Tuesday, April 7, 2009

Diari 43 - Inside Mahkamah Tinggi Syariah

Hari ini 7 April 09 jam 9.00 pagi, saya menghadiri tauliah Peguam Syarie bagi negeri Selangor. Seramai 13 orang berjaya memenuhi kreateria dari 80 calon yang memohon.

Senyum-senyum lebar hingga ke telinga menghiasi wajah-wajah. Ketika permohonan dibacakan, ada yang menujukan terima kasih pada suami, ibu, ayah dan keluarga. Nak tergelak pun ada saya tengok, macam anugerah juara pula.

Apa yang agak menyentuh ialah ucapan akhir dari Ketua Hakim Syarie, Yang Arif Tuan Muhammad Khalid bin Shaii. Dia mengingatkan para peguam agar sentiasa memegang prinsip membantu Mahkamah menegakkan kebenaran.

Ini beza prinsip Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Jika sivil, ia tidak diingatkan dengan tanggung jawab ini hingga ada yang membela orang yang salah.

Di Mahkamah Syariah, para peguam diingatkan bahawa tanggung jawab mereka itu bukan sahaja di dunia malahan di akhirati.

Ketua Hakim seolah-olah seperti ayah yang membebel pada anaknya. Di tegurnya kebiasaan yang salah bagi para peguam. Di bebelnya mengenai sikap peguam yang tidak beretika.

Beliau mengingatkan juga mengenai keberkatan terhadap rezeki, jangan tipu orang lain, jangan malas. Ada sesetengah peguam suka menangguhkan pemfailan kes hingga yang teraniaya ialah anak guam mereka.

Berada di dalam dewan 3 Mahkamah Tinggi Syariah tadi seolah-olah berada di kuliah Maghrib di surau atau masjid. Cuma pendengarnya kali ini tergolong dari para peguam dan pengamal undang-undang.

Beliau membawakan kisah dari Ummu Salamah ketika seseorang datang kepada Nabi meminta untuk dihakimi:-

Rasullullah bersabda. “Mungkin ada di antara kamu yang lebih petah berkata dari yang lain dan mungkin aku akan memberikan hak kepada yang lebih kuat hujjahnya sedangkan hak itu bukan haknya. Maka barangsiapa yang mengambil hak yang bukan haknya maka dia telah mengambil bahagian dari api neraka”


Begitulah manusia. Walau sehebat mana pun, dia tetap memerlukan teguran dan ingatan dari orang lain. Dia tetap lemah dan tetap memerlukan bimbingan.

Di akhir kata, Ketua Hakim tetap menekankan tanggung jawab membantu Mahkamah Syariah bukannya membela yang salah. Semoga dengan paduan yang kuat antara Hakim dan Peguam Syarie, maka, wibawa Mahkamah Syariah dapat lebih ditingkatkan meskipun kurang mendapat perhatian dari pentadbiran atasan.

“Diari Seorang Pemusafir”

Al-Fakir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam, 7 April 09 jam 2 petang


Bersama Ustaz Juraish dari MAIS

6 comments:

Leenoh said...

Salam.
Syabas dan tahniah, semoga terus berjaya. Insya Allah.

Anis Hartini Haron said...

eh nie gambar baru ke gambar lama? abg amin dah kurus? tahniah

Anonymous said...

salam...tahniah ustaz!!! -bdk blk 308 moscow-

Hunny said...

Tahniah la Bro!

Ustaz Amin said...

Sama-sama semua, semoga terus berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara

acik jon @ azul said...

tahniah ustaz
ustaz la ni peguam syarie eh
check it out man

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...