Saturday, April 25, 2009

Diari 49 - Perjalanan Tebing Barat

Biar saya ceritakan bagaimana saya boleh berada di al-Quds ini. Ia bermula dengan perkenalan saya dengan Nor Helmee Zainal Abidin, pengarah urusan dari Bil Hikmah Sdn Bhd (www.bilhikmah561.com).

Beliau merupakan bekas kakitangan TV 9. Beliau pernah menjadi pengarah program al-Risaalah pada tahun 2006. Beliau juga merupakan bekas penerbit program Mari Mengaji (TV9) dan Jemputan Umrah (Astro OASIS).

Ketika bersama Al-Risalah TV 9, beliau pernah datang ke al-Quds ini untuk membuat pengambaran bagi program al-Risalah pada bulan Ramadhan.

Pertama kali saya mengenali beliau adalah di Mekah pada Jun 08. Ketika itu, saya bersama program al-Hidayah TV3 dan beliau sedang mengarah dan menerbitkan program Jemputan Umrah Astro OASIS.

Pada ketika itu, kami mulai berbincang mengenai program al-Quds untuk TV. Lapan bulan setelah pertemuan di Mekah ini, akhirnya dengan izin Allah, kami bersama rombongan, menjejakkan kami di bumi suci ini.

Semuanya bermula dengan izin Allah apabila Helmee mengenali Dato’ Yahya Jalil yang memang minat di dalam bidang penulisan al-Quds ini.

Beliau berminat untuk memperbanyakkan kajian dan tulisan mengenai al-Quds. Ia perlu diterbitkan untuk tatapan anak-anak Melayu Islam kita.

Gabungan di antara penulisan dan penyiaran TV, maka Helmee sebagai satu-satunya orang yang pernah mengunjungi al-Quds mengurus dan mengetuai perjalanan ini. Kami terpanggil untuk berkongsi pengalaman bersama rakyat Malaysia dalam bentuk penerbitan program TV dan buku. Begitulah niat yang membawa kami ke sini.

Sesungguhnya pengalaman perjalanan ke sini penuh dengan pengajaran dan suka duka. Semoga nanti program TV yang penerbitan yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga, kita akan semakin mengenali bumi Mi’raj Nabi ini.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Bethlehem 25 April 09 jam 8.20 pagi

Sehari sebelum bertolak, kami bersama-sama bertemu di Madrasah di Petaling Jaya bersama anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah, membaca Quran dan doa munajat bersama-sama agar Allah memberikan keselamatan pada yang tinggal dan yang akan pergi bermusafir.
Dari kanan, Hj Othman, Abang Aziz, Dato' Yahya, Hj Esa, Hj Jaafar, saya dan Helmee. InsyaAllah, banyak yang akan kita kongsikan bersama nanti.

4 comments:

Asohairey said...

Alhamdulillah....perjalanan rombongan tidak melalui sebarang kesulitan. We here are very pleased & happy to see pictures of the group. Semoga rombongan selamat kembali ke tanahair. Salam untuk semua....-Chocho-

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Hidup Helmee!! Chayyok chayyok! Teruskan buat program2 berorientasikan Islam, sebagai alternatif untuk ummah yang semakin diasak dengan kecanggihan teknologi yang merosakkan.

Dentist and Me said...

Alhamdulillah! Gembira lihat semua wajah ceria

Ustaz Amin said...

Suka duka perjalanan insyAllah akan kita kongsikan nanti