Tuesday, April 14, 2009

Sekilas 22 – Isu Orang Kafir Membaca al-Quran (2)

Hadith Nabi saw menyatakan:-

"Lenyapnya ilmu itu kerana lupa, dan rosaknya ilmu itu apabila yang membahaskan bukan dari ahlinya"

Jika kita mahu memerhati sekeliling kita, kesihatan itu milik semua orang, tetapi adakah setiap orang itu layak untuk membahaskan kesihatan?

Jika orang yang bukan ahli membahaskannya, nanti kita akan jumpa berbagai pendapat mengenainya. Saya pernah berbual dengan seorang yang mengidap penyakit batu karang. Kawannya berkata dengannya:-

"Ubat batu karang ini senang aje, minum air sabut kelapa"

Ketika dia membuat seperti apa yang disarankan, sakit tidak hilang, tambah sakit perut dan muntah-muntah pula.

Semua kita ada kereta dan setiap orang ada pengalamannya sendiri mengenai kereta. Tetapi tidak semua orang layak untuk membetulkan kereta. Jika orang yang bukan ahlinya membetulkan kereta, itu yang jadi kes kereta terbakar kerana wiring yang dibuat tidak betul.

Kita masih ingat sebuah kereta meletup kerana menggunakan tong gas memasak yang diubah suai untuk keguaan gas NGV.

Kenapa perkara seperti di atas boleh terjadi? Kerana yang mengodehkan bukan dari ahlinya.

Begitu juga dengan agama. Ia milik semua orang dan semua orang boleh mengamalkan agama. Tetapi apabila membahaskannya, sudah semestinya ia perlu dari ahlinya.

Jika tidak, maka kita akan melihat orang yang membahaskan agama dengan pincang dan boleh mengelirukan.

Kita berbalik pada isu orang kafir membaca al-potongan ayat Quran. Di dalam membahaskan isu ini, ada beberapa persoalan yang boleh dibangkitkan di dalamnya.

Bagi orang kafir itu sendiri, boleh atau tidak? Pada saya ia terpulang kepada niat. Jika niatnya untuk lebih memaham Islam, ia tidak mengapa. Tetapi jika niatnya untuk memancing undi, ini tidak boleh.

Niat pula soal hati. Tidak ada siapa yang tahu. Sebab itu, untuk mengesahkannya perlu ada gabungan pandangan ahli feqah dan pandangan ahli dakwah seperti yang kita bincang semalam.

Pandangan ahli feqah yang keras akan menyentaknya. Nanti dia akan tahu bahawa ia bukan satu yang boleh dimain-mainkan.

Dari kejutan keras para Mufti kepada YB DAP tempoh hari menyebabkan dia mengulas kembali bahawa tujuannya ialah untuk cuba mendekati Islam. Betul atau tidak, itu kita tidak tahu. Tapi, respons itu lahir dari sentakkan keras fatwa ahli feqah.

Bagi ahli dakwah pula, ia memainkan peranan untuk menerangkan Islam hasil kecutnya hati mereka ini.

Saya melihat, gabungan di antara kedua-dua fatwa ini amat baik. Cuba lihat rentetan peristiwa ini.

YB DAP membaca al-Quran
Fatwa Ahli Feqah yang keras
YB DAP rasa tersentak dan mula mengatakan dia mahu memahami Islam
Fatwa Ahli Dakwah datang dengan pujukan, "jika mahu memahami Islam maka begini dan begini…"

Saya yakin, peristiwa ini bukan terjadi dengan kebetulan. Sengaja Allah jadikan peristiwa ini untuk orang kafir lebih terbina jembatan mendekati Islam. Mana tahu, satu hari nanti, orang Cina dan India yang berpolitik itu masuk Islam. Ini tidak mustahil. Seluruh dunia kebangkitan ini sedang berlaku. Ramai orang kafir telah mula kembali kepada Islam.

Yang mengeruhkan keadaan ialah apabila ahli siyasah (ahli politik) yang tidak ada kefahaman Islam memainkan isu ini.

Terjadilah sindiri menyindir dan kata mengata. Semalam saya terdengar satu sindiran,

"Hah, Jumaat nanti biar orang cina kafir tu baca khutbah!"

Yang mengata hati puas, yang dikata hati sakit, tetapi puas dan sakit tidak memberi keuntungan pada diri sendiri dan pada Islam.

Jadi, dalam bab agama, lihat orang agama yang membahaskannya. Yang masih kurang, hati-hatilah di dalam mengulas.

Agama bertujuan untuk mendekatkan kita pada Allah. Jika dengan membahaskan semakin jauh kita dengan Allah, semakin sombong kita, semakin memandang rendah orang lain, semakin tidak berakhlak, maknanya, cara kita bahas adalah tidak bertepatan.

Platform parti tidak masuk ke kubur. Yang masuk adalah amalan. Sebab itu, jadikanlah platform parti itu ladang untuk amalan.

Beramal untuk mendekatkan diri, keluarga, masyarakat, negara dan ummah pada Islam.

Kita pasti akan ke bawah walau setinggi mana keduduakan kita hari ini. Amat malang orang yang pernah ke atas tidak lahir amalan. Ketika dia di bawah, amalan tidak banyak. Amat rugi golongan seperti ini.

Betulkan niat, jika niat kita sama, pasti akan bertemu jua, jika tidak di dunia, insyaAllah di syurga.


"Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights 14 April 09, jam 8.30 pagi

11 comments:

Shahabudeen Jalil said...

kat mesia nie.. ramai yang kononnya 'ahli' dalam bidang agama pun tak ahli-ahli juga..

pergi mesir belajar bahasa arab, balik malaysia dok ceramah dan jawab soalan syariah dan hukum hakam. Tak tau jawapan pun.. dia pakai hentam keromo jer... orang-orang kampung pun ikut la..

Ustaz kata .. bergantung kepada niat.. tapi kenyataan ustaz lepas tu seolah-olah prejudis pulak kat wakil rakyat Cina tu..

Kalau dah kata bergantung pada niat.. kena neutral la dalam hal ini.

Tapi apa pun, tahniah la kat ustaz.. artikel sekarang dah semakin matang... tak macam budak2 macam yang sebelum2 nie..

Macam tulisan terbaru nie pun.. banyak contoh2 yg mudah faham. Ini satu peningkatan.

Jangan dok dengar sangat pujian2 atau bodek2 dari orang-orang lemah pemikiran dalam blog nie.

Teruskan perjuangan.. kalau ada tak betul, saya tetap akan tegur. Jangan harap nak dibiarkan.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam Ustaz,

Teruskan memberi pesaanan yang baik2.

alibaba said...

Hadith Nabi saw menyatakan:-

"Lenyapnya ilmu itu kerana lupa, dan rosaknya ilmu itu apabila yang membahaskan bukan dari ahlinya"

hadith ini mana sumbernya? apa pangkat? Penting ustaz agar tidak terjatuh dalam dosa besar mereka/meriwayat hadith palsu dalam keghairahan mendapat pahala tazkirah.

Ustaz Amin said...

Hadith dari Abdullah bin Said, dari Abu Usamah bin A'masyh, dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah saw

"Aafatul Ilmi Nisyanun, Wa Idhaatuhu an Tuhadditha bihi ghaira ahlihi."

Hadith riwatay ad-Darimi, satatus hadith Marfu' lin Nabi saw.

InsyaAllah, saya tahu amanah ilmu dan saya cuba menjaganya.

Saya juga pernah menjadi orang yang semangat hinggalah seorang guru saya dari Mesir mengajar saya erti tawadhuk.

"barang yang kita tidak jumpa bukan bermakna tidak ada"

Terima kasih kerana memberi pesanan dan sama-sama terus menjadi orang yang amanah dan tawadhuk pada ilmu.

Shahabudeen Jalil said...

yep.. dalam komen yang pertama tu.. saya tertinggal komen mengenai sumber hadith.

Ustaz main letak jer hadith tanpa meletakan sumber. Kalau boleh letakkan sumber. Artikel anda akan menjadi lebih berkualiti.

Sumber bukanlah bermaksud ustaz translate hadith tu jadi huruf rumi. Sumber tu maksudnya, hadith tu ada dlm kitab apa dan apa.. kalau yang bagus, letak bahasa arab. Kalau tak tahu letak. Belajar.

Kepada Alibaba.. tahniah. Kita perlukan ramai orang seperti saudara. Bukan tukang2 angguk dan ampu seperti dalam blog ini.

alibaba said...

terima kasih ustaz..walaupun marfu' tu belum lagi status hadith tp dah boleh rasa tenang sikit sbb ini bab galakan dan kelebihan bukan akidah dan ahkam..tak timbul pasal takabbur dan tawadhu' di sini..hanya lontaran soalan..terima kasih. terus menyumbang smg diberi tewfiq dan kemudahan.

alibaba said...

sedikit semakan yang dibuat didapati hadith ini berbunyi :

" آفة العلم النسيان وإضاعته أن تحدث به من ليس له بأهل "
terjemahan : rosaknya ilmu kerana lupa dan sia-sianya apabila engkau menyampaikannya kepada orang yang tidak layak menerimanya"
hadith riwayat aldarimi dan ibnu abi syaibah secara marfu' ( sanad kpd Nabi saw ) tapi Mu'dhal ( dhaif kerana terputus 2 rawi berturut2 ) > dalam sihah al jawhari hadith ini mawquf ( sanad pada sahabat shj ) pada Ibn Masuud.
Kesipulannya hadith ni boleh pakai untuk tujuan nasihat-menasihati..cuma terjemahan bhgn kedua hadith ini kena betul dengan nas asal dalam dhabt al hadith. rujuk : Syarh al jami al saghir/al munawi, Faidh al Qadir, syarh mirqhatul masabih/almubarakfuri.

Shahabudeen Jalil said...

terima kasih alibaba ?

Ustaz Amin said...

Alhamdulillah, yang saya jumpa

أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنِ الْأَعْمَشِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

آفَةُ الْعِلْمِ النِّسْيَانُ وَإِضَاعَتُهُ أَنْ تُحَدِّثَ بِهِ غَيْرَ أَهْلِهِ

Shahabudeen Jalil said...

dah jumpa tu.. bagila maksudnya skali..

Anonymous said...

akum..maaf menyampuk..kpd saudara shahabudeen dan alibaba...saya rasa anda berdua adalah dari golongan yg cerdik pandai...banyak yg anda dapat menditilkan artikel2 disini...bagus..ttp..dari banyak2 komen yg anda tulis... saya yg tak berapa pandai ni rasa seolah2 anda semacam nak menjatuhkan us amin...tidak salah untuk kita menegur dan berbincang...ttp mestilah dengan cara penulisan yg lebih baik..soalan hendaklah berkonsepkan membina dan menegur...bukan mencabar menduga atau menjatuhkan maruah...saya tertarik dengan tulisan saudara shahabudeen "pergi mesir belajar bahasa arab, balik malaysia dok ceramah dan jawab soalan syariah dan hukum hakam. Tak tau jawapan pun.. dia pakai hentam keromo jer... orang-orang kampung pun ikut la.."..saya tak tahulah siapa yg dimaksudkan atau siapa yg anda sindir...saya tak tahu anda blajar kat mana...tapi setahu saya mesir adalah lubuk ilmu..tidak semestinya jika seseorang itu pegi blajar kuliah bahasa arab dia tidak pandai bidang lain..blajar bahasa arab itu kuliah wajib...yg kelas2 lain yg bersepah kat mesir tu buat apa?tulisan anda menunjukkan anda memperkecilkan org lain..apa2 pun saya bersyukur krn semua ini menunjukkan Allah itu maha berkuasa..menciptakan pelbagai jenis manusia...