Saturday, April 4, 2009

Jom Kongsi Pengalaman 33 - St. Petersburg

Saya masukkan kembali entri ini kerana "Jom Kongsi Pengalaman 33" baru-baru ini hilang. Semoga kita dapat berkongsi pengalaman di sini.

Saya sampai ke sini pada 28 Mac 09, Sya menaiki kereta api dari Moscow. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam
Jika hendak dibandingkan dengan Moscow orang di sini lebih ramah lagi.Bandarnya juga lebih tersusun. Gambar ialah pemandangan di dalam steyen kereta api.

Saint Petersburg adalah bandar terbesar di Rusia selepas Moscow. Ia dinamakan sempena pengasasnya Tsar Peter (I). Ia pernah dinamakan Petrograd pada tahun 1914 kemudian diberi nama Leningrad pada tahun 1924. Ia dinamakan kembali Saint Petersburg setelah kesatuan Soviet pecah.
Saint Petersburg merupakan pusat pemerintahan Rusia ketika di zaman Tsar. Ia telah diletakkan dimasukkan ke dalam senarai Warisan Dunia oleh UNESCO. Gambar ialah patung Gogol. Nama penuhnya ialah Nikolai Vasilievich Gogol seorang sasterawan Rusia yang banyak menulis novel. Lahir pada 1 April 1809

Kazan Cathedral merupakan gereja Orthodox di jalan Nevsky Prospekt, jalan utama di bandar St. Petersburg

The Peter and Paul Fortress merupakan kota asal pertahanan di Saint Petersburg, dibina oleh Peter the Great pada 1703. Peter merupakan pemerintah yang memerintah Rusia dari pada tahun 1682 hingga 1696. Peter membawa budaya barat ke Rusia.
Terusan Griboyedov. Ia dibina pada tahun 1739. Dahulunya ia dikenali dengan nama Terusan Catherine mengambil sempena nama Catherine the Great

Catherine the Great merupakan Tsarina Rusia yang memerintah Rusia selama 34 tahun bermula dari tahun 1762 hingga 1796.

Pada pemerintahan komunis, ia dinamakan sebagai Terusan Griboyedov mengambil sempena nama seorang diplomat Rusia Alexander Griboyedov
Sungai Neva. Pada ketika ini, sungai ini beku
Institut Ketimuran yang menyimpan 13 manuskrip Melayu.
Gereja Savior on Blood. Perkataan darah di sini merujuk kepada pembunuhan Alexender (ii) Rusia dibunuh pada 1881 di sini. Ia pernah ditutup pada awal tahun 1930 di zaman Soviet. Ketika perang dunia kedua meletus, ia dijadikan gudang menyimpan makanan.
Metro di sini menggunakan coin berbanding dengan Moscow yang menggunakan kad

Dekorasi dalaman di Metro yang seakan hotel 5 bintang

Air beku di dalam corong

Bandar lama St. Petersburg. Di sini terkenal dengan dua peristiwa.
1. Peristiwa Bloody Sunday, 22 Januari 1905, satu demonstrasi aman berakhir dengan tragedi berdarah apabila pihak keselamatan menembak mati para pengunjung.

2. 7 November 1917, Lenin yang memimpin komunis menggulingkan pemerintahan Nasionalis Alexender Karensky.

Karensky digulingkan kerana keengganannya menarik diri dari perang sedangkan Lenin dan parti Bolshevik menawarkan memenuhi keperluan rakyat dari sudut tanah, makanan dan perdamaian.

Nikolai II, Tsar terakhir Rusia, yang turun tahta kerana dianggap lemah.

Tasr dan seluruh keluarganya dipenjara setelah Revolusi Bolshevik tercetus. Setelah revolusi ini, maka Rusia memasuki era Komunis.



Tarik kereta.


Taman yang beku

Beginilah keadaan orang yang mabuk.
Di sini, anjing juga memakai baju sejuk

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...