Saturday, April 4, 2009

Universiti Kehidupan 55 - Falsafah Sebuah Kerusi

Cuba perhatikan kerusi di bawah. Apa kelainannya dengan kerusi-kerusi yang pernah kita lihat? Fikirkan sejenak sebelum membaca artikel di bawah.

Adakah kita dapat melihat kelainannya?
Gambar kerusi di atas adalah gambar kerusi di dalam Moscow State Universiti. Apa yang menarik pada kerusi di atas?

Kerusi di atas adalah kerusi pelajar. Di sesetengah tempat, kita masih melihat doktrin sosialis atau komunis di sini. Kerusi yang seseorang duduk adalah meja bagi orang lain. Doktrin sosialis atau komunis adalah semua perkara milik bersama. Tidak ada pemilikan seseorang.

Berbalik pada kerusi ini, seseorang tidak memiliki haknya sendiri. Dia perlu menjaga kedudukannya agar ia tidak mengganggu meja orang lain.

Di sini tidak ada bilik pensyarah secara peribadi. Bilik pensyarah dikongsi beramai-ramai dan diletakkan disudut tepi. Tengah-tengahnya terdapat kelas.

Dari sudut zahirnya ia nampak baik, tetapi apabila tidak ada pemilikan peribadi yang diiktiraf, maka suatu ketika, orang akan malas untuk membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana, jika dia melakukan dengan bersungguh-sungguh sekalipun, keadaannya sama dengan orang yang malas membuat sesuatu.

Kita lihat pula sistem kapitalis. Di dalam sistem ini, pemilikan peribadi diberikan secara total tanpa sepadan hingga pemilikan peribadi menyebabkan seseorang itu akan menindas orang lain, jatuh menjatuh. Orang bawahan tidak diambil peduli.

Satu ketika dahulu, jika dia menjadi tuan tanah dan pekerjanya berkahwin, pada malam pertama tuan tanah dahulu akan meniduri isteri perkerjanya. Sistem begini menjadikan seseorang itu mempunyai rasa keakuan dan hanya mementingkan diri sahaja.

Orang bawahan yang tidak puas hati akhirnya mengambil hak tuannya dengan cara penipuan, dengan cara pembohongan dan sebagainya.

Kita lihat sistem Islam. Ia mengiktiraf pemilikan peribadi tetapi pada pemilikan peribadi itu terdapat tanggung jawab dan hak yang perlu ditunaikan. Di dalam al-Quran Allah menerangkan:-

Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (Surah az-Zariyat ayat 19)

Jika seseorang itu mengambil upah, hendaklah diberikan upahnya sebelum peluh pekerjanya itu kering.

Jika ada untung, maka keuntungannya itu, ada tanggung jawab zakat.

Ada galakan untuk bersedekah, berwaqaf, hibah dan sebagainya. Jika dia senang maka kesenangannya itu akan membuatkannya suka membantu orang lain.


Hak peribadinya juga dijaga dan diiktiraf. Orang tidak boleh ambil tanpa izinnya. Pekerja tidak boleh tipu haknya, pecah amanah, mengambil kesempatan kepada kebaikkannya

Beginilah indahnya sistem Islam. Ia membentuk seseorang mengalirkan kebaikan kepada orang lain. Ia mewujudkan masyarakat yang saling berkasih sayang dan yang lebih penting lagi ialah ia mewujudkan satu suasana semua orang perlu berbuat baik dan mencegah perkara yang memudharatkan sama ada pada individu, masyarakat, negara, malahan ummah sekeliannya.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Fakir Ila Rabbihi Muhamad Abdullah
Putra Heights 4 April 09, jam 6 petang

2 comments:

Ahmad Fadzli Fauzi said...

Salam abang mat, dah kembali ke Malaysia yer, apa nombor telefon terbaru? ini nombor saya 0192709744. sms yer nombor abang mat

ooooooooo said...

salam
post yang menarik
tahniah

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...