Pertama kali saya bertemu dengannya ialah ketika majlis bacaan selawat Nabi yang diadakan di USJ 4 Subang Jaya awal Januari 09. Muhamad Atif adalan anak yatim yang berada di bawah jagaan kita. Dia berasal dari Terengganu
Ketika selesai majlis, saya membacakan doa di dalam bahasa Melayu. Muhamad Atif menangis teresak-esak. Ketika selesai majlis, salah seorang guru kita mendekati dia. Ketika itu hidangan mula dibawa keluar.
"Kenapa mengangis ni?" Tanya salah seorang guru kita.
"Teringat mak lah Ustaz" jawab Atif.
"Ustaz-ustaz…" Tanya Atif tiba-tiba, sambil tangannya menggoyangkan baju guru ini.
Guru kita ini tersentak. "Kenapa?" tanyanya pada Atif.
"Tolong ambil "jemput-jemput" tu ustaz, sedap nampak," kata Atif sambil mengesat air matanya
"Aik, tengah sedih pun boleh hilang bila nampak makan" jawab guru ini sambil tergelak.
Peristiwa kedua yang membabitkan Atif ini ialah ketika dia dan beberapa orang lagi anak-anak yatim ini bermain baling-baling dan terkena cermin kereta jiran lalu pecah.
Dia dan beberapa orang lagi, datang kepada jiran ini dan meminta maaf. Ketika saya datang, jiran ini langsung tidak marah malahan dia mengatakan:-
Taka pa lah, budah ini tak sengaja, lagi pun, dia dah minta maaf"
Sejuk hati saya mendengarnya. Buat salah, pandai minta maaf.
Peristiwa ketiga ialah apabila kakinya tersepit pada pintu bas dan menerima beberapa jahitan baru-baru ini.
"Awak ni macam-macamlah," kata saya padanya ketika melihat dia terlompat-lompat.
"Barangkali, nak jadi ulama besar satu hari nanti dia ni," bisik hati saya.
Walaupun saya tahu namanya, saya suka bertanya:-
"Siapa nama awak ni?"
"Nama saya Muhamad Atif lah…" jawabnya sambil memoncongkan bibir dan mengerutkan dahinya.
Ya.. semoga Atif dan yang lain menjadi insan yang sentiasa berbakti pada agama dan negara satu hari nanti, insyaAllah, amin…
"Mencari Kepulangan Yang DiRedhai"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
24 Jun 09, jam 1.15 pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
2 comments:
hahahaha.. comei budak nie.
nampak macam ustaz amin versi kanak2... hehehe.. (melawak ja noh)
salam semua
melawak untuk menghiburkan orang lain tak salah
tapi melawak membuatkan orang lain saki hati
elok hentikanlah
taceh
Post a Comment