Saturday, June 20, 2009

Jawapan Pada Persoalan 25

Alhamdulillah, saya sempat melihat berberapa soalan di sini, Cuma, saya dahulukan satu soalan ini untuk dijawab.

aayuirliani assalamualaikum ustaz..saya betul2 dlm masaalah..bantulah saya ustaz..saya tahu bunuh diri itu brdosa tapi apa guna hidup jika tiada yang mahu mdenga. ustaz..boleh saya dapatkan e-mail ustaz?e-mail sayamail bantulah say ustaz..tolonglah bantu saya...tolonglah...tolon, ustaz..jika ustaz tiada masa atu tidak dapat menolong saya..tolonglah..bagi saya seseorang yang dapat membantu segala persoalan dan kekusutan saya in tolong lah saya ustaz..tolong lah saya...tolong lah!!!!

2009-06-20 4:51 AM

Apa yang saya dapat rasakan ialah puan menghadapi satu tekanan yang besar.Puan memang memerlukan tempat untuk mengadu.

Walaubagaimana pun. Apa yang paling besar ialah puan kena cuba memahami bahawa, saya, dan ustaz-ustaz yang ada tetap manusia.

Kami tidak akan mampu menyelesaikan masalah manusia lain. Kami hanya boleh membantu untuk memberikan cadangan apa yang pernah ditunjukkan oleh Allah dan Rasul.

Jika puan mengharapkan kami para ustaz, saya bimbang, puan juga akan kecewa. Ini kerana, para ustaz yang ada juga mempunyai masa yang terhad di atas tugasan yang banyak.

Saya ingin mencadangkan:-

Jika masalah puan mengenai hal rumah tangga, puan boleh bertemu dengan unit kaunseling di Jabatan Agama Islam.

Jika masalah puan mengenai kewangan, puan boleh bertemu dengan unit zakat Jabatan Agama Islam.

Jika masalah puan mengenai tekanan kerja dan sebagainya, puan boleh menghubungi mana-mana kaunselor atau para ustaz, tetapi jangan meletakkan harapan yang tinggi pada mereka. Mereka berusaha sebaik yang mampu tetapi tetap mempunyai kekurangan.

Apa yang terbaik ialah puan rujuk pada Allah. Jika puan boleh membaca al-Quran, puan baca surah al-Kahfi. Surah al-Kahfi mempuyai kelebihan memberikan ketenangan kepada hati manusia.

Jika puan mampu membuat solat malam, bangunlah pada waktu malam dan adukan pada Allah.

Bunuh diri bukan penyelesaian masalah, sebab kita bukannya mati, Cuma berpindah ke alam yang lain. Jika di dunia, masih ada orang yang boleh membantu kita, di akhirat, tidak ada orang yang boleh membantu kita. Semuanya bersendirian dengan amalan yang kita ada.

Email saya ialah muhamadbinabdullah@gmail.com. Tetapi seperti yang saya katakan, saya juga manusia yang tidak mampu menyelesaikan masalah manusia lain. Saya hanya mampu mencadangkan jalan-jalannya.

Untuk soalan email, saya memang mengakui, saya memerlukan masa sedikit untuk menjawab. Ini kerana, saya agak terhad untuk semua tugas. Jika puan memerlukan jawapan segera, hubungi ustaz berdekatan, imam masjid berdekatan ataupun kawan-kawan yang boleh membantu.

Semoga Allah terus membimbing puan, saya dan pembaca sekelian dan dijauhi kita dari bisikan syaitan.

Saya doakan puan agar diberikan ketabahan dan ketenangan serta jalan keluar bagi segala masalah sebesar mana sekalipun. Sesungguhnya, masalah itu dari Allah dan sudah tentu jalan keluar juga hanya Allah yang mampu memberinya.

Wallahualam

Sekian, wassalam

4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz,
untuk pengetahuan ustaz, Puan ayuirliani ini menghadapi masalah rumah tangga.Beliau ada mengadu kpd ustaz saya di blog(saya admin bersama blog ustaz saya tanya-ustaz.blogspot.com)

Menurutnya,beliau telah keluar daripada rumah tanpa izin suaminya.Hal ini disebabkan suaminya ialah seorang yg x solat,berjudi dan hisap dadah.Apa yg lebih menyakitkan hatinya ialah suaminya telah berani membawa perempuan lain ke rumah sambil berzina,sedangkan dia ada dalam rumah.Ibu bapanya tidak mengetahui kejadian yg saya sebutkan menyebabkan mereka memarahi puan ayuirliani(suaminya tu pilihan keluarga).Beliau amat tersepit sekarang ni ustaz aayuirliani@yahoo.com.my ni emelnya yg saya simpan.Kalau-kalau ustaz pun berpeluang follow up dgnnya

Hunny said...

Salam,

Saya cadangkan Puan ayu membuat aduan ke bahagian penguatkuasaan mengenai jenayah syariah atau maksiat yang dibuat oleh suaminya.nombor hotline : 1-800-88-2424. Mengenai masalah rumahtangga, boleh ke Unit kaunseling JAIS, atau ke pejabat agama daerah. Insyaallah, setiap masalah ada jalan keluarnya. Mudah2an Allah permudahkan hidup Puan. Terima kasih.

fesbuking said...

isk isk isk....

tak nak hidup semata2 tak ada orang nak mendengar jer.

Ustaz nie bukan tempat korang lepas perasaan. Ustaz adalah tempat kita tanya hala tuju dan nasihat.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya ada kemusyikilan.. nak tanya apa hukum nya jika suami saya cakap
" takpelah, saya lepas la awak lepas ni "
Kami bergaduh melaui phone krana hubungan jarak jauh. Adakah jatuh talak dgn kata2 tu?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...