Tuesday, April 21, 2009

Diari 46 - Semester Baru Universiti Kehidupan

Dalam dua hari ini, agak suntuk masa dengan tugasan yang ada. Menguruskan perkara-perkara yang ingin ditinggalkan sementara.

Apa yang penting, mudah-mudahan ia menjadi amalan. Tidak ada makna masa berlalu tanpa jadi amalan.

Fasa kedua pula, mudah-mudahan amalan kekal pahalanya. Ini kerana, ada orang yang berjaya berbuat amalan, tetapi amalannya dirosakkan dengan perkara lain.

Sesungguhnya berbuat amalan itu payah, lagi payah ialah mengekalkan amalan itu.

InsyaAllah, pada malam ini, jam tiga pagi saya akan berlepas ke Jordan. Jika diizin Allah, akan masuk ke Palestin. Selepas itu, insyaAllah akan ke Turki untuk menguruskan MOU dengan pusat pendidikan di sana bagi anak-anak yatim dan tahfiz di bawah jagaan.

Jika ada kesempatan, insyaAllah, kita akan berkongsi pengalaman dari sana. Jika saya payah untuk mendapatkan internet, maka mungkin agak lama tidak akan dapat bersama di alam maya ini.

Saya percaya kepada kehebatan doa, jadi, doakanlah semoga perjalanan ini diselamatkan Allah.
"Diari, Merakam Sejarah, Mencatat Kenangan"

al-Fakir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdulah
Shah Alam 21 April 09 jam 6.15 petang.

3 comments:

A traveler looking for the right path said...

Assalamualaikum ustaz. Semoga Allah permudahkan segala urusan,selamatkan perjalanan pergi dan balik, dunia dan akhirat!Amin! Mohon maaf segala salah silap jika ada dan halalkan segala ilmu!

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam,

Selamat pergi dan kembali :) Go go chayyok!

..nOWa.. said...

semoga semuanya berjalan dengan lancar..insyaallah..