Masyarakat masih lagi hangat membicarakan mengenai Adun Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping dari DAP yang menyelitkan bacaan al-Quran di dalam ceramahnya.
Dia mengatakan bahawa semua manusia bersaudara kemudian membacakan mengenai ayat kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" dari surah Ali Imran ayat 110.
Ada dua aliran pemikiran yang boleh diketengahkan di dalam isu ini.
(1) Aliran yang pertama yang tidak membenarkan dan tidak bersetuju.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata Islam tidak melarang bukan Islam membaca al-Quran kerana kitab itu untuk semua manusia tetapi hendaklah digunakan dalam suasana, niat baik dan bacaan yang betul.
Beliau yang mendengar bacaan Nga yang disiarkan di televisyen kelmarin berkata, bacaan dilafazkan itu jelas tidak betul dan menyeleweng.
“Kalau orang Islam sendiri yang menyalah guna ayat suci itu juga dilarang, apatah lagi orang bukan Islam. Ia boleh menggugat kestabilan, jangan heret kitab suci dalam kemelut politik sebab kita tidak mahu berlaku salah guna dan tidak ada rasa hormat pada sensitiviti penganut agama lain,”
katanya ketika mengulas desakan pelbagai pihak supaya Nga memohon maaf dan menghentikan perbuatannya kerana mempersendakan agama Islam semata-mata untuk memancing undi orang Melayu.
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata ayat al-Quran adalah kalam Allah yang suci dan membaca al-Quran adalah ibadah.
Namun katanya, umat Islam yang menyebut ayat al-Quran tidak betul, bukan mendapat rahmat sebaliknya laknat.
“Kalau bukan Islam yang tidak tahu sebut, dan salah bacaan, sudah tentu mirip kepada senda gurau yang tidak sepatutnya berlaku.
“Lebih baik mereka baca tafsiran saja, lebih selamat,” katanya.
(2) Aliran Kedua iaitu yang membenarkan
Saya ingin menarik perhatian terhadap surat Tok Guru Nik Aziz kepada YB Encik Nga Kor Ming. Antara lain, isi surat ini berbunyi:-
"Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan."
Apakah perbezaan di antara aliran pertama dan aliran kedua? Aliran pertama adalah fatwa dari ahli feqah dan aliran kedua adalah fatwa dari ahli dakwah.
Ahli feqah mempunyai peranannya dan dia akan memberi fatwa menelusuri cara literal.
Gologan seperti ini perlu ada dan pandangannya juga penting untuk menjaga batas-batas Islam.
Pandangan kedua adalah fatwa ahli dakwah. Ahli dakwah mempunyai pandangan yang lebih mementingkan kebaikan Islam secara yang lebih meluas. Pandangan seperti ini perlu ada untuk mendekatkan orang kafir kepada Islam.
Pada saya, kedua-dua pandangan ini perlu ada. Kita tidak boleh mengetepikan pandangan ahli feqah dan kita tidak boleh mengetapikan pandangan ahli dakwah.
Pandangan yang keras dari ahli feqah perlu untuk orang kafir tahu bahawa Islam tidak boleh dipermain-mainkan. Jika tidak ada golongan ini, maka ramai nanti membuat sesuatu yang disembunyaikan niatnya atas nama "cuba memahami Islam."
Pandangan ahli dakwah juga perlu untuk menjinakkan orang kafir kepada Islam. Jika tidak ada pandangan seperti ini, sampai bila orang kafir tidak akan dekat dengan Islam. Mereka akan merasakan Islam itu keras, payah didekati dan lain-lain lagi.
Yang salahnya ialah golongan sebahagian ahli politik yang tidak mengira batas-batasnya. Tidak kira dari pihak mana pun. Yang menegah, dimainkan isu ini hingga orang kafir rasa Islam itu keras. Yang membenarkan pula terlalu longgar hingga tidak diterangkan batas-batas penggunaan-penggunaannya.
Sepatutnya, walau atas nama apa pun kita, tetapi di dalam bab Islam perlu bersatu. Golongan ahli feqah perlu beri fatwa sepatutnya dan golongan ahli dakwah juga perlu beri fatwa sepatutnya.
Gabungan antara dua fatwa ini nanti akan melahirkan pendekatan terbaik untuk kita berdakwah kepada orang bukan Islam. Nanti mereka juga akan tahu batasan perkara larangan jika mereka belum Islam dan tahap satu persatu untuk memahami Islam.
Semoga, isu seperti ini menjadi satu interaksi baik antara Islam dan bukan Islam. Paling kurang, mereka sudah mula mahu mendekatkan diri pada Islam. Mereka tahu bahawa, Islam bukan hanya agama ritual, ia juga agama yang membincangkan politik. Akhirnya mereka akan tahu betapa indahnya dan syumulnya Islam ini.
Mudah-mudahan, bermula dengan interaksi kecil seperti ini membawa kepada minat yang lebih mendalam untuk mengkaji Islam. Semoga akhirnya, ada di antara mereka yang akan bersama di dalam Islam. Amin..
"Sekilas itu realiti, realiti itu kehidupan"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights 12 April 09 11.50 malam

11 comments:
Salam ustaz,
Hikmah di sebalik kejadian. Apabila Islam dipertikai, suara2 pemimpin feqah dan dakwah mula kedengaran. Sepatutnya, suara-suara ini bergabung supaya paduan suara membentuk asas yang kuat dan sukar dicabar. Namun, adakah kita hanya akan bersuara bila dicabar? Sampai bila kita akan bertindak secara defensif bukan agresif? Alangkah baiknya bila pemimpin dakwah yang agresif seiring sejalan dengan pemimpin feqah yang defensif. Mudah-mudahan islam tersebar, dan sukar dicabar.
Assalamualaikum, ya ustaz!
Ulasan terbaik pernah saya baca setakat ini menngenai isu politian non-Muslim quoting al-Quran!
Jazakallahu khairan kathiran! =P
Ini mungkin ulasan yang baik untuk isu macam ini... Namun ustaz ini ahli apa? fekah atau dakwah ? Apa pendirian ustaz dalam hal ini ?
Lawan defensive adalah OFFENSIVE.. Bukan agresif.
Agresif bermaksud, sesuatu tindakan yang bertujuan untuk membawa kejahatan dan kemusnahan.
Harap Cik Nurhani mengambil nota.
Encik Shah,
Noted.
Interesting bila kedua-dua aliran ini digabungkan dan guna jalan tengah. semoga yang jadi moderator pun tahu apa yang patut dilakukan dan memahami.
And SJ sekarang dah bertambah hebat. Kalau buat "intensive" training dah boleh keluar fatwa kot.
hujah orang mati akal.
Salam Us.Amin.
Saya sangat tertarik dengan ulasan ustaz dan bersetuju denganya.
Kalau difikirkan balik sebelum seseorang muallaf itu menjadi muallaf ( Islam ) tentulah pada dirinya tiada maklumat mengenai Islam, kemudian maklumat itu datang atau dia juga mencarinya pada ketika itu dia belum lagi Islam ( Muallaf ), kalau mereka dilarang membacanya sebelum islam secara hukum akalnya mereka tidak akan menjadi Islam.
Pada saya biarlah mereka membacanya, walaupun terdapat perkara yang kurang elok di situ tetapi kemudiannya hendaklah kita terangkan apa yang sepatutnya atau kita sediakan untuk mereka buku-buku terjemahan dan tafsiran Al.Quran tanpa ayat al.Quran di dalamnya.
kalau tiada muqaddimah ke arah mengenali Islam sukar bagi mereka memeluk Islam.
Setuju dgn Leenoh..
Saidina Umar pun masuk Islam selepas kagum dgn bacaan ayat2 al-Quran anaknya.
Betul ,Saidina Umar masuk Islam selepas tersentuh mendengar adiknya membaca ayat Al-Quran.
Salam.
saya berharap tidak salah faham, saya tegaskan bahawa saya bersetuju dengan ulasan yang diberikan oleh Us.Amin, ulasan saya itu cuma sedikit tambahan sahaja,
Terasnya masih ulasan yang diberikan oleh Us.Amin.
Semak ulasannya di bahagian bawah.Dua golongan itu perlu bersatu supaya pendekatan dakwah menjadi lebih baik. Saya juga bersetuju dengan pandangannya yang tercatat di bawah ini.iaitu mengenai pendekatan dakwah atau methodnya yang terbaik.
" Gabungan antara dua fatwa ini nanti akan melahirkan pendekatan terbaik untuk kita berdakwah kepada orang bukan Islam. Nanti mereka juga akan tahu batasan perkara larangan jika mereka belum Islam dan tahap satu persatu untuk memahami Islam ".
relex la bro.. apsal yg takut sgt kat ustaz amin... dia bukan bleh makan ko walaupun dia besar....
Post a Comment