Hari ini, 6 April 09, sepagian saya berada di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menguruskan perihal pentauliah Peguam Syarie bagi negeri Selangor. Selepas selesai, saya ke UIAM Gombak untuk menghatar kertas kerja kepada Dr. Najibah, Pensyarah di Fakulti Undang-Undang UIAM.
"Hah Ustaz Mad, bila balik? Tanya beliau.
"Minggu lepas Dr" jawab saya.
"Okey ke kat sana?" beliau menambah.
"Okey aje, Alhamdulillah, saya sempat melihat manuskrip Melayu kat sana", saya memulakan cerita.
Saya mula menceritakan mengenai manuskrip Undang-Undang bertulis bangsa kita Melayu yang terdapat di St. Petersburg.
"Kena kaji tu Ust Mad, boleh minta geran untuk buat kajian tu", Dr Najibah berminat dengan penemuan itu.
Saya masih teringat ketika saya mempunyai kelas bersama beliau di dalam LLM (AIOL), kami pernah membincangkan bahawa orang Inggeris sering menekankan bahawa kita orang Melayu tidak ada undang-undang bertulis. Sebab itu kita perlu menurut undang-undang Inggeris kerana ia lebih kemas dan tersusun.
Satu penipuan. Hasilnya, undang-undang Islam yang memang sebati dengan jati diri orang Melayu juga dipaksa untuk diketepikan.
Saya teringat tulisan Dr. Shaharir Mohamad Zain,dari UKM bertajuk "Penyebaran Orang Rumpun Melayu Pra-Islam dan Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu" mengenai catatan Marco Polo bahawa di Nusantara ini, adanya orang di ‘Malaiur’ itu yang berekor dan ada pula yang makan manusia. Tentang manusia yang makan manusia itu memang terbukti kebenarannya (terutamanya bagi orang Batak masa dahulu), tetapi manusia yang berekor itu satu khayalan Marco Polo untuk merendah-rendahkan orang Melayu.
Mari kita lihat mengenai sejarah bangsa Melayu yang terdapat di dalam tulisan-tulisan yang pernah ditemui.
Mengikut Sulalatus Salatin, atau Sejarah Melayu, karya Tun Sri Lanang pada 1612 masihi, Melayu ialah nama sebuah hulu sungai di Bukit Si Guntang, Palembang, Sumatera.
Walau bagaimanapun, telah terdapat kerajaan lain di merata tempat di Kepulauan Melayu ini menerusi cerita Raja Suran (keturunan raja Sulan) menawan beberapa buah negeri, seperti Gangga Negara (Kedah atau Perak) dengan rajanya bernama Shah Johan, negeri Langgiu (Langkawi atau Riau-Lingga) dengan rajanya bernama Culan.
Dalam catatan Marco Polo, pada abad ke-13 Masehi terdapat perkataan ‘Malaiur’ apabila beliau merujuk kepada orang atau kawasan di antara Selat Melaka sekarang yang dilaluinya.
Mengikut sumber Cina, rekod tertua yang menyebut ada perutusan ‘Mo-lo-yu’, ‘Molo-yoou’, ‘Mo-lo-yeu’, atau ‘Mali-yu-eul’ ke negeri China buat kali ke-5 yang bertarikh tahun 644 Masehi. (Rujuk Liang Liji. 1996. Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ini bermakna, kerajaan Melayu telah ada pada ketika Rasullullah dilahirkan.
Mengikut sumber Cina, pada tahun 435 Masehi sudah ada raja dari Ja-va-da, Javadvipa iaitu Sumatera dan Jawa sekarang, yang bernama Se-li Pa-do-a-la-pa-mo (yang jelas ada perkataan Sri Paduka) yang menghantar utusan kepada maharaja China di Dinasti Sung. (Rujuk Chatterji, B. R. 1967. History of Indonesia: Early and Medieval. Delhi: Meenakshi Prakashan.)
Ada catatan sejarah dari Dinasti Yin pada tahun 17-11 sebelum Masehi yang menyebut adanya orang Cina datang ke Asia Tenggara untuk mendapat kulit kura-kura dan kulit binatang tenuk (Ma lai Mo).
Pada Dinasti Han (abad ke-2M) pula ada catatan tentang penjelajahan orang Cina ke Dungun (Du Yuan, Qu Du Kun/Quan/Qian, dan Du Qun), Pulau Pisang (Pi Zhong), Kedah (Du Yuan).
Pada zaman kerajaan Wu (selatan Cina) abad ke-3 Masehi terdapat kapal besar Cina dinamai ‘Po’ yang menjelajah ke Asia Tenggara. Dalam kurun itu juga dicatatkan adanya kerajaan yang bernama Funan, dipercayai sebuah lagi kerajaan Melayu Purba, iaitu kerajaan Melayu-Kemboja (Khmer Asli) purba yang berpusat di Kemboja Di Kemboja terdapat beberapa tempat dengan penduduk majoritinya orang Melayu, seperti di Kampong Campa, yang sehingga kini dipercayai warisan kerajaan Melayu Campa atau kerajaan Funan itu.
Orang Campa yang berhijrah ke Semenanjung Malaysia beberapa ratus tahun dahulu dapat ditemui dengan agak ramainya di Kelantan, terutamanya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Kenapa kewujudan Kerajaan Melayu ini perlu kita tahu walaupun wujudnya itu sebelum wujdunya Nabi SAW. Saya melihat pentingnya sejarah ini dari tiga sudut.
1. Kita dapat melihat pengaruh Islam di dalam diri orang Melayu. Kita dapat saksikan bagaimana Islamnya Nusantara bukannya satu usaha yang main-main dan tanpa dirancang. Ketika Islam belum dapat mendirikan sebuah kerajaan di Nusantara ini, sebenarnya telah banyak wujudnya komuniti Islam di Nusantara.
Manuskrip yang saya lihat di St. Petersburg adalah satu contoh bagaimana Islam telah mempengaruhi jati diri orang Melayu. Tidak ada unsur Hindu atau Budha di dalam tulisan ini.
2. Kita dapat lihat bagaimana Islam mengiktiraf adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Sebagai contoh, pembahagian harta sepencarian di dalam budaya Melayu. Ia satu adat yang diiktiraf di dalam Islam hingga kita menerimanya sebagai salah satu pembahagian harta. Orang Arab tidak ada adat ini dan tidak ada pembahagaian harta sepencarian di dunia Arab.
3. Apabila kita dapat membuktikan bahawa Islam telah ada di dunia Melayu lebih awal dari yang di sangka, maka ia akan menguatkan lagi bahawa hukum Islam bukannya asing bagi kita orang Melayu dan ia merupakan jati diri orang Melayu.
Orang barat berusaha mengatakan bahawa Islam itu lambat datang ke Nusantara agar kita dapat menerima undang-undang mereka. Ini yang mereka mahu.
Apabila kita mengaggap undang-undang Islam itu kecil, maka segala rangkanya kita tolak dan kita ambil mana yang perlu. Akhirnya, Islam dapat di ceraikan asasnya. Akhirnya, orang kurang faham apa itu Islam dan akhirnya, Islam itu akan diamalkan sebahagian dan akhrinya mereka bercita-cita agar Islam itu tidak akan bangkit kembali.
Tetapi, janji Allah itu tetap muktamad. Akhir Zaman, sebelum kiamat, Islam pasti akan gemilang kembali. Sehebat mana perancangan mereka yang cuba menggagalkan janji ini, ia tetap tidak dapat menahan janji Allah.
Sesungguhnya, kita sedang memerhatikan kebangkitan Islam di seluruh pelusuk dunia. Anak-anak muda yang mula bangkit untuk Islam. Berjuang di dalam seluruh bidang dan keperluan Muslim. Mudah-mudahan kita menjadi bahu yang memikul dan bukannya mata yang semata-mata memandang sahaja.
"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Putra Heights 7 April 09, jam 1.45 pagi.
Prof. Dr. Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara peringkat dunia dari University of St. Petersburg
Beliau menunjukkan kajian terhadap manuskrip Melayu yang telah diterjemah ke dalam bahasa Rusia iaitu kitab Sulalatus Salatin, atau Sejarah Melayu
Beliau menunjukkan kepada saya mengenai kajiannya terkini iaitu satu manuskirp mengenai undang-undang bertulis bangsa Melayu
9 comments:
dah semakin merapu dah.
merapu?
Assalamualaikum..
kepada tuan shahabudeen,
saya berpesan pada diri saya dan pada saudara , agar cuba menunjukkan adab seorang muslim.
perangai anda tidak menunjukkan anda sebahagian dari muslim.
muslim itu punyai adab , punyai akhlak.
saya berharap agar ustaz menapis komen2 tidak beradab seperti ini, menjadi tetamu di tempat orang tetapi tiada akhlak sebagai tetamu.
lorr.. bagi pandangan pun salah. Apa yang langgar adapnya. bukan mencarut. Buta ke En. Husain.
Apa itu adab seorang muslim ?
angguk apa saja yang ustaz kata walaupun salah dan merapu ?
Saya bercakap berdasarkan maklumat yang kukuh bahawa ustaz amin bercakap atas dahan yang rapuh. Sebelum dia jatuh, lebih baik saya pesan daripada dok jadi kaki ampu macam korang semua.
assalamualaikum..
saudara shahabudeen jalil, apakah maklumat yang kukuh tu. share la...
Saya akan cerita sendiri kat Mat.
Salam.....
Cuba layari blog ini..........
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com
hahhaa.. tu blog yang lagi merapu.
blog tu dah lama.. penuh blog tu dengan penipuan.
salam ustaz
moga usaha ustaz ini akan mendatangkan hasil di kemudian hari kelak, bukannya mudah untuk mencari asal usul orang melayu sejak beratus-ratus tahun yang lampau sewaktu era nabi junjungan kita; tapi insya allah berkat usaha ustaz yang tidak pernah kenal erti penat lelah harap membuahkan hasilnya nanti amin
Post a Comment