersama mendengar ceramah ini, hati saya berdoa:-

“Semoga, anak-anak ini akan melapisi apa yang sedang generasi sekarang perjuangkan. Semoga, hati-hati yang cintakan Islam akan terus bercambah dari sehari ke sehari, amin…”


“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
15 Jun 09, jam 8.30 malam
Program ceramah Kg Tengah Puchong
antara hadirin yang memenuhi tapak ceramah
apabila ada program seperti ini, peniaga-peniaga kecil Melayu Islam kita pun ada peluang mencari rezki untuk keluarga
Islam, Masyarakat Dan Keselamatan, saya membahaskan dari sudut Islam
YB Zulkifli membahaskan dari sudut undang-undang

2 comments:

RocKin_dEviL said...

btol tu ustaz..
skang ni da bosan asek program realiti tv je...


asek nk hasilkn artis2..yg..ntah laaa...
mken lame mken ntah pape tujuan sume mende ni..

pape pn..rindu da lame x dgr kuliah Hadith ustaz..

uwan said...

Sahih ustaz. kita semua memang sudah maklum. sebab itulah negara yang tercinta ini perlu di baikkan dengan pemimpin-pemimpin yang baik. Segala bejatan yang berlaku di depan mata adalah manifestasi kepada apa yang sudah ustaz maklumi. Rasanya tersangat perlu untuk kita renung dan muhasabah dalam hati sendiri... banding-banding, perhati, buka ilmu dan minda, ambik tahu semua perkara tentang PUNCA sesuatu BERLAKU...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...