Thursday, April 9, 2009

Sekilas 19 - Generasi Ketiga

Seorang guru sekolah rendah berumur 30an ditahan kerana membaling mercun serta botol minuman ke arah polis dalam rusuhan selepas perlawanan separuh akhir Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed IV di sini, malam kelmarin.
Seorang pelajar politeknik juga ditahan kerana membaling botol minuman ke arah polis. Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah juga ditahan bagi kesalahan yang sama.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, berkata ketiga-tiganya kini direman dua hari bermula semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148, 425 dan 332 Kanun Keseksaan.

Cuba kita lihat tiga generasi di atas. Generasi murid sekolah, generasi pengajian tinggi dan generasi guru. Masing-masing ditahan kerana membuat rusuahan.

Bagaimana masa depan negara jika begini sikap para pelapis yang ada.

Sesebuah bangsa boleh dibahagikan kepada tiga generasi. Generasi pertama, iaitu golongan yang berumur 40an ke atas. Generasi kedua iaitu golongan yang berumur 20 hingga 39 tahun dan generasi ke tiga iaitu orang yang berumur 1 hingga 19.

Generasi ke pertama, mereka yang sedang mentadbir negara. Generasi kedua golongan yang membantu generasi pertama dan berhubung langsung dengan generasi ketiga. Generasi ini akan menggantikan generasi pertama nanti. Generasi ketiga adalah tunas dan akan menggantikan generasi kedua.

Peristiwa di Stadium Kota Bharu memberi masej mengenai keadaan generasi ketiga (pelajar sekolah) dan generasi kedua (guru) yang pincang akhlaknya. Bayangkan 10 tahun lagi jika generasi ini mengganti generasi pertama.

Walaubagaimana pun, jika kita mahu jujur, adakah generas pertama menunjukkan satu contoh yang baik pada generasi bawah mereka.

Bukankah mereka juga memaki? Bukankah mereka juga di dalam Dewan Parlimen mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap di dengar, bukankah mereka menunjukkan gemgaman penumbuk dan mahu menyepak orang lain di dalam Dewan Undangan Negeri?

Jika ini berlaku, bukankah orang Melayu mempunyai kata-kata hikmah yagn berbunyi "jika ayah kencing berdiri, anak kencing berlari".

Bagaimana nak selesaikan masalah ini?. Jika Rasullullah ada, sudah tentu baginda dapat menyelesaikannya dengan mudah.

Cara yang paling baik adalah balik pada agama. Hayati agama dan fahami agama. Ia tidak cukup sekadar tahu. Tahu tidak sama dengan faham. Orang tahu jika tidak faham tidak akan mengamalkan agama.

Mana nak dapatkan agama?. Progam di TV, jauh sekali. Berapa jam sahaja rancangan agama dibandingkan dengan rancangan yang melalaikan. Sebab itu, jangan pelik jika anak muda juga lebih banyak lalai dari yang baik.

Dari drama? Kebanyakkannya mengenai bergaduh. Jika ada cerita yang akhirnya menjadi baik, 80% bermula dengan bertengkar dan bergaduh. Anak muda boleh meniru skrip bergaduh dari mereka. Jika ada yang agak baik, ditonjolkan pula mengenai pari-pari dan amalan karut yang boleh memesongkan akidah.

Dari Radio? Berapa banyak radio yang mendidik akhlak.

Dari masjid dan surau? Bagaimana jika masjid juga menjadi medan pertempuran untuk merebut jawatan nazir dan ahli jawatan kuasa.

Dari sekolah? Bagaiman jika guru juga ditangkap kerana merusuh. Guru sekolah agama juga memaki dan mengeluarkan kata-kata keji pada anak murid.

Di blog? Berapa banyak blog para ustaz juga mencaci dan mengeji orang lain tanpa iktibar yang ditonjolkan.

Di Dewan Parlimen? Cuba lihat di "you tiub" keadaan di dalam Dewan Parlimen kita, yang mahu bertumbuk, yang mahu menendang, yang memaki.

Yang mahu berjinak dengan halaqah-halaqah ilmu dan akhlak pula, akhirnya membawa pada taksub guru dan banyak juga yang akhirnya membawa pada kesesatan.

Yang mahu berjinak dengan majlis ilmu pula, asyik mendegar para ustaz yang saling salah menyalahkan orang lain dengan kata orang sana sesat, kata orang sini bid'ah, kata program itu tak betul, sedangkan dia sendiri tidak menunjukkan program alternatif yang mendidik masyarakat.

Mana dan dimana? Mari kita bincangkan.

Akhirnya saya membisikkan pada diri ini. Ya Allah, kasihanilah kami semua. Ramai yang nak menjadi baik tetapi tidak mampu untuk berbuat demikian. Bejatnya keadaan akhir zaman ini. Tanpa bimbingan dariMu, kami tidak mampu untuk merubah keadaan, hatta diri kami sendiri. Cuma hanya satu sahaja, semoga sedikit niat untuk menjadi hamba yang taat Kau bantu dan rahmati kami.

"Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights 9 April 09 jam 8.30 pagi

3 comments:

Leenoh said...

Salam.
Ya betul, pendidikan belum sempurna sekadar mengetahui sahaja.
Pendidikan perlulah merangkumi sekurang-kurangnya pada tahap atau situasi mengetahui, memahami, mengamal dan menghayati. Kalau kurang daripada tahap tersebut akan menjadi ilmu di hujung lidah tanpa penhayatan.
Mauduk ini sangat bermanfaat dan baik untuk dibawa berbincang.

Anonymous said...

Salam.
Terfikir juga oleh saya saat ini, 3G yg menjadi kemasyhuran bg teknologi telefon bimbit ada perkaitan dgn 3G (GLORY,GOSPEL,GOLD)hasilnya kita memiliki tiga generasi yg terbabit dlm rusuhan bola di KB. Itulah salah satu hasil penjajahan pemikiran dan sikap oleh Barat.

Shahabudeen Jalil said...

hehehe..

orang macam tuan anonymous nie.. tengok bendang padi pun kata ada unsur kristian.. sebab ada bentuk macam palang salib..

maka kita kena buat sawah padi bulat la.. he he he.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...