Thursday, April 16, 2009

Jawapan Pada Persoalan 19

Alhamdulillah, pada pagi ini, dapat kita sama-sama bermuzakarah mengenai persoalan yang dibangkitkan. Semoga ada kebaikan untuk diri saya dan semua.

?hafiz ustaz,bolehkah kita percaya kepada novel mastika 2009-04-08 4:04 AM

+ kisah jin dan syaitan memang ada. Cuma jika cerita itu bertentangan dengan Quran atau hadith, maka hendaklah dijauhkah

? hafiz ustz ape yg dimaksudkan perempuan dan perempuan bukan islam....... 2009-04-08 7:35 AM

+ Saya kurang jelas soalan ini, harap boleh Tanya kembali.

? hafiz ape yg dimaksudkan ajnabi....... 2009-04-08 7:35 AM

+ maksudnya orang asing. Jika di dalam istilah feqh munakahat, ia bermaksud perempuan yang boleh dikahwini.

? kesuma ustaz, apa pendapat ustaz mengenai boikot produk2 spt mcd,starbucks etc..perlukah? 2009-04-08 9:17 AM

+ Jika ada pilihan makanan lain, maka memang patut.

? nadia bilakah fidyah harus dibayar? 2009-04-10 3:31 AM

+ Fidyah mesti ditunaikan dalam keadaan
i. mampu
ii. ada fakir atau miskin yang layak menerima

? Guest assalamualaikum..sy mmpunyai mslh hati yg amt brt.sy skr mgucp klmh syahadat dgn btl d hti sdgkn lfz mlt smprna.apkh yg sy ptt lkukn pdhl sy x sngaja 2009-04-10 5:47 PM

+ Tidak mengapa, yang penting apa yang kita sebutkan itu, hati kita tahu maksud sebenarnya

? Guest assalamualaikum..sy ingin brtanya pada ustaz, apakah yg dmaksudkn dgn hukum pertandingan dlm muamalat islam n buku atau risalah apa yg sy boleh rujuk? 2009-04-11 6:12 PM
+ Buku rujukan di dalam bahasa Melayu yang boleh saya cadangkan ialah "Irsyad al-Hukum" himpunan fatwa mufti Brunie. Di sini banyak membahaskan mengenainya.

? mawaddah salam...ustaz nak tanye skt...boleh ke kalau kita mkn sepinggan dengan non-muslim? 2009-04-12 2:45 AM

+ ada berberapa perkara yang perlu diperhatikan. Jika keempat ini dapat diperhatikan maka harus hukumnya.

1. Niat kena betul seperti untuk rapat dengan dia supaya dapat berbicara mengenai Islam.
2,. Perlaksanaan kena betul. Jangan lain jantina
3. Mengambil kira keadaan setempat, jangan buat jika ia menimbulkan fitnah.
4. Bekas jangan dari yang syubhat, iaitu bekas yang mungkin pernah digunakan untuk barang najis yang tidak dibasuh dengan sempurna.

? Guest Salam. Ustaz, apakah hukumnya seorangperempuan menyanyi sedangkan dlm Islam, azan pun perempuan x boleh buat? 2009-04-13 2:32 AM

+ Jika sesama perempuan, tidak menimbulkan fitnah dan lagu itu tidak melalaikan maka harus.

? guest ustad kalau die rase die murtad adekah die kne cari 3org saksi untuk mengucap atau kita mengucap sndiri 2009-04-14 2:17 AM

+ Cukup dirinya sahaja

? Guest assalamualaikum ustaz.ape beza solat jamak dengan qasar 2009-04-14 12:07 PM

+ Jamak menghimpunkan solat, qasar memendekkannya

? Guest assalamualaikum ustaz.saye pernah dengar yg ketua PAS nik aziz pernah kate allah mencarut jadi kite pon boleh mencarut.jadi boleh ustaz bahaskan tak 2009-04-14 1:28 PM

+ Kadang kala, cara penyampaian seorang guru pada anak murid setempatnya sesuai, sebagai untuk memudahkan anak muridnya faham dengan penggunaan bahasa setempat yang lebih ringan. Tetapi, apabila dipindahkan kenyataan ini ke umum, maka ia menjadi masalah.

Jika tuan ingin tahu lebih lanjut, ziarah sendiri dan tanya sendiri dari tuan punya diri, apa yang beliau maksudkan.

Semoga menepati kehendak soalan. Jika ada yang masih kurang jelas, bolehlah bertanya kembali


"Hidupnya Ilmu Dengan Muzakarah"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights 16 April 09, jam 1.05 pagi

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...