Saya menaiki Metro berhenti di stesyen Prospekt Vernadskogo. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Ketika kami keluar dari stesyen, Dr. Tatiana telah mengunggu kami.
Dr. Tatiana mengajak saya ke kedai buku, dia menghadiahkan kami sebuah CD muzik tradisional Rusia. Kemudian dia membawa kami ke kedai-kedai makan
Kami berjalan keluar dan menuju ke apartmentnya. Kami masuk ke rumahnya. Rumahnya penuh buku.
Helmi membisikkan sesuatu kepada saya
“Kalau ahli akademik tu orang lelaki, mesti dah bersepah rumah ni”
Helmi
“Syyt,” kata saya.
Dr. Tatiana menjeling kami. Saya melemparkan senyuman kepadanya. Rupanya dia terdengar perbualan kami.
“Orang lelaki bersepah bukunya sebab dia betul-betul baca. Orang perempuan sama ada dia memang orang yang suka mengemas atau dia kurang membaca” , Beliau menelah sinis sambil tersenyum.
“Duduk dulu ye, saya ke dapur sekejap.”
Dr. Tatiana tinggal bersama ibu mertuanya. Umur ibu mertuanya hampir 80 tahun.
Dahulu, saya pernah berfikir bahawa di Rusia, sistem kekeluargaan sama macam orang barat. Rupanya, sistem kekeluargaan di sini lebih kuat dari barat.
Orang di sini masih menghormati ibu dan ayah. Anak murid saya selalu bercerita mengenai ibu dan ayah mereka. Menurut anak murid saya di sini, amat jarang orang meletakkan ibu dan ayah ke rumah orang tua.
Jika seorang anak menjadikan ayahnya sebagai idola, maka sistem kekeluargaan sesebuah keluarga itu memang baik. Tetapi, jika seorang anak tidak hormat ibu dan ayahnya maka, kita dapat tahu bahawa sistem kekeluaragaan sesebuah keluarga itu dalam masalah.
Dr.Tatiana menjaga ibu mertuanya dengan baik. Mereka nampak mesra. Petang ini, dia akan pergi pula ke rumah anaknya untuk membantu menjaga cucunya. Pada petang ini, anaknya ada perkara yang ingin diuruskan.
Saya bertanya mengenai kekeluargaan pada Dr. Tatiana. Beliau mengatakan bahawa seorang ibu akan mendapat cuti bergaji untuk setahun bagi bersalin. Seterusnya, jika ibu itu ingin menyambung cutinya, dia dibenarkan untuk cuti tanpa gaji selama dua tahun.
Hampir tiga jam saya di rumahnya. Macam-macam topik yang dibincangkan. Di akhir pertemuan, Dr. Tatiana sempat bertanyakan saya beberapa penggunaan bahasa Melayu. Beliau dan Dr Yufgenia sedang menyiapkan kamus Bahasa Malaysia- Bahasa Rusia.
Saya meminta diri untuk pulang. Beliau menghantar saya hingga ke stesyen Metro.
“terima kasih banyak-banyak ye” katanya.
“Panjang umur jumpa lagi,” saya menyambung.
Hari ini merupakan hari akhir saya di
Selama beberapa ketika saya di sini, banyak pengalaman yang ditimba, banyak perkara yang saya jumpa.
InsyaAllah, dalam tiga minggu dari sekarang, saya akan mengembara ke satu tempat lagi yang juga akan membongkar perkara yang jarang didengar. Saya terlibat dengan satu program yang akan kita kongsikan nanti.
Sesungguhnya, perjalanan Universiti Kehidupan ini satu perjalanan yang tidak berpenghujung. Semakin banyak yang
Di dalam ilmu tasauf ada ungkapan,
“Sesiapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhannya”
Inilah pentingnya mengenal diri. Orang yang tidak mengenal diri akan lupa diri. Dia lupa Tuhan. Dia lupa hormat orang lain. Dia lupa kelemahan dirinya. Tetapi yang mengenal dirinya, akan sentiasa bergantung harap pada yang Esa. Kekurangannya tidak mendatangkan kecewa, kelebihannya tidak mendatangkan sombong.
Semoga kita semua dibimbing oleh Allah, badan mesra dengan manusia, hati rindu pada yang Esa.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad Abdullah
308, Hostel Kahovskaya Moscow Medical Academy
1 April 09 jam 2.15 pagi
No comments:
Post a Comment