Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Thursday, April 16, 2009
Jom Kongsi Pengalaman 34 - Sekitar Suasana Ilmu di Hadramaut Yaman
Alhamdulillah, kesempatan kali ini, kita akan berkongsi suasana pengajian di sekitara Tarim, Hadramaut Yaman. Suasana ilmu dan tarbiah yang hidup menyebabkan hati kita sentiasa rasa mencintai ilmu.
Di hadapan Darul Mustafa, pusat pengajian yang dibangunkan oleh Habib Umar bin Hafiz
Ketika saya ke sini, kebetulan sedang berlalu bulan Rabi' al-Awwal. Setiap malam di setiap masjid di adakan ceramah mengenai mencintai Nabi. Qasidah dan Nazam selawat dilaungkan.
Di sini kedai hanya buka sekitar 4 jam sahaja. Sebelum Zohor sekejap, sebelum asar sekejap dan selepas asar sekejap. Baki mereka akan ke masjid dan duduk di majlis ilmu. Rata-rata masyarakat di sini bermazhabkan Syafie.
Di ruang tamu dirumah Habib Umar. Boleh dikatakan setiap malam akan ada muzakarah ilmu dengan ulama-ulama lain di rumahnya
Selama saya di Hadramaut ini, saya bertamu di rumah Habib Umar. Saya diberikan bilik dan akan mengikut Habib di dalam programnya.
Menziarahi Habib Anis. Dia berpesan kepada saya, "ajarkan anak-anak kamu (anak yatim di bawah jagaan saya) dengan niat sebagaimana kamu ajarkan mereka sembahyang. Ini kerana, niat yang baik perlu sentiasa diulangkan. Setiap perkara bermula dengan niat".
Ribat merupakan pondok pengajian. Di sini terkenal dengan banyak Ribat
Di sini juga ada budaya berforum. Tetapi ahli panel sampai tujuh orang. Cuba bayangkan pukul berapa habis. Tetapi, orang di sini tidak berganjak. Semua menunggu hingga majlis ilmu ini selesai.
Pengajian di masjid-masjid juga hidup. Jika nak ibaratkan, ia seperti di Kelantan. Kebanyakkan masjid penuh dengan majlis ilmu dan qiamullail
Sekitar kota Tarim, Hadramaut
Menziarahi seorang Muallim yang mengasaskan sekolah tahfiz. Tetapi amat daif, lantainya tanah dan bumbungnya hanya jerami. Nasib baik dekat sini sangat kurang hujan. Dari gaya rotan dia yang saya pinjam, macam garang aje Muallim ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan...
4 comments:
Salam Ustaz,
Moga ilmu yang diperoleh dapat disampaikan pada yang ketagih,
agar terlahir umat yang soleh.
alangkah baiknya jika amalan sebegini wujud di M'sia...
ALLAHU...RNDUNYA NK KE SANA...SMOGA ALLAH PERMUFAHKN SEGALANYA..
ALLAHU...RNDUNYA NK KE SANA...SMOGA ALLAH PERMUDAHKN SEGALANYA..
Post a Comment